August 11, 2012

Pembinaan Kompleks Islam & Sekolah Agama Di DUN Bangi & Penurapan Jalan-Jalan

Bandar Baru Bangi, 19 Ramadhan 1433 = 08 Ogos 2012 (Rabu):

Mesyuarat AJK Tindakan Daerah Hulu Langat pagi ini diberitahu bahawa projek-projek berikut dilaksanakan di Bandar Baru Bangi & di DUN Bangi::

1. Membina dan Menyiapkan Bangunan Kompleks Islam Daerah Hulu Langat

Tapak bagi bangunan ini berhampiran dengan Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi. Bangunan Kompleks Islam Daerah Hulu Langat Selangor ini terdiri dari satu bloks Pentadbiran 3 tingkat dan satu bloks Serbaguna. Kontrektornya ialah Island Tower Development Sdn. Bhd.

Kos bagi pembinaan bangunan berkenaan ialah RM17,950,000.. Tarikh siap bangunan ini ialah pada 1 Oktober 2012.

Bangunan ini menggantikan bangunan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Kajang yang akan berpindah ke sini bila siap kelak. Bila berpindahnya pentadbiran Pejabat Agama Islam, maka semua kompleks Pentadbiran Agama Islam Hulu Langat berpindah ke Bangi, termasuklah Kompleks Mahkamah Syariah Hulu Langat yang terletak berhampiran dengan Masjid Al-Hsanah. Bangunan lama Pejabat Agama Islam milik MAIS di Kajang itu dijangkan dijadikan tapak Banguna Komersil, tapi sementara didirikan bangunan berkenaan, tapak lama ini dijadikan sebagai Pusat Dakwah.

2. Sekolah Rendah Agama Taman Kajang Raya, Sungai Chua, Kajang

Pembinaan Bangunan Baru SRA yang terdiri dari 2 bloks 4 tingkat dan satu Bangunan Kantin. Kontrektornya ialah LMS High Tech S/P. Kos bagi binaan di sini ialah RM5,791,112.00 dan tarikh siap ialah 22.1.2013. Bangunan ini berbentuk memanjang kerana tanah bagi binaan Sekolah ini adalah bersifat memanjang.

Bila Sekolah ini siap dan dibuka, ianya dapat menampung ketiadaan Sekolah agama di kawasan Serdang Raya, termasuklah bagi Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

3. Membina Sekolah Rendah Agama, Sungai Tangkas, Bangi

Ini adalah cadangan bangunan baru yang tapaknya sudah dikenalpasti di Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi. Di sini akan didirikan Bangunan 2 bloks, 4 tingkat dan satu bangunan kantin. Kerja-kerja permulaan baru dimulakan. Kos bagi bangunan ini adalah sebanyak RM5,000,000. Proses tender ialah pada 28.7.2012. Bila siapnya Sekolah ini akan dapat menampung murid-murid dari Sungai Tangkas dan Taman-Taman Universiti berdekatan.

4. Penurapan Jalan-Jalan

Penurapan jalan dilakukan di Jalan Aman 6 dan sebahagian Jalan Aman Satu, Kg. Baru Bangi. Turut diselenggarakan Jalan Bawah Jambatan Keretapi di Kg. Bangi yang memakan belanja RM50,000.

Turut diturap iala hJalan A & B Jalan Belakang Sekolah Leftenan Adnan, Sungai Ramal Luar dengan kos sebanyak RM40,000.

Juga diturap semula Jalan ABIM, Sungai Ramal Dalam dengan kos sebanyak RM80,000

Di Teras Jernang ialah menyelenggara longkang di tepi Jalan Utama, Kg. Teras Jernang dengan kos sebanyak RM50,000.

Sekian.

No comments:

Post a Comment