August 16, 2012

Ekskavasi Arkeologi DI Bukit Jugra Lama, Kuala Langat

PADAT, Shah Alam, 24 Ramadhan 1433 = 13 Ogos 2012 (Isnin):

Kerjasama (MOU) antara PADAT Selangor dan Jabatan Sejarah Universiti Malaya pada bulan April 2012 membuka jalan kearah kerja-kerja ekskavasi di Bukit Jugra, Kuala Langat. Kerja berkenaan bermula dengan pembersihan awal pada 24 Jun 2012 ke atas tapak Satu dilereng bukit Jugra, ke atas dari Muzium Insitu Jugra mengarah ke laut. Pasukan ekskavasi diketuai oleh Dr. Sufyan Sabtu Pensyarah Arkeologi, Jabatan Sejarah, Universiti Malaysia bersama dengan 21 pelajar tahun dua (11 lelaki dan 10 perempuan). Pada 27 Jun 2011 (Rabu) Adun Bangi, selaku Pengerusi PADAT turun ke Kuala Langat menyertai upacara perasmian dan ke lokasi tapak ekskavasi. Tapak sudah dibersih dan pengukuran telah dibuat. ADUN memulakan kerja-kerja ekskavasi awal dan diteruskan oleh pelajar-pelajar berekskavasi memakan masa lebih kurang sebulan.Selepas tapak pertama diekskavasi, kerja-kerja berpindah ke tapak kedua, iaitu di kawasan runtuhan bangunan lebih kurang 50 meter ke atas bukit dari tapak pertama. Kerja di sini bermula dari 23 Julai 2012 sebulan selepas kerja-kerja di tapak awal. Sehari sebelum berakhir kerja-kerja ekskavasi sebelum raya, pada 8 Ogos Adun turun menyaksikan kerja-kerja ekskavasi bagi kali kedua, khususnya bagi tapak kedua di bawah runtuhan bangunan. Adun ditunjukkan penemuan-penemuan setakat ini. Bagi tapak pertama terdiiri dari proselin tembikar Cina yang pecah, manakala pada tapak kedua diketemuai bahan yang labih banyak, iaitu proselin tembikar Cina, tembikar dari Belanda, Tembikar yang tertulis perkataan `Selangor`, pecahan botol minuman, kelongsong peluru, 2 paku besar dan cakuk bagi mengukuhkan ikatan bangunan. Penemuan-penemuan ini disifatkan oleh Dr. Sufyan adalah hasil kerja 2 bulan yang merupakan 10% dari kerja-kerja bakal dijalankan. Kerja-kerja ekskavasi ini akan disambung selepas hariraya dan berterusan sehingga akhir Disember 2012.

Adun Bangi selaku Pengerusi PADAT berpuashati di atas kerja-kerja dijalankan. Diharap kajian yang bakal dijalankan seterusnya akan menghasilkan lebih banyak penemuan. Sidang akhbar dijalankan pada hari ini ialah merupakan makluman awal hasil yang didapati dari kerja-kerja ekskavasi peringkat awal yang bakal diteruskan.

Sekurang-kuranngnya penemuan awal ini mengukuhkan bukti tentang kerajaan dan pemerintahan di negeri Selangor selepas bernaung di bawah Kerajaan Melaka dan Johor, khususnya dari Dinasti Bugis. Kerajaan ini bermula di Kuala Selangor dengan perlantikan Raja Lumu (1766-1784) dikuti dengan Sultan Ibrahim (1784-1786) dan Sultan Muhammad.

Tahap kedua berlaku perpindahan pusat pemerintahan negeri Selangor ke Kuala Langat (antaranya akibat dari ancaman Belanda yang pernah berperang bagi menguasai Selangor, tapi dapat dikalahkan oleh tentera Raja Ibrahim). Pemerintahan di Kuala Langat ini bermula dengan pemerintahan Sultan Abdul Samad Ibn Raja Abdullah yang memerintah Selangor antara 1859-1898. Pada masa baginda British mulai masuk (1875). Walaupun pusat pentadbiran didirikan di Kuala Lumpur yang mengambil namanya Bangunan Sultan Abdul Samad dan istana pemerintahan berpindah ke Kelang pada (1879) bermula dari Sultan Alaiddin dan Sultan Hishamuddin, tetapi Sultan Abdul Samad tetap menyayangi Kuala Langat dan tidak

memindahkan Pusat Pentadbiran. Pada masa pemerintahannya terbina Insitu Jugra sebagai Pusat Keselamatan, Pejabat Daerah yang menjadi lokasi ekskavasi ke 2, Pejabat Percukaian dan rangkaian perumahan yang lain. Ekskavasi menemuai bahan yang mengukuhkan kedudukan Jugra sebagai Pusat pentadbiran dan pemerintahan.

Selain dari barang-barang jumpaan monument yang terdiri dari bangunan insitu Jugra, Pejabat Daerah, Pejabat Percukaian, rangkaian perumahan pentadbiran, sumber air (telaga atau perigi), tapak dan runtuhan bangunan istana, Istana Jugra dan Maqam Sultan Abdul Samad membuktikan Jugra pernah menjadi Pusat Pemerintahan. Ruang terbuka bagi membuat kajian berbagai bidang yang bakal menyusul kemudian.

Sekian.

No comments:

Post a Comment