Sudah tiga bulan Jom Shopping peringkat Dun Bangi tidak diadakan. Terakhir pada bulan April 2012 lepas. Hari ini sempena bulan Ramadhan dan minggu terakhir puasa diadakan Jom Shopping bagi meraikan warga emas disamping dapat membantu persediaan mereka bagi menyambut Hariraya Idul Fitri 1433/2012. Sebagaimana biasa tempat diadakan Jom Shopping ialah di Kompleks Econsave, Jalan Reko, Bandar Baru Bangi mulai jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Tenaga-tenaga yang menguruskan Jom Shopping berada di Kompleks Econsave mulai jam 8.30 pagi..Ini termasuklah menghantar kerusi-kerusi dan bahan-bahan edaran yang dilakukan oleh saudara Shahrum Abdullah Pegawai Tadbir di Pejabat Adun Bangi sejak pagi.
Menurut Puan Nabilah Ahmad Pegawai Tadbir di Pejabat Adun Bangi, seramai 100 orang warga emas dijemput dan kehadiran pada pagi ini adalah tinggi, mencapai 80%. Iaitu kehadiran terbaik berbanding dengan jemputan-jemputan bagi Jom Shopping yang lepas. Jom Shopping pada hari ini menjadi lebih meriah dalam mana Dun Kajang juga mengadakan Jom Shopping pada hari ini di tempat yang sama dengan jemputan juga berjumlah seramai 100 orang
Bagi jemputan warga emas di Dun Bangi, memulakan Jom Shopping ialah dengan mengadakan Majlis Perasmian terlebih dahulu. Tempat ini disediakan oleh tenaga-tenaga pembantu dengan menyusun kerusi di satu sudut sebelah kanan masuk ke pintu Econsave. Di sinilah juga diadakan pendaftaran diketuai Puan Nabilah dan pembantu-pembantu. Majlis bermula dengan pembacaan doa dan ucapan perasmian. Y.B. Lee Kim Sim Adun Kajang pada masa itu belum hadir untuk diajak bersama dalam Majlis Perasmian.
Dalam ucapan ringkas Adun Bangi mengucapkan terima kasih kepada semua warga emas yang memberi respond yang baik dengan kehadiran yang ramai yang dapat dilihat dalam majlis yang diadakan. Adun berkata, ``Kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta`ala, kerana sehingga kini kita masih diberi kesihatan dan kita dapat menghadiri ke Program Jom Shopping pada hari ini, bahkan dapat menunaikan puasa. Adun juga mengucapkan selamat berpuasa, walaupun sudah lewat. Dalam ucapannya.
Adun memaklumkan, setakat ini kita telah mendaftar warga emas di Dun Bangi seramai lebih 3,000 orang. Setakat ini kita telah menjemput seramai 1,000 orang daripada jumlah warga emas tersebut ke Program Jom Shopping. Hingga ke program hari ini sudah 10 kali program Jom Shopping di Dun Bangi diadakan. Al-Hamdulillah, walaupun jumlah kita tawarkan untuk berbelanja pada setiap Jom Shopping ini agak kecil. Tapi program Jom Shopping amat mendapat sambutan warga emas. Mereka bergembira hadir bertemu muka dan beramah mesra dengan Adun dan bersama-sama dengan kalangan veteran di samping berbelanja di Econsave di sini. Umumnya yang tidak hadir, bukan kerana tidak mau hadir, tetapi sebahagian besar dari mereka uzur dan tidak dapat berjalan. Mereka diwakili oleh waris terdekat mereka. Jika tidak ada yang datang, maka barang-barang standard yang dibeli kepada mereka diminta waris datang mengambil dan Pejabat Adun. Jika tidak datang, maka kita berkunjung ke rumah mereka. Adun memaklumkan bahawa peruntukan Jom Shopping adalah sebahagian dari peruntukan RM500 juta dari peruntukan Merakyatkan Ekonomi Selangor. Selain dari peruntukan kepada warga emas, termasuklah `Pemberian Air Percuma` oleh Kerajaan Negeri bagi yang menggunakannya di bawah daripada 20 kubik meter. Adun percaya sebahagian besar dari kita sekarang tak perlu membayar bil air, kerana penggunaan sebahagian daripada kita tidak sampai 20 kubik meter. Berhubung dengan `Isu Air` yang dimainkan oleh media sekarang, lebih bagi tujuan politik. Hakikat sebenarnya, air di negeri kita berlebihan dan boleh dirawat sebagai air bersih pada bila-bila masa.
Adun juga memaklumkan kerajaan Negeri Selangor menambahkan peruntukan RM300 juta yang dinamakan Grant Selangorku. Duit tambahan ini banyak kegunaan bagi tambahan yang dapat dibuat seperti membaiki jalan raya, mengadakan kemudahan sukan dan sebagainya. Dun Bangi mendapat kemudahan seperti ini, seperti mengadakan kompleks Sukan Rakyat di Kajang Utama yang berjumlah RM200,000. Jalan-jalan juga diperbaiki.
Adun juga memaklumkan Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang juga meluluskan permohonan tanah secara berkelompok bagi mereka yang menduduki tanah begitu lama, tetapi tidak mendapat kelulusan mendapat geran tanah. Hingga kini sejak Pakatan Rakyat memerintah, lebih kurang 6,000 lota tanah telah ditawarkan kepada rakyat yang memohon. Beratus-ratus lot sedemikian juga ditawarkan kepada rakyat di Dun Bangi. Ini termasuklah di Kg. Bahagia, Bangi, Pinggiran Desa Seroja, Jalan Reko, Sungai Ramal Luar dan yang dalam proses untuk kelulusan ialah di Teras Jernang dan di Kampong Bangi. Banyak lagilah rancangan dan projek yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Kemakmuran negeri Selangor memberi peluang kepada rakyat mendapat nikmat dari kemajuan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat, kita berharap nikmat ini berterusan dan makin bertambah dengan sokongan yang diberi oleh rakyat..Sebelum berakhir Majlis Perasmian Adun mengucapkan Selamat Hariraya – Maaf Zahir dan Batin yang warga emas bagi Dun Bangi kali ini kesemuanya dari kalangan orang Islam.
Selepas Majlis Perasmian, peserta Jom Shopping beratur memasuki Pasaraya Econsave, mereka memilih barang-barang yang mereka sukai dalam jumlah RM100, mereka juga boleh membeli dalam jumlah yang lebih dengan tambahan lebihan dari peruntukan sendiri. Selepas lebih kurang setengah jam warga emas yang sudah siap membeli keluar melalui 2 kaunter yang dikhaskan bagi Bangi dan dua bagi Kajang. Adun menunggu di bahagian luar mengucapkan terima kasih kepada yang sudah selesai membeli dengan menyampaikan extra barangan. Pembantu-pembantu turut menyampaikan Akhbar Selangor Kini dan Juga Buletin Bangi. Adun menunggu sehingga jam 12.00 tengahari, iaitu waktu dijangkakan semua selesai membeli. Y.B. Lee Kim Sim turut hadir pada bahagian akhir Jom Shopping bagi menguruskan Jom Shopping Kajang.
Sekian.
terbaik
ReplyDelete