Tutup hujung minggu ditambah sehari Cuti Nuzulul Quran dipenuhi aktiviti turun padang. Antara kegiatan yang dibuat bagi mengisi program hujung minggu dan hari cuti ialah mengadakan kegiatan gotong royong memasak bubur lambuk dan mengagihkannya kepada penduduk setempat. Setiap hari dari tutup dan cuti hujung minggu berkenaan terdapat kegiatan Gotong royong memasak bubur lambuk, bahkan ada yang lebih dari satu tempat. Mekanismenya setiap tempat diberi peruntukan bagi gotong royong memasak bubur lambuk. Pada masa mengagihkannya Adun turun sama mengagihkan bubur lambuk berkenaan kepada masyarakat setempat.
1) Sabtu, 04 Ogos 2012 15 Ramadhan 1433
Gotong Royong memasak Bubur Lambuk Perdana diadakan di pekarangan Surau Al-Istiqamah. Gotong Royong diketuai Imam Haji Sani Ujud Imam Surau Al-Istiqamah dan saudara Harun Setiausaha Surau. Ramai yang datang bergotong royong terdiri dari Ahli Surau, unit Amal, Muslimat dan penduduk setempat. Turut hadir Adun Bangi, Ustaz Shafie Ngah dan saudara Adram Musa.
Program memasak bubur lambuk di sini adalah terbesar, bukan saja dihadiri ramai, tetapi setakat ini paling banyak masakan disediakan, iaitu sebanyak 4 periuk. Jam 2.30 petang kerja-kerja memasak yang bermula dari pagi siap dimasak dan diisi ke dalam bekas kotak pelastik. Lebih dari 500 bekas disediakan. Pada sebelah petang ini unit amal dan tenaga kerja setempat mengagihkan bubur lambuk kepada penghuni di berbagai Bloks di Seksyen 16.
2) Ahad 05 Ogos 2012 = 16 Ramadhan 1433
Gotong Royong memasak bubur lambuk dilakukan di Pasti Taman Jasmin. Ketua yang mengendalikan Gotong Royong ialah saudara Sharum Abdullah dengan kerjasama ahli-ahli setempat di Taman Jasmin. Sebanyak 2 periuk bubur lambuk di masak di Pasti. Pada jam 4.00 petang Adun turun bersama saudara Azizi. Caranya ialah dengan mengagihkan secara keliling rumah-rumah teres berhampiran dengan Surau Taman Jasmin. Turut menyertai pengagihan pemuda-pemuda dan anak-anak setempat.
3) Ahad 05 Ogos 2012 = 16 Ramadhan 1433
Pada petang hari ini juga diadakan Gotong Royong memasak bubur lambuk di Balai Komuniti West Country. Gotong Royong diketuai saudara Amir Osman, saudara Abdul Rahim dan penduduk setempat. Sebanyak dua periuk bubur lambuk dimasak. Adun hadir selepas mengagihkan buburlambuk di Taman Jasmin.
Pengagihan pada peringkat permulaan ialah di dalam pagar Balai Komuniti berkenaan dengan menjemput penduduk setempat datang mengambil bubur lambuk. Oleh kerana tempat ke dalam agak kurang dari mereka yang datang. Adun mencadangkan agar kotak-kotak bubur lambuk dipindah ke belakang Hilux dan dibawa ke tepi jalan. Iaitu dengan memberi kapada mereka yang keluar masuk ke perumahan melalui jalan utama Jalan Reko. Pendekatan ini nampaknya berkesan. Pengagihan berjalan dengan lancar. Sebanyak 250 kotak bubur lambuk yang dimasak di dalam dua periuk itu dapat diagihkan secara licin dan dalam keadaan ceria. Pengagihan dapat ditamatkan pada jam 6-30 petang.
4) Isnin 06 Ogos 2012 = 17 Ramadhan 1433
Pada hari Cuti Nuzulul Quran Gotong Royong memasak bubur lambuk juga diadakan di K. Bangi dengan diketuai oleh Tuan Haji Zakaria Ketua Kampong dan Tuan Haji Sukaimi serta ahli-ahli setempat. Sebanyak dua periuk bubur lambuk dimasak. Pengagihan dibuat di Pasar Ramadhan berhadapan Dewan Orang Ramai Pekan Bangi. Jam 5.00 petang Adun turun ke Pasar Ramadhan, Pekan Bangi. Oleh kerana edaran dibuat di Pasar Ramadhan dan orang ramai berkunjung di sini, maka pengagihan dapat dilakukan dengan cepat, segera dan licin. Sebanyak 300 kotak dapat diedarkan di Pasar Ramadhan. Selain daripada itu menurut Tuan Haji Zakaria, edaran juga dibuat di kalangan penduduk kampong sebelum bubur lambut berkenaan dibawa ke Pasar Ramadhan, Pekan Bangi.
Kseluruhan Program Memasak Bubur Lambuk berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment