Sepatutnya Adun Bangi menghadiri acara Ulangtahun Ke 55 Kemerdekaan Peringkat negeri ini mulai dari petang lagi bagi membolehkan Adun menyaksikan pertandingan perbarisan kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian. Namun oleh kerana Adun mempunyai beberapa program pada peringkat Dun, maka Adun menghadiri program-program petang di Dun Bangi terlebih dahulu. Selepas tiga program petang hingga jam 9.30, maka baru Adun bertolak ke Shah Alam bersama saudara Azizi dan saudara Amir Udin.
Tempat berlangsungnya Sambutan Ulangtahun Ke 55 Kemerdekaan pada Peringkat Negeri ini, ialah di Padang Merdeka yang sebenarnya bersebelahan dengan Muzium PADAT. Walaupun tempat parkir ketiadaan, Adun dapat masuk dan parking kereta di anjung hadapan bangunan PADAT. Dari sini berjalan kaki bersama sdr. Azizi dan Amir ke pentas sambutan. Pada masa ketibaan Adun YB Dato` Seri Anwar Ibrahim Penasihat Ekonomi negeri Selangor sedang berucap mengenai konsep kemerdekaan. Beliau memuji kepimpinan Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor yang berjaya memimpin Selangor sebagai sebuah negeri termaju diMajlis yang dijangka dihadiri lebih kurang 15,000 orang penuh sesak di ruang Padang Merdeka. Turut hadir ialah YB. Speaker Kerajaan Negeri Selangor Dato` Teng Chang Khim, Ahli-Ahli Exco, Adun-Adun, Orang-Orang Besar Daerah dan Pegawai-Pegawai dan kakitangan kerajaan. Berucap selepas YB. Dato` Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim menggalurkan perjuangan kemerdekaan sejak zaman Melaka hingga awal abad 20. Penghormatan seharusnya tidak diberi kepada pemimpin-pemimpin politik yang memerintah semata-mata, tetapi juga kepada mereka yang berjasa, walaupun mereka dari kalangan rakyat biasa. Beliau menyebut antaranya Tun Perak, Tok Janggut, Mat Kilau dan sebagainya. Kemerdekaan bukanlah monopoli oleh sesuatu pihak, tetapi adalah milik rakyat jelata.
Selepas penyampaian ucapan-ucapan Pengerusi menjemput Dato` Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid bagi menyampaikan hadiah-hadiah. Pengerusi memaklumkan pertandingan perarakan sejak petang itu disertai 56 kontinjen perbarisan yang datang dari seluruh daerah negeri Selangor.
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
- Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Selangor (PADAT)
- Pejabat Daerah dan Tanah, Kuala Langat
- Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor
Pertama: Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan hadiah RM2,500.
Kedua: Majlis Perbandaran Kelang dengan hadiah RM1,500
Ketiga: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan hadiah RM500.
Selepas itu majlis diisi dengan nyanyian-nyanyian patriotic dan acara-acara bergambar terutama dengan Pasukan Kontinjen Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang pasukannya berjumlah 50 orang berpakaian polis zaman awal Negara menerima Kemerdekaan dengan seluar baju kain khaki berwarna kelabu bersenapang patah dibuat dari kayu. Mereka berbaris segak mengiri Wakil yang menerima hadiah. Mereka menjadi fokus kamera dan ramai yang mengambil kesempatan bergambar bersama mereka. Turut sama menarik perhatian ialah pasukan yang memenangi hadiah kedua yang memilih pakaian berwarna merah garang.
Selepas penyampaian hadiah, majlis bersurai sebelum jam 12.00 malam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment