Bagi seorang Adun dan juga Ahli Parlimen adalah menjadi kemastian mengadakan pejabat khidmat masyarakat di kawasannya. Melalui pejabat atau pusat khidmat masyarakat ini, Adun atau Ahli Parlimen menyalurkan maklumat dan perkhidmatan terhadap masyarakat dan masyarakat pula dapat membuat aduan, mendapat khidmat dan bantuan sama ada dari Adun atau Ahli Parlimen. Bagi Ahli Parlimen dan juga Adun, kadang-kadang ada lebih dari satu Pusat Khidmat Masyarakat. Ini memudahkan hubungan dua hala antara Ahli Parlimen atau Adun dengan masyarakat. Selain dari itu berbagai cara memberi khidmat masyarakat.
Satu cara perkhidmatan masyarakat ialah mengadakan Hari Kesihatan bagi masyarakat, terutama warga emas, berpeluang memeriksa kesihatan masing-masing. Pemeriksaan kesihatan ini kadang-kadang menjadi sebahagian dari Mesra Rakyat, Hari Keluarga dan Karnival. Namun bagi Hari Kesihatan yang lengkap diadakan khusus Hari Kesihatan dengan berbagai perkhimatan. Biasanya memeriksa darah, gula , kencing manis, berat badan, nasihat permakanan dan sebagainya.
Pada 01 September 2012 (Sabtu) lepas Adun turun ke Pasar Kwantung Sungai Chua bagi menjemput masyarakat ke Hari Terbuka Eidul Fitri, secara kebetulan pada pagi hari tersebut juga YB Cikgu Lee Kim Sin Adun Kajang juga mengadakan Khidmat Masyarakat di Pusat Khidmat Masyarakat Adun Kajang berdekatan dengan Pasar Kwantung yang agak strategic. Khidmat mesyarakat yang ditawarkan khas dan unik iaitu urut, akupunktur dan orthopedic. Selepas daripada mengedarkan kad jemputan Hariraya kepada orang ramai di Pasar
Adun diperkenalkan dengan Pengamal Akupunktur dan orthopedic iaitu iaitu En Ng Po Min dari Jalan Kuchai Lama dan kumpulannya dan Puan Yvone Chang Pengamal Urut perempuan dari Taman Seri Langat. Semua sebok menjalankan tugas dengan tekun dan bagi mempastikan pelanggan puas hati (percuma). Tiap yang datang diberi no giliran bagi menunggu. Sempena lawatan itu Adun mengambil peluang menghulurkan tangan dan lengan untuk diurut oleh En. Ng Po Min. Adun bukan diurut setakat lengan, tetapi membawa kepada bahu dan belakang. Walaupun diurut dalam masa 15 minit, tetapi terasa ringan tubuh badan dan kembali cergas.
Sesungguhnya dengan Urut, Akupunktur dan orthopedic dapat memulihkan urat-sarap dan dapat mengembalikan kecergasan. Ia adalah satu perkhidmatan yang baik.
Sekian.
No comments:
Post a Comment