Masalah Rumah Pangsa bagai tiada kesudahan – masalah
kebersihan, api tidak mencukupi, kerosakan lift dan tidak mendapat air percuma
bagi perumahan yang menggunakan paip secara pukal. Masalah kadang-kadang
disebabkan oleh penghuni yang tidak membayar yuran pengurusan, lebih-lebih
sukar jika unit rumah pangsa didiami oleh penyewa. Antara cara mengatasi ialah
dengan menubuhkan `Joint Management Boards` (JMB) yang diberi amanah mentadbir.
Namun masalah juga tidak dapat diatasi.
Pada hari ini diadakan pertemuan antara JMB-JMB di KUIS bagi
membincangkan permasalahan, penerangan dan kalau dapat mengatasi masalah. Hadir
pada hari ini YB Iskandar Exco
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, YB Dr. Shafie Abu Bakar Adun
Bangi, Puan Murfidah Mahfuz Timbalan Pesuruhjaya Perumahan, Dato` Hassan Nawawi
YDP MPKj, Ahli MPKj, Pegurusan dari Syabas dan pegawai-pegawai. Perbincangan di
kalangan ahli-ahli JMB bermula dari jam 8.30 pagi. Antara perkara yang
dibincangkan ialah mengatasi masalah bagi penduduk rumah pangsa yang tidak
dapat menikmati air percuma, kerana menggunakan meter pukal. Setakat ini
Pangsapuri Kos Rendah di Selangor:
Bil. Kawasan 232 unit rumah 64,715
Bil,Terima Air Percuma:
214 unit rumah 58,049
Peratus Telah Terima
92.2% unit rumah 89.7%
Belum Terima 18% 6,666
Usaha sedang dilakukan bagi yang belum menerima air percuma
dapat menerima secara percuma. Selain dari masalah air turut dibincangkan ialah
mengenai Bantuan Skim Ceria, menentukan bilangan penyewa bagi premis-premis
negeri Selangor dan pengurangan Cukai Pintu bagi rumah kos rendah.
Kehadiran kami pada tengahari adalah bagi menyertai Majlis
Penutup yang dilakukan oleh YB Tuan Iskandar. Beliau menimbulkan perkara
antaranya keperluan diiktiraf Ketua JMB sebagai Setaraf Ketua Kampung di dalam
menandatangani surat
pengesahan dan dokumen. Mereka menjaga kadang-kadang hingga 3000 unit rumah.
Beliau juga bercakap tentang program skim ceria dan penurunan cukai rumah kos rendah
sehingga 25% dan mengenai air percuma dan yang belum memperoleh air
percuma.
Manakala Dato Hassan Nawawi berkata, bahawa terdapat di
Kajang – termasuk Bangi 780,000 penduduk dengan jumlah rumah bertingkat
berjumlah 80,000 unit. Pada masa hadapan, tanah makin berkurang, sebab itu
keperluan rumah bertingkat makin meningkat. Masalah rumah pangsa perlu diatasi,
agar ianya tidak menakutkan penduduk menduduki. Keselesaan dan kemudahan perlu
disedia. Rumah pangsa jika disewa selalu menimbulkan masalah. Sebaik-baiknya
rumah-rumah berkenaan hendaklah dihuni oleh pemilik sendiri. Sewajarnya
pemilikan juga perlu dikawal, jangan jatuh ke tangan mereka yang berada.
Andainya pemilik hendak membeli rumah yang lebih baik, perlu diserah kembali
kepada pihak berkuasa dengan pembayaran balik dengan harga yang munasabah dan
dijual kepada mereka yang lebih berhak.
Sekian.
No comments:
Post a Comment