Maklumat diterima tentang Menteri Besar Selangor akan turun melawat ke Sekolah Rendah Agama (SRA), Taman Tun Perak. Menurut Guru Besar Ustaz Mohamad Fitri bin Saroni maklumat diterima pada dua hari lepas. Lawatan akan dibuat pada hari Isnin 17 September 2012. Ini bererti tempoh bagi persediaan bagi lawatan tersebut cuma tinggal tiga hari lagi. Dengan masa yang pendek ini tentulah pihak Sekolah dan Persatuan Ibu-Bapa (Sementara) menggelabah, kerana bimbangkan ketidaksempatan masa bagi membuat persediaan. Adun dikunjungi saudara Suhaimi AJK kelmarin menjemput Adun Bangi bagi menghadir diri mesyuarat pada hari ini bagi mengatur persediaan yang perlu.Hadir ke Sekolah SRA di sini jam 3.00 petang ini ialah Tuan Haji Mohd Arif bin Abdul Samat Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Hulu Langat, wakil-wakil dari Pejabat Daerah, MPKj, Ahli-Ahli MPKj, Tuan Haji Sahibul bin Ghani Nazir Masjid Nurul Ihsan, Cheras, Selangor, saudara Mohamad Fitri Guru Besar, AJK PIBG, wakil-wakil jabatan-jabatan dan guru-guru. Mereka semua yang berjumlah lebih kurang 30 orang hadir ke mesyuarat di tingkat atas paras dua bangunan SRA di sini. Adun diminta mengendalikan mesyuarat.Mesyuarat bersetuju melantik Tuan Haji Sahibul bin Ghani Nazir Masjid Nurul Ehsan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sambutan dengan Ustaz Ridhuan sebagai Timbalan dan Ustaz Mohamad Fitri sebagai setiausaha, manakala semua yang hadir dengan beberapa tambahan menjadi AJK. Soal kewangan yang agak kritikal disetujui diminta peruntukan dari Adun Balakong YB Yap dengan tambahan dari beberapa pihak. Pihak MPKj, JKR, PAID, RELA dan beberapa jabatan dan perwakilan bersetuju menyediakan keperluan-keperluan dari jabatan-jabatan masing-masing yang berkenaan.SRA, Taman Tun Razak dari segi tapaknya sudah lama dikenalpasti, tetapi pembinaan baru bermula pada tahun 2011 yang pecah tanahnya dilakukan oleh YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor. Taman Tun Perak sebenarnya sempadan bagi Kawasan Parlimen Tun Razak yang diwakili YAB Dato` Menteri Besar Selangor. SRA Taman Tun Perak mendapat peruntukan sebanyak RM10 juta. Bangunan adalah terdiri dari 2 blok empat tingkat yang jumlah kelasnya ialah sebanyak 30 kelas dengan sebuah kantin yang dibina di atas tanah 2 ekar dari 6 ekar. 4 ekar lagi adalah reserve bagi penambahan bangunan akan datang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment