September 21, 2012

Tarikh Pilihanraya

Kerana tradisi tidak telus
Budaya bercanggah demokrasi itu
Masih menjadi hak Perdana Menteri
Telah ramai peramal membuat spekulasi
Berdasarkan berbagai indikasi
Misalnya melihat PM begitu Pemurah
Membuat amal jariah
Menabur wang hadiah
Tentulah untuk menarik sokongan
Adalah tanda dekatnya pilihanraya
Tapi jangkaan tak jadi kenyataan.

Berbagai spekulasi melingkari
Kononnya belum ada keyakinan
Lantaran untuk menambah kekuatan
Serangan bertubi-tubi dilakukan
Terutama terhadap Selangor idaman
Di tengah musim hujan dikatakan air kurang !
Sebenarnya bukan air kekurangan
Tapi takut kroni menggugat perjanjian
Janji menyalurkan air dari Pahang
Juga di sana tidak kurang masalah air kurang
Sebarang keingkaran berganda tuntut pampasan.

Sedang persiapan rancak untuk pengumuman
Timbul masalah di Sabah dan Sarawak
Pimpinan dan pengikut isytihar keluar Barisan
Inilah yang memeningkan BN kepimpinan
Terpaksa berkejar membaiki keadaan
Tidak menjamin kesetiaan.

Peluang terbaik musim Kemerdekaan
Mengeksploitasinya menarik sokongan
Tapi kesuciaan kemerdekaan dinodai
Slogan BN mencetuskan kemarahan
``Janji Ditunaikan` dipersoalkan !
Adakah ditunaikan royalti minyak pada Kelantan
Adakah pulangan wajar kepada Selangor dari sumbangan ?
Mengapa dengan senyap-senyap harga minyak dinaikkan ?

Kini ditampilkan pula menjelang pilihanraya
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Dipersoalkan kejujuran mengapa kini ditampilkan
Tidak lain dari usaha menarik sokongan
Tapi teliti tentang kecelaruan tergesa cadangan
Terserlah ia adalah PPSMI Kedua dengan baju berlainan.

Tarikh pilihanraya tiada ketentuan
Masalah dan isu makin bertambah
Bagaimana mereka tidak menggelabah?


Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi.
01 Zulkaedah 1433
17 September 2012.

No comments:

Post a Comment