November 28, 2012

Pembinaan Jalan Di Dun Bangi


Dewan Negeri Selangor, 13 Muharram 1434 = 27 November 2012 (Selasa):

Adun Bangi hari ini berpeluang bercakap dalam Mesyuarat Peringkat Jawatankuasa Dewan Negeri Selangor atas Vote B12, Butiran 505500 – JKR Hulu Langat, hlm. 391.

Pertama sekali Adun Bangi mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor dan JKR yang telah, sedang dan bakal membina jalan-jalan berikut:

I – Jalan Sudah (Baru) dibina:
  • Sungai Ramal Dalam 9 batang jalan (Jalan Utama dari Seksyen 8 Bandar Baru Bangi merentasi Sungai Ramal Dalam) ke Bangunan IKS berhampiran stesyen Shell dan 8 batang jalan Kampung).
  • Sungai Ramal Luar = 4 batang jalan
  • Sungai Tangkas = 2 batang jalan
  • Kg. Bangi = 2 batang jalan
  • Kg. Bahagia = 2 batang jalan
  • Teras Jernang = 3 batang jalan
  • Taman Jasmin = 1 batang jalan
  • West Country = 1 batang jalan
  • Bukit Mewah = 1 batang jalan
  • Bukit Mahkota = 1 jalan utama
  • Seri Putra = dibina Pemaju

II. Jalan Dalam Pembinaan

Fasa Pertama: Dari Jalan Reko, Kajang ke lampu isyarat Teras Jernang. Jalan dua hala dua laluan sebelah. Menurut En. Jalal Pegawai Bertanggungjawab Jalan Raya, Shah Alam. Peruntukan bagi projek ini RM49 juta.

Fasa Kedua: Dari Jalan Teras Jernang ke Masjid Teras Jernang dan ke bulatan UKM. Menurut En. Jalal Kos bagi Fasa II ialah RM23 juta.

Jalan Lekas – Kajang Seremban lencong ke Pekan Bangi dan pembinaan flyover. Adalah difahamkan kos flyover RM20 juta.

III. Akan Dibina

Fasa Tiga : Jalan dari lampu isyarat Teras Jernang ke Pekan Bangi. Akan dibangunkan secara usahasama antara JKR dan Syarikat Perumahan Masing Group. Syarikat ini akan membina perumahan di atas tanah ke Pekan Bangi dan tanah bersebelahan Highway Plus. Menurut En. Jalal – Memerlukan masa.

IV. Permintaan Sekarang

  • Menurap jalan dari Seksyen 9 hingga ke Tol Kajang. Jalan ini banyak rosak sejak musim hujan.
  • Menurap jalan-jalan kilang pada bahagian yang telah rosak.
  • Memperbaiki perparitan bagi jalan dihadapan Seksyen 4 Tambahan. Sering banjir, kerana perparitan sempit.
  • Meminta TNB segera pasang lampu pada tiang-tiang yang telah didirikan antara UKM hingga ke Pekan Bangi.

V. Permintaan Untuk Jangka Panjang

  • Membina Flyover di atas Bulatan Tol Bangi. Bagi mengatasi kesesakan, terutama pekerja-pekerja kilang.
  • Membina flyover di atas Bulatan ke UKM. Bangi mengatasi kesesakan dan melancarkan lalu lintas dari semua arah.
  • Membina flyover di atas Bulatan dari Empat Tambahan ke Seksyen 4, 7 dan 9. Jalan yang berterusan sibuk. Dapat melicinkan lalu lintas.
  • Segera membina flyover dari Kajang Utama ke Bandar Baru Bangi, Jalan keluar Kajang Utama yang kini terkepung dan terpaksa membuat pusingan ke tol untuk ke Kajang dan Bandar Baru Bangi. Merugikan masa dan kos perjalanan (tanggungan bersama syarikat-Syarikat perumahan – terutama Metro Kajang).
  • Membina jalan keluar yang selesa dari Malaysian-German Institute dan KWSP ke Jalan Kajang - Bangi.
  • Membina jalan rasmi menghubungkan Sungai Tangkas-Kajang Utama ke Taman Teknologi.
  • Mengambilalih dan menyelenggarakan jalan Pekan Bangi ke Impian Putera, Seri Putra.

Sekian.

5 comments:

  1. Minta TB datang ke Persiaran Teratai 4, diturap sekerat jalan. Dihujung jalan, jalan berlopak lopak akibat hakisan air hujan langsung tidak dipedulikan.

    ReplyDelete
  2. Mohon YB tengokkan jalan dari Komuter UKM ke Taman Universiti. Banyak jalan yang berlubang dan bertakung air dan banyak mengakibatkan penunggang motor jatuh. Kawasan pembinaan berhadapan taman tropika ada yang tidak mempunyai kawasan "Lorry wash" dan mengakibatkan jalan penuh dengan tanah dan lumpur dan sangat teruk pada musim hujan. Keadaan pembinaan yang tidak tersusun juga mengakibatkan banjir lumpur berlaku.

    ReplyDelete
  3. Salam, minta jasa baik YB untuk melihat dan memperuntukkan peruntukan untuk membaiki jalan utama dari simpang Hitachi menuju ke lampu trafik simpang ke Kampung Sungai Merab yang telah hancur dikorek berulangkali sejak pertengahan tahun ini. Penampalan amat teruk dan banyak kali hampir berlaku kemalangan kerana mengelak lubang dan permukaan jalan yang beralun tidak rata dan mendap. Kenderaan rata-rata penduduk dan pekerja di kawasan ini rosak kerana melalui jalan ini. Wassalam

    ReplyDelete
  4. Anony 30 Nov : Boleh maklumkan dengan lengkap, Persiaran Teratai 4 itu di mana?

    Anony 4 Dis : Jalan dari Taman Universiti sehingga ke terowong KTM komuter ada dalam peruntukan 2013. Jalan tersebut akan dibaiki.

    Anony 8 Dis : Jalan Hitachi hingga ke bawah flyover Denso itu sahaja di bawah Adun Bangi. selepas itu, adalah di bawah MP Sepang. Harap tidak terkeliru dengan pembahagian zon Adun dan juga majlis bandaran. Untuk jalan ini, akan diusulkan untuk pembaikan. Projek pembaikan adalah berperingkat mengikut susunan dari peruntukan MARIS. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum DrShafieN26, saya anonymous Dis, jalan yang saya maksudkan tidak termasuk di bahagian MPS. Alhamdulillah, pagi ni nampaknya jalan telah diturap. Jutaan Terima Kasih atas perkhidmatan dan keprihatinan pihak Adun Bangi dan jabatan2 berkaitan. Wassalam

    ReplyDelete