February 15, 2014

Analisa Pengaduan Diterima Melalui Kaunter Terbuka Adun Kajang

-->
BBB, 14 Rabiul Akhir 1435 = 14 Februari 2014 (Jumaat):

Banyak aduan diterima melalui borang yang disediakan dikaunter-kaunter yang dibuka. Berikut adalah contoh bagi 4 lokasi sahaja dipilih dari berbagai tempat aduan – terlalu banyak aduan (Aduan Hari Ahad berlainan tarikh dalam bulan Februari & Mac 2002):

Tempat                      Februari               Mac
Pasar Kajang                31                        25
Sungai Long                 32                        23
Baru 10 Cheras              5                        10
Kg. Baru Semenyih       0 (belum buka)  28

Jumlah                          68                       86

Tertinggi di keempat-empat tempat:

Kebersihan           20 %
Hartanah              20 %
Kem. Awam        20 %
Lalulintas             18 %
Lain-lain              22 %   (Perniagaan, Alam Sekitar, Sosial, Kebajikan & Kesihatan).

Namun dilihat secara lebih khusus, maka peratusan tertinggi bagi Kajang ialah masalah jalan & lalu lintas. Masalah yang diterima mengenainya. Lalu lintas sebok perlu ada polis mengawas, ruang parking perlu diperbanyak, perlu papantanda masuk ke Jalan Bukit, juga ke Bukit Mewah tepi jalan Kajang-Semenyih. Perlu dibuka segera jalan Bukit Mewah Fasa 7 ke Taman Kajang Utama, bas kurang ke Taman Damai dan Kajang Utama, perlu system penyuraian berkesan kurang kesesakan di Bandar Kajang, Lori keluar masuk laju berhabuk di Bukit Angkut Sungai Chua, masalah jalan pintas Grand Saga - Sungai Jeluk waktu pasar malam, malam Isnin ganggu lalulintas. Aduan di Pasar Kajang juga maukan Taman Surada segera disambungkan dengan Seksyen 7 BBB dan Cadangan diadakan jalan susur dari Seksyen 3 di bulatan ke UKM.


Berhubung dengan lalulintas ke Sungai Long selalu jem dicadangkan buat jalan sehala, dicadang juga dibuat bumper di jalan berkenaan elak dari lumba haram waktu malam, perlu ada bypass keluar dari phoenix Plaza, Jalan rosak di highway depan  Jabatan Pertanian dikorek, tapi ditimbus tidak rata.

Mengenai lalulintas di Batu 10 Cheras aduan dari penduduk bahawa jalan rentas ke kondominium Vesta Green Bandar Mahkota Cheras dan persimpangan Cheras Perdana merentas Kg. Batu 10 dirancang tanpa memaklumkan kepada penduduk. Mereka tidak mau tanah dan perkampungan mereka menjadi mangsa.
Jalan Ke Masjid Batu 10 selekoh dan corner bahaya.


Mengenai lalu lintas di Kg. Baharu, jalan sempit dan banyak rosak, perlu dibaiki.


Masalah kebersihan adalah masalah dominan di semua tempat. Melalui Kaunter Aduan di Kajang diterima aduan, sampah dilonggok di depan kedai Taman Jasmin yang kedai-kedai tak beroperasi (tak laku masa itu), sampah bertaburan di belakang Pasar Kajang, parit tersumbat dengan sampah dan pasir, banyak sampah di jalan-jalan dan longkang di Bandar Kajang, sampah diangkat tidak menurut jadual, Tong sampah di Belakang Taman Hijau sudah tiada, harap digantikan, longkang tersumbat di Jalan Jasmin 29, nyamuk membiak. Rumput tak dipotong di Bukit Mewah – Fasa 7, sampah, kotak dan plastic dibuang merata sekitar Jalan 1/3 & ¼ Bandar Baru Bangi, rumput dan lalang dari trafik light  BBB ke Perhentian Kajang tak dipotong.



Mengenai kebersihan di Sungai Long, sampah dibuang di merata di kedai dan warung Sungai Long. Sampah diangkat dua kali seminggu perlu diangkat lebih kerap. Lori-lori tanah Pemaju Taman Bukit Permaidani mengotorkan jalan.

Di batu 10 Cheras

Tiada longkang dibuat di Batu 10 dan masalah pemeliharaan lembu tak terkawal dan berbau.
Manakala di Kg. Baharu sampah di sekitar pasar tidak diselenggara dan dibersihkan dengan betul. Rumput tidak dipotong mengikut jadual.

Dari segi kemudahan awam aduan diterima dari Pasar Kajang mengenai air mengalir dari bawah bangunan rumah pangsa sederhana, Jalan 7, Taman Berlian. Bimbang runtuh, masalah air paip kotor dan tekanan rendah di Taman Bukit Kajang, juga di Surada dan Kajang Prima dan paip air selalu pecah di Sungai Jeluk, lampu isyarat di traffic Bangi-Sungai Tangkas, bahaya perlu dibaiki, Jalan Kajang-Semenyih perlu dipasang lampu sepenuhnya waktu malam, bekalan letrik selalu terganggu di Taman Prima. Padang permainan perlu dibaiki di Jln. Baru 4, Taman Bukit.


Manakala di Kaunter di Sungai Long ialah perlu ada Pejabat Pos, sering berlaku jenayah pecah rumah, kecurian dan peras ugut (9 aduan sama), tidak ada Sekolah Cina (7 pengadu), tiada perkhidmatan bas (6 pengadu), talian telefon tidak cukup, telefon awam sedikit. Ada yang bayar deposit RM480/= sejak 7 bulan lepas masih tiada bekalan telefon (4 pengadu), bayaran air tinggi, meter rosak, air paip kotor (2 pengadu), Bayar RM48/= Indah Water tidak bersih tangki najis, sudah 6 bulan dipasang lampu, Jln. SL 7/18 hingga kini masih belum ada api.

Manakala aduan dari Batu 10 Cheras

Perlu perparitan di Jalan Puyuh, Perlu papantanda masjid, tiada perparitan.

Manakala di Semenyih paip sering tiada air  di Taman Bunga Raya Semenyih, di tempat sama tangki awam sering bocor, Setiap minggu dua hari tiada air di Taman Dusun, aduan juga berlaku tiada air di Taman Utama Paling Jaya.


Berhubung dengan hartanah aduan di Pasar Kajang:
Lorong Kedai disekat dari kegiatan berniaga Lot PT17 Jalan Mendaling, Tanah runtuh di Kajang Jaya rosak rumah, kuater Hospital Kajang dirubuh, penghuni dipaksa pindah pampasan dibayar rendah, MRCB (Kajang Utama) pungut cukai perkhidmatan tak wujud.
Perumahan di Jasmin belum dapat CF. Aduan yang seumpamanya tiada CF perumahan di Surada, Video haram di Taman Jasmin dan juga di Sungai Jeluk (2 pengadu berlainan, Penjual Bunga di Pasar Kajang sering di saman perlu ruang khas.

Manakala di Sungai Long cadangan memindahkan gerai depan kedai, jaga kebersihan. Cadang pindah ke tanah lapang (7 pengadu), pasar basah perlu didirikan di tapak yang dicadangkan (3 pencadang), Tanah kosong di Seksyen 6, diguna oleh pemaju berhabuk, ganggu kesihatan terutama bagi penghuni Jalan SL 6/1. Lebihan binaan perlu diangkat dari jalan SL2/2.
Aduan dari Batu 10 pula ialah rumah tiada Cf di Taman Seri Raya.
Berhubung dengan hartanah di Kg. Baru Semenyih Lot 792 Kg. Baru Semenyih belum dapat geran,, Alamat sama beberapa rumah (4 buah) surat dan bil tak sampai. Adanya pemancar telekomunikasi bimbang bahaya radiasi, kedai tepi jalan di Semenyih simpan banyak lori ganggu jalan – bahaya, Kedai no. 84 & 85 tak dapat bayar cukai terakhir bayar (1945), Kesilapan ejaan nama kad pengenalan geran tak dapat dikeluarkan bagi lot 413 Kg. Baru Tambahan. Geran tak dapat sejak 1979. Tanah Kg. Baru Semenyih akan tamat pajak 7 tahun lagi perlu buat permohonan. Surat tak dihantar ke rumah-rumah tapi posman longgok surat di Kedai Mini Market, Geran tanah ditukar kepada nama suami dan adik suami (62 Kg. Baru) masalah mau dapat balik, Kawasan Taman Bunga Raya kotor, longkang pecah dekat pasar, pasar perlu dibersih setiap hari, longkang Kg. Baru banyak pecah, tersumbat dan banyak nyamuk.


Persoalan berbagai-bagai disatukan bagi semua tempat:

Banyak nyamuk di Taman Bukit Kajang, Pendatang haram ramai di Desa Surada, banyak anjing liar di Taman Jasmin, Pengadu perlu bantuan Kebajikan Masyarakat (Dari Bukit Mewah). Sungai Long juga dibanjiri pendatang haram, juga banyak anjing liar, No. 12A, SL1/3 anjing jiran bising ganggu ketenteraman, juga  no. 38 Jln. SL 7/7 bising dan busuk, trailer panjang parking di SL 7/1 mengganggu dan bahaya, banyak premis pelacuran di Sungai Long, penjualan daging khinzir secara terbuka dan penduduk bercucuk tanam dan pelihara ayam di taman awam.

Demikian contoh aduan yang diterima dari 4 lokasi dalam tempoh dua bulan Februari & Mac 2002. Pola aduan sedemikian berlaku di Kaunter-Kaunter Terbuka di tempat-tempat lain. Masalah berbeza bergantung dengan situasi dan isu mendominasi setempat. Sudah tentulah banyak tugas yang perlu diselesaikan oleh Adun Kajang.

Sekian.

No comments:

Post a Comment