BBB, 15 Jamadil Awwal 1435 = 15 Februari 2014 (Sabtu):
Telah diperkatakan bahawa mulai awal tahun 2002 Adun Kajang
mengambil pendekatan mendekati rakyat di kawasan Dun Kajang ialah dengan
membuka `Kaunter Terbuka` Adun Kajang di berbagai lokasi, khususnya
tempat-tempat menjadi tumpuan orang ramai seperti di pasar-pasar, pasar-pasar
malam dan di majlis-majlis sambutan dan keramaian. Pembukaan Kaunter Terbuka
ialah pada hujung minggu, khususnya pada hari Ahad dan Sabtu atau berkait
dengan peristiwa khusus berlaku.
Baiknya pendekatan ini bahawa Adun bersama AJKnya dapat
terus berjumpa dengan rakyat, dapat mengetahui masalah mereka dan kadang kala
terus ke tempat permasalahan yang diadu. Adu-aduan bertulis yang diterima dari
pengadu-pengadu dihimpun dan disusun menurut permasalahan dan tempat bagi
tindakan pihak berkenaan. Maklumat tentang diri pengadu, alamat diri, perkara
aduan, tempat menjadi aduan terdapat di dalam borang aduan.
Semua aduan dihimpun dalam masa 4 minggu (4 tempat) dengan
masalah-masalah, contoh:
1) Kaunter Terbuka d Pasar Kajang:
Bil.
Perkara
Lokasi Aduan Tindakan
a) Lalulintas (tempat bermasalah) (Jabatan berkenaan)
1) ….
b) Masalah Kebersihan
1) ….
c) Masalah Air
1)
d) Letrik & Api Jalan
dan seterusnya .
Diikuti aspek-aspek yang sama berlaku di Kaunter Terbuka 2)
Sungai Long, 3) Batu 10 Cheras dan 4) Kg. Baru Semenyih. Juga lokasi-lokasi
lain yang diadakan dari minggu ke minggu.
Jumlah senarai aduan bagi 4 minggu mungkin sampai 10 halaman
dikepilkan dengan surat
Adun berlogo Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kajang dengan tarikh dan Bil. Surat ditujukan kepada
(senarai):
Yang berusaha:
YDP MPKj Kajang,
Manager Alam Flora Kajang,
Pegawai Daerah Hulu Langat,
Ketua Jurutera JKR, Hulu Langat,
Ketua Telekom Malaysia , Cawangan Hulu Langat,
Ketua Jurutera JBS, Hulu Langat,
Ketua Jabatan Agama Islam, Hulu Langat,
Ketua TNB, Hulu Langat,
Ketua Polis Diraja Malaysia , Hulu Langat,
Ketua Jabatan Kesihatan Awam, Hulu Langat,
Ketua Pejabat Kebajikan Masyarakat, Hulu Langat,
Ketua Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat
Ketua Pejabat Haiwan, Hulu Langat,
Ketua Pos, Pejabat Pos Hulu Langat (Kajang).
Pengetua dan Guru Besar Sekolah Bandar Baru Bangi.
Pengurus Indah Water,
Syarikat Bas Kajang
Pemaju perumahan (berkenaan)
Dan lain-lain yang berkenaan.
Kerja memang banyak, terpaksa pergi kepada satu-satu jabatan
berkenaan hantar surat
aduan berkenaan dan untuk bukti hantaran dan penerimaan cop jabatan &
tandatangan diambil tanda penerimaan. Tidak setakat penghantaran, tapi susulan
dibuat bagi memastikan tindakan. Jika tidak diambil pertanyaan dibuat bila
dihantar surat
lagi atau sengaja dibuat pertemuan susulan.
Cara seumpama ini ada kelemahannya, kerana setengahnya
mengambil masa yang lama, terutama perkara-perkara yang perlu diambil tindakan
segera. Namun pendekatan tidak saja setakat menghantar surat sahaja. Ada pendekatan-pendekatan yang lain yang
dilakukan dari masa ke semasa menurut kesesuaian persoalan dan masa yang perlu
dibuat tindakan.
Namun banyak kejayaan yang dapat dihasilkan dari aduan-aduan
yang disampaikan. Antaranya dapat disebutkan di sini:
Lalulintas di Bandar Kajang di beberapa jalan Bandar Kajang
dijadikan jalan sehala bagi melicinkan pergerakan kenderaan. Menemui Syarikat
bas di Kajang berbincang mengatur jadual perjalanan, Pembaikan lalu lintas
Jalan Grand Saga ke Sungai Jeluk, pembukaan jalan menyambung Taman Surada
dengan Seksyen 7 dan pembaikan pembentungan di Taman tersebut, sampah
berlonggok di hadapan kedai Taman Jasmin begitu banyak dapat dibersihkan, Jalan
Kajang-Semenyih akhirnya berlampu sepenuhnya, Perumahan Taman Jasmin akhirnya
dapat CF.
Sampah berlonggok depan kedai Sungai Long akhirnya
dibersihkan, Balai Polis dan Pejabat Pos didirikan di Sungai Long dan ada
perkhimatan bas, manakala jalan sempit antara jalan Cheras ke Sungai Long
(termasuk Taman Rakan) diperluas ada divider dan dua lane sebelah.
Bantahan penduduk di Batu 10 mengenai laluan jalan mengenai
tanah mereka diselesaikan, Perparitan juga dibuat di kawasan tersebut.
Bagi penduduk Kg. Baru Semenyih satu kejayaan membanggakan
dapat dicapai apabila pajakan tanah bagi kampung tersebut yang hampir tamat
tempoh diberi pilihan untuk sambung pajakan sama ada 60 tahun atau 99 tahun
dengan jumlah bayaran yang berbeza.
Perkhidmatan Alam Flora dan masalah air yang sering berlaku
dapat dikurang, kerana Adun Kajang sering ke pejabat-pejabat berkenaan
mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan permasalahan, Banyak aduan-aduan
kecil dapat diselesaikan yang tidak perlu diperkatakan.
Walau bagaimana ada perkara-perkara yang tidak dapat
diselesaikan segera dan secara total seperti kebanjiran pendatang haram, kerana
ini melibatkan KDN & Kerajaan Persekutuan, juga masalah kesempitan
lalululintas di Bandar Kajang yang sukar diselesaikan.
Walaupun banyak masalah kami merasa puas dalam berkhidmat
dan berbahagia bila berjaya menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment