BBB, 02 Rabiul Akhir 1435 = 02 Februari 2014 (Ahad):
Sukan adalah bidang yang dapat menyatukan rakyat Negara ini
tanpa membezakan antara faham politik, kaum dan latar belakang. Datuk Lee Chong
Wei adalah `Jaguh Badminton No. 1 Dunia` yang dibanggakan oleh semua rakyat
Negara ini tanpa membezakan faham politik, kaum dan latar belakang. Kebanggaan
terhadap pencapaian dan ketokohan Datuk Lee Chong Wei menjadi salah satu faktor
menyatupadukan rakyat Negara ini.
Dalam kehangatan politik di Dun Kajang dan usaha mencari
calon bertanding melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR di bawah PR, ada
suara dari pihak BN mencadangkan agar Datuk Lee Chong Wei dicalonkan bagi pihak
BN menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Cadangan ini boleh disifatkan sebagai
`kurang teliti` dan boleh mengundang berbagai-bagai implikasi yang tidak
diingini terhadap Datuk Lee Chong Wei.
Andainya Datuk Lee Chong Wei menerima cadangan dan apa lagi
menjadi kenyataan sebagai calon bagi BN, maka rakyat dari semua kaum dan
lapisan rakyat akan berpecah. Kalangan pendukung BN akan menyanjung dan
menyokong Datuk Lee Chong Wei dan sebelah pihak lagi yang menentang BN mulai
hilang penghormatan dan pengagungan terhadap Datuk Lee Chong Wei. Dengan ini
kesatuan hati rakyat menyanjungi Datul Lee Chong Wei mulai berpecah dan
reputasi Datul Lee Chong Wei mulai menurun di mata rakyat.
Tidak dapat dinafikan bahawa berpolitik ialah cara dan
saluran mendapat kekuasaan, baik secara betul (sukar untuk menggunakan istilah
jujur), maupun sebaliknya dengan berbagai cara yang kadang-kadang digunakan
istilah `menghalalkan cara bagi mendapat kuasa`. Bila Datuk Lee Chong Wei
termasuk di dalam kancah politik, dia akan terpalit sama dengan mainan kotoran
politik yang menghakiskan penghormatan masyarakat terhadapnya. Lagi pula bila
sudah berada di atas pentas politik, soal diri dan kelemahan peribadi, bahkan
keluarga akan dintai dan dikeberkan oleh musuh kepada rakyat bagi menjatuhkan
imej Datuk Lee Chong Wei sebagai calon yang mungkin mengaibkan diri dan
keluarga dan menjatuhkan kredebiliti diri di tengah masyarakat.
Orang politik sanggup menggunakan kesempatan yang ada,
bahkan bersifat lahap dan angkuh. Apa yang dilihat pada diri Datuk Lee Chong
Wei ialah asset kemasyhurannya, bukan kemampuan politik untuk dijadikan umpan
politik supaya pengundi Kajang menyokong BN. Andaikan Datuk Lee Chong Wei
menang, maaf, maka dijangkakan kemampuan dan sumbangan yang dapat diberi oleh
Datul Lee Chong Wei dalam politik tidak lebih dari Adun-Adun biasa yang sudah
ada di dalam Dewan Negeri Selangor. Lebih malang
jika prestasi tidak memberangsangkan, maka imejnya akan tenggelam.
Sebagai amaran ! adalah satu bala dan mala petaka bagi Datuk
Lee Chong Wei andainya beliau kalah di dalam pilihanraya kecil Kajang – adalah
satu kemungkinan, maka reputasi beliau akan merudum, bahkan akan runtuh
menghilangkan penghormatan dan sanjungan
yang diberi oleh rakyat Malaysia
selama ini.
Pada hakikatnya kedudukan Datuk Lee Chong Wei sebagai Jaguh
Badminton Dunia adalah lebih tinggi dari kedudukan seorang wakil rakyat, kita
berharap Datuk Lee Chong Wei tidak akan tertarik dengan gula-gula beracun dan
memperjudikan nasibnya di dalam kancah politik yang banyak liku-liku yang lebih
banyak memerangkap dan menjatuhkan dan tiada jalan lurus bagi mencapai
kejayaan.
Walaupun Datuk Lee Chong Wei pernah menyuarakan hasrat untuk
bersara pada akhir tahun ini, pada hakikatnya beliau masih mempunyai banyak
masa dan peluang bagi melonjakkan prestasinya di dalam sukan badminton baik
pada peringkat nasional, regional, maupun international. Kita perlu memberi
semangat dan sokongan untuk beliau mencapai lebih banyak kejayaan. Pada
peringkat ini adalah tidak wajar beliau diganggu fikirannya dengan
tawaran-tawaran tidak releven dan di luar dari kepakarannya (Pendapat ini
mungkin sesuai dengan permintaan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang
meminta agar jangan diganggu Datuk Lee Chong Wee dengan tawaran politik yang
mau menjadikannya calon bagi pilihanraya kecil di Kajang). Mujur setakat ini
Datuk Lee Chong Wei tidak memberi respond terhadap tawaran.
Andainya penghormatan tertinggi mahu diberikan kepada Datuk
Lee Chong Wei, bukannya menjadi calon Dewan Negeri, tetapi ialah misalnya
dengan mendirikan `Akademi Badminton Negara` dengan menjadikan beliau Penasihat
Agung yang tunjuk ajar dan latihan darinya dapat memberi manfaat bagi
peningkatan prestasi badminton di Negara ini. Penghormatan juga dapat diberi
dengan mendirikan `Muzium Sukan Negara` yang Datuk Lee Chong Wei ditokohkan dan
nasihat daripadanya dapat dimanfaatkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment