BBB, 24 Rabiul Akhir 1435 = 24 Februari 2014 (Ahad):
Pengundi Kaum Cina di Kajang tidak boleh diabaikan baik di
dalam mana-mana pilihanraya termasuk PRK pada 23 Mac 2014 kelak. Dengan jumlah
lebih 40% pengundi Cina sebagaimana pengundi Melayu merupakan faktor menang
atau kalahnya seseorang calon yang mendapat sokongan atau tidaknya dari
pengundi Cina. Namun mendekati kaum Cina adalah berbeza dari mendekati pengundi
kaum Melayu dan juga India .
Bagi kaum Melayu boleh didekati dengan ceramah,
ceramah berkelompok, usrah dan ziarah dari rumah ke rumah. Cara bagi
orang Cina adalah berbeza.
Pendekatan dengan kaum Cina antaranya sebagaimana dilakukan
bagi pilihanraya ke 10 pada 29 November 1999 ialah melalui turun padang di
tempat-tempat perniagaan seperti di Pasar Kajang sebagaimana telah
diperkatakan, turut dilakukan secara demikian di Sungai Long, Pasar Suntax Batu
10, Pasar Lama Kwantung Sungai Chua dan pasar-pasar malam yang ramai orang Cina
seperti di Jalan Reko (27 November 1999), jika pun diadakan ceramah maka
diadakan dilokasi berkenaan, misalnya ceramah dihadiri Penulis yang diadakan
bersama Sdr. Lim Guan Eng dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa di Sungai Long pada
malam 8 Oktober 1999.
Sejak sebelum pilihanraya ke 10 Penulis mempunyai hubungan yang baik dengan sekelompok pimpinan Dap di Kg. Baru Semenyih yang mempunyai pejabat yang agak uzur di sana. Kelompok ini terdiri dari lebihkurang 10 orang veteren yang diketuai oleh En. Lee, walaupun sudah tua mereka amat gigih. Penulis sering ke pejabat mereka di Kg. Baru di sini. Banyak kegiatan dilakukan di sini. Bila diadakan Kaunter Terbuka mereka turut menolong. Sokongan dan kerjasama mereka banyak menarik pengundi memberi sokongan terhadap Penulis. Mereka berada di dalam ingatan Penulis, walaupun sebahagian mereka telah meninggal.
Sejak sebelum pilihanraya ke 10 Penulis mempunyai hubungan yang baik dengan sekelompok pimpinan Dap di Kg. Baru Semenyih yang mempunyai pejabat yang agak uzur di sana. Kelompok ini terdiri dari lebihkurang 10 orang veteren yang diketuai oleh En. Lee, walaupun sudah tua mereka amat gigih. Penulis sering ke pejabat mereka di Kg. Baru di sini. Banyak kegiatan dilakukan di sini. Bila diadakan Kaunter Terbuka mereka turut menolong. Sokongan dan kerjasama mereka banyak menarik pengundi memberi sokongan terhadap Penulis. Mereka berada di dalam ingatan Penulis, walaupun sebahagian mereka telah meninggal.
Bagi mendekati pengundi-pengundi Cina ialah dengan turun ke
premis-premis perniagaan mereka. Misalnya selepas penamaan calon pada 20
November 1999 dan Penulis dipastikan sebagai calon Dun Kajang, maka pada Rabu
24 November 1999, maka pada jam 2.00-5.00 petang Pas bersama-sama Keadilan dan
Dap turun ke Kajang dan menziarah kedai ke kedai menemui pengundi. Antara
penyokong ialah Cikgu Lee Kim Sin pemimpin Ngo dan saudara Foo pemimpin Dap.
Ziarah dari kedai ke kedai juga dilakukan selepas kemenangan dan untuk mendapat
maklumat pekedai-pekedai Cina dan pekedai-pekedai lain Penulis mengambil
kesempatan semasa menziarah mengambil nama dan alamat pekedai, iaitu dengan
memperturunkan cop kedai perniagaan mereka yang bukan saja mempunyai alamat, tetapi juga no. telefon
yang memudahkan untuk dihubungi kemudian.
Selain daripada itu ialah mengadakan pertemuan dengan
persatuan-persatuan Cina. Persatuan Cina yang paling penting dan berpengaruh
bukan saja di Kajang & Selangor, tetapi di Malaysia ialah Dong Jau Zhong
(Persatuan Pendidikan Cina) yang bangunan pejabatnya di Jalan Bukit, Kajang.
Penulis bersama rombongan membuat appointment dan bertemu beberapa kali dengan
persatuan ini, termasuklah sebelum pilihanraya bagi mendapat sokongan. Penulis
juga mengadakan pertemuan misalnya pada 3.00 petang pada 25 November Penulis
bersama Cikgu Lee dan pengiring-pengiring mengadakan pertemuan dengan Persatuan
Penjaja-Penjaja Cina bertempat di Sungai Chua berunding dengan mereka tentang
masalah yang dihadapi penjaja-penjaja dan cara-cara yang boleh diatasi. Kehadiran
Penulis selaku Calon Dun Kajang diterima baik oleh AJK Persatuan-Persatuan Penjaja
Cina.
Turut diadakan pertemuan yang diusahakan oleh Cikgu Lee Kim
Sin ialah pertemuan dengan ahli-ahli Kelab Sen Yee di sebuah bangunan di Jalan
Mandeling di Bandar Kajang pada petang 27 November 1999. Ahli-ahli terdiri dari
kalangan veteran-veteran orang Cina. Penulis diterima baik dan diperkenalkan
kepada seorang demi seorang daripada mereka bahawa Penulis sebagai Adun Kajang.
Sebagai calon Pas dari Barisan Alternatif, Penulis agak
sukar untuk mendapat publisiti di dalam akhbar-akhbar arus perdana, walau
bagaimana sejak dari awal Penulis mempunyai hubungan yang baik, melalui Cikgu
Lee dengan pemberita-pemberita akhbar-akhbar Cina di Kajang. Mereka mudah
dihubungi dan sering datang ke lokasi-lokasi yang peristiwa berlaku dan juga ke
sidang-sidang akhbar yang diadakan dan diberi ruang disiarkan. Ini adalah
merupakan cara dan peluang di mana Penulis diperkenalkan kepada masyarakat
Cina, khususnya di Dun Kajang.
Satu cara yang dilakukan ialah mengadakan jamuan secara
besar-besaran dengan menjemput tokoh-tokoh pemimpin berbagai-bagai parti. Cara
ini beberapa kali diadakan di Dun Kajang bertempat di sebuah restoran di Jalan
Wan Siew di Sungai Chua. Waktu jamuan bermula jam 7.30 malam, sebab itu
kehadiran perlu segera, Bagi peserta-peserta muslim disediakan makanan halal.
Jamuan begini pernah dihadiri oleh pemimpin tertinggi seperti oleh Ustaz Fadzil
Nor Presiden Pas, Dato` Seri Anwar dari Keadilan dan saudara Lim Kit Siang Ketua
Dap dan beberapa pemimpin tertinggi yang lain dari berbagai parti. Semasa
jamuan dan sesudahnya diadakan ceramah-ceramah yang disampaikan
pemimpin-pemimpin parti dan juga calon-calon yang bertanding. Majlis sedemikian
memberi kesan yang besar kepada masyarakat Cina, apa lagi pablisiti diberi
secara besar-besaran termasuk melalui akhbar-akhbar di dalam bahasa Cina dan
postar-postar berbagai bahasa.
Penulis yang pada awal dipilih sebagai calon di Kajang pada
peringkat permulaan merasa bimbang, kalau-kalau tidak mendapat sokongan dari
masyarakat Cina, tetapi mula berubah melihat kepada sokongan masyarakat Cina
dan harapan semakin cerah. Sokongan orang Cina bukan setakat moral sahaja,
tetapi material. Penulis pernah bersama-sama saudara Foo pemimpin Dap Kajang
pada masa itu pergi dari kedai ke kedai menjual tiket bagi jamuan seperti
diperkatakan. Pekedai-pekedai Cina tidak membeli atas harga tiket yang dijual
semata-mata, tetapi mereka menyumbang berganda dari harga tiket, walaupun
kebanyakan dari mereka tidak hadir, tetapi memberi sokongan.
Di dalam pertemuan dengan masyarakat Cina dari berbagai
pendekatan kita tidak bercakap kepada mereka soal-soal seperti Negara Islam,
persoalan hudud dan sebagainya, tetapi lebih bercakap tentang kerjasama dan
kesediaan Penulis untuk berkhidmat sebaik mungkin jika diberi mandate menjadi
Wakil Rakyat Kajang. Motto bagi Dun Kajang yang kami war-warkan `Anda Memberi
Mandate Kami Memberi Khidmat`.
Melihat kepada sokongan masyarakat Melayu dan Cina yang amat
positif sebab itu bila menang di Dun Kajang di luar dari jangkaan Penulis
sebagai Adun merangka bersama AJK Beretindak Adun pendekatan terbaik memberi
khidmat kepada semua masyarakat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment