BBB, 11 Rabiul Akhir 1436 = 01 Februari 2015
(Ahad):
Kedudukan dan peranannya di dalam perpuisian
serta kaitannya dengan Islam menyebabkan Hassan dari Bani Khazraj diberi
berbagai gelaran dan kedudukan. Beliau adalah Penyair Al-Mukhadramun (Dua
Zaman: Jahiliyyah dan Islam), Tokoh yang mempertahankan Islam sejak menerima
Islam sebaik Hijrah Rasul s.a.w. dan sebagai warga Yathrib mereka menolong
Rasulullah s.a.w. dengan harta dan tenaga, mereka - termasuk Hassan diberi gelaran sebagai
Golongan Ansar. Istimewa Hassan membela Nabi s.a.w. dengan lisannya `Puisinya`,
iaitu dengan `Mengecam Quraisy` dan memuji Nabi s.a.w. dan Agama Islam,
lantaran itu beliau digelar sebagai `Penyair Ansar Pada Zaman Jahiliyyah, Penyair
Nabi/Rasul s.a.w.` Penyair Islam` dan Penyair Berketurunan dari Yaman.
(Fuad Afram al-Bustani, Al-Majani al-Hadithat,
Jil II, Al-Matba`at al-Kathulikiyyat, Beirut, tt: 9) juga: Butrus al-Bustani,
Udaba` al-`Arab, Dar Nazir `Abud, Beirut, 1989: 275).
Selaku
Penyair pada zaman Jahiliyyah terbukti dari keterlibatnnya di dalam memuji
Raja-Raja Ghassan, khususnya Raja `Amri
al-Rabi`- IV (587-597M.), Raja Al-Nu`man al-Sadis- VI (597-600M.), Hajar bin al-Nu`man dan Jabalah
bin al-Ayham. Dengan wujudnya beliau pada zaman Jahiliyyah dan berkesempatan
dengan zaman Islam, maka banyaklah puisi yang memperlihatkan keberadaan beliau
pada dua zaman. Tetapi dengan keberadaan beliau pada zaman Islam, beliau
memutuskan komitmen beliau terhadap Nabi s.a.w. dan Islam, walaupun tidak dapat
dinafikan pengaruh dan ciri kepuisian, misalnya bersifat kecaman, ratapan, kemegahan
dan pembelaan berterusan, tetapi gaya pengucapan dan pemilihan kata berbeza
dari zaman Jahiliyyah. Ini berbeza dari penyair Ka`ab bin Zuhayr yang masih
dengan pengaruh dan gaya lamanya.
Walau
bagaimana apabila Hassan ditanya Anak Saudaranya mengenai pendapat yang
mengatakan mutu puisinya makin menurun (termasuk pendapat Al-Asma`i) pada zaman
Islam, adakah kerana umurnya makin meningkat. Jawab Hassan. ``Wahai Anak
Saudaraku, Islam menegah daripada berdusta, sedang puisi dihiasai dengan elemen
dusta !``
Sebagai
seorang Islam sesiapa saja seharusnya hendaklah bercakap benar dan tidak
menentang ilmu. Selepas Islam memperlihatkan bahasa dan gaya perpuisian Hassan
dipengaruhi bahasa dan uslub serta istilah-istilah keislaman.
(Butrus
al-Bustani, Udaba` al-`Arab, 1989: 279).
Sebuah
puisi beliau yang mula-mula diungkapkan selepas beliau menerima Islam, ialah
puisinya yang membela pengikut Islam – Sa`ad bin `Ubadah berdepan dengan
tindakan Raja Al-Munzir bin Amri yang menangkap Sa`ad, tapi dilepaskan atas
usaha Umayyah bin Khalaf dan Harith bin Hisham. Tentang peristiwa ini
diungkapkan dengan puisinya yang dikatakan puisi awalnya selepas menerima
Islam:
Tidaklah
rujukan kepada Amri dan tidak pada Mundhir
Apabila
ada perbalahan diselesaikan dengan lumba perang
Kalau
tidak usaha Abu Wahab nescaya berlakulah deraan
Lantaran
kedudukan menentukan dan bukan keadilan.
...
(Diwan
Hassan bin Thabit, 1412/1992: 179).
Walaupun
di dalam ungkapan Hassan di atas tidak kedapatan istilah-istilah baru yang
merujuk kepada istilah dan konsepsi Islam (hingga ke akhir puisi 7 bait),
tetapi jelas bahawa sentimen dan rasa tanggungjawab Hassan adalah membela
Islam.
Sememangnya
berikutnya puisi-puisi yang mendukung aspirasi keislaman memperlihatkan bahawa
Hassan menggunakan istilah dan mesej keislaman, kata Hassan:
Ku
Bersaksi Dengan Izin Allah
(Memuji
Al-Mustafa s.a.w.)
Aku
bersaksi dengan izin Allah bahawa Muhammad
Rasulullah
meninggi dari lapisan langit ketinggian
Bahawa
Aba Yahya dan Yahya keduanya
Mengamal
suruhan agama nescaya diqabul
...
(Diwan
Hassan bin Thabit, 1412/1992: 301).
Satu
ciri baru dibawa oleh Hassan selepas Islam ialah bersifat kata-kata hikmat dan
nasihat:
Jauhi
Dari Sia-Sia Kata
Jauhi
dari sia-sia kata jika kedengaran
Duduklah
sebagai seorang berakal tidak mendengar
Jangan
banyak soal dan sengaja membahaskannya
Mungkin
yang menggali lobang jatuh ke dalam
Lazimkan
diri dalam majlis mulia dan keilmuan mereka
Jika
engkau mengikuti pasti betul cara diikuti
Jangan
ikut bertujuan bagi kemegahan
Kesombongan
menjadi himpunan segala kejahatan
Orang
ramai jika mereka kemuka banyak soal
Jawab
kadar sesuai jangan tunjuk pandai.
(Diwan
Hassan bin Thabit, 1412/1992: 245).
Dan
puisi akhir bagi Diwan Hassan bin Thabit yang tak semesti akhir dari ungkapan
Hassan bin Thabit yang langsung mengambil istilah dan suruhan di dalam Islam:
Menyuruh
Membuat Ma`ruf
Bapa
kami Malik menyampaikan wasiat
Umur
dan kehidupan persediaan maut
Dengan
menjadikan harta dan senjata
Bertujuan
kerana Allah selamat perkembalian
Kukatakan
sebagaimana biasa dikata `Marhaban`
Disuruh
buat kebajikan dan wasiat berpesan
(Diwan
Hassan bin Thabit, 1412/1992: 429).
Jelas
dari sebahagian ungkapan di atas mencerminkan komitmen Hassan pembelaan terhadap Rasulullah s.a.w. dan
Islam. Beliau memang layak digelar selaku Penyair Rasulullah, Penyair Pembela
Islam dan pembuka jalan ke arah era dan nilai baru di dalam perpuisian Islam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment