BBB, 18
Rabiul Akhir 1436 = 08 Februari 2015 (Ahad):
Di dalam surah Al-Fatihah terdapat dua jumlah
ayat, iaitu jumlah ismiyyah (jumlah Nama) dan jumlah fi`liyyah (Jumlah
Perbuatan).
Jumlah ismiyyah kumpunan nama yang terdiri
dari mubtada` (subjek) dan khabar (predikat). Dalam istilah Za`ba, ayat terdiri dari `Benda` dan `Cerita` dan
kemungkinan perluasan darinya.
Za`ba (Zainal Abidin Bin Ahmad), Pelita Bahasa
Melayu, Penggal II, Macmillan And Co. Limited, London, 1959: 1).
(Sayyid Qutb, Fi Zilal al-Qur`an, Jilid I, Dar
al-Shuruq, Misr, 1400/1980: 22-24).
Ada signifikan dari segi jumlah ismiyyah ini,
bahawa ianya disampaikan secara jumlah ismiyyah memberi erti bahawa ianya tidak
diikat dengan masa. Ianya mencerminkan sifat keabadian Ilahi yang
sifat-sifatNya adalah kekal yang tidak mencerminkan perubahan. Allah dan
sifat-sifat sempurna ini adalah terbuka, ertinya tidak dituju kepada kelompok
atau khalayak tertentu. Ini bermakna sifat kesempurnaan Allah yang bersifat
Rububiyyah dengan Al-Rahman dan Al-Rahim
ini meliputi kepada semua dan menjadi hak bagi semua. Jadi falsafah
ketuhanan bukan saja dari segi istilah Allah, Al-Rahman, Al-Rahim, Al-Malik
yang dapat dihuraikan dari perspektif akidah tauhid, tetapi pengungkapan dari
jumlah Ismiyyah itu sendiri mencerminkan kepada tanggapan tentang keabadian dan
kesempurnaan ketuhanan.
Kalau bahagian pertama adalah membawa topik
berhubung dengan ketuhanan dari segi uluhiyyah dan rububiyyah serta sifat-sifat
kesempurnaan-Nya yang lain, maka amat menarik, bahawa pada bahagian kedua ini
adalah fokus pada tahap insan, kehambaan dan alamiah. Dalam kata lain selepas
gambaran tentang ketuhanan, iaitu Allah yang bersifat Al-Rahman, Al-Rahim dan
Al-Malik yang mencipta segala yang terkandung di dalam alam (Rabb al-Alamin).
Maka gambaran bagi tahap insan, hamba dan kealaman ialah menajat dan memohon
kepada Allah:
5) Bermaksud: Akan Dikau sahaja kami sembah dan
Akan Dikau sahaja kami memohon pertolongan.
Ayat ini memulakan maf`ulun bihi kehadapan
yang menegaskan keutamaan, manakala. `na`budu` fi`il mudari` dan fa`il `nahnu`
datang selepas maf`ulun bihi, iaitu susunan yang dibenarkan bagi melahirkan
keutamaan. Dengan menggunakan fi`il mudari` mencerminkan kepatuhan kekiniaan
yang berterusan dan juga menolak dari kepatuhan bermusim atau pada waktu-waktu
tertentu. Misalnya pada masa yang lepas atau memilih waktu yang difikirkan
sesuai misalnya pada bulan Ramadhan sahaja atau pada hari raya. Perlu ditarik
perhatian sebagaimana perbincangan yang lepas, bahawa maksud `na`budu` bukan
bermaksud kepada solat sahaja, tetapi meluas maksudnya dengan maksud antaranya
segala yang bersifat ibadat. Manakala pola ayat bermaksud `Akan Dikau sahaja
kami memohon pertolongan`, adalah bersamaan pola dengan `Akan Dikau sahaja kami
sembah` bermaksud dari segi pola maf`ulun bihi diawalkan dari fi`il mudari`
`nasta`in` - Kami memohon pertolongan.
6) Bermaksud: Tunjukkanlah kami jalan yang
lurus
Di dalam Surah al-Fatihah ini, ini adalah
merupakan satu-satunya fi`il amar (f`i`il suruh, minta, pohon) dengan fa`il
(Engkau) dan maf`ulun bihi `na = dan
al-sirat maf`ulun bihi kedua.
7) Bermaksud: Iaitu jalan orang-orang yang
Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang
Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
`Sirat` kali kedua adalah gantian ulangan bagi
sirat pertama yang memaksudkan pentingnya penegasan persoalan ulangan dan
selepas darinya ialah `silah` bagi sirat yang selepas daripadanya adalah
mausul. Di sini terdapat fi`il madi, fa`il (Engkau) dan jumlah `alayhim sebagai
maflun bihi. Seterusnya penerangan bagi maksud (sirat) yang dimurkai ke atas
mereka dan bukan (sirat) yang sesat.
Satu yang menarik dari segi adab dalam
hubungan dengan Allah bahawa sesuatu yang baik kita sebutkan langsung dari
pengurnianya (iaitu Allah), sebaliknya yang tidak baik atau jahat sebagai
beradab tidak disebut pengurnianya. Ini sesuai dengan firman Allah yang
bermaksud:
``Apa
jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati, maka ia adalah dari Allah,
dan apa jua bencana yang menimpamu, maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu
sendiri.`` (Al-Nisa`: 79).
Dalam ayat (7) di atas, bila menyebut nikmat,
maka disebut (Engkau telah kurnia), iaitu Allah, sebaliknya bila menyebut tentang
`mereka yang dimurkai`, tidak disebut dengan fi`il yang menisbahkan kepada
pembuatnya, sebaliknya disebut `tidak mereka yang dimurkai`, begitu juga
selepas daripadanya, iaitu disebut `dan tidak juga mereka yang sesat`. Di dalam
ayat-ayat di atas penggunaan bahasa di atas adalah begitu lembut dan beradab.
Lantaran sedemikian, maka penggunaan Surah
Al-Fatihah dengan bahasanya yang terbaik adalah bersifat multi fungsi, bukan
saja di dalam beribadat, khususnya di dalam solat, acara-acara yang bertujuan
kebaikan dan berpahala, bahkan sebagai doa dan ruqyah rawatan yang mana Surah
Al-Fatihah ini dinamakan `Penawar Seribu Guna`.
(Dato` Dr. Haron Din, Ruqyah Asas Pengubatan
Islam, Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa`), Bangi,
2014: 12).
Sekian.
No comments:
Post a Comment