ADUN berkesempatan menziarah Apartment Kajang Mewah yang mengadakan gotong royong di kawasan apartment tersebut. Turut hadir Saudara Narayanan Ahli MPKj bagi kawasan tersebut. Apartment di sini mempunyai 120 unit dan dihuni sejak 1996. Walaupun banyak unit, tapi yang menyertai persatuan hanya 22 orang sahaja. Masalah di sini longkang tidak dibersih sehingga ditumbuhi pokok-pokok besar (gotong royong patut tumpu bersih longkang ini), pagar dipecahkan kerana penduduk apartment Putra menggunakannya untuk jalan pintas. Penduduk mau jalan hadapan apartment dilebarkan dan dibaiki kerosakan. Mereka mau diadakan traffic light ke jalan masuk dari jalan utama, kerana jalan sebok, khususnya kerana ada Pasar Raya Bintang berhampiran. ADUN memberi sedikit bantuan bagi gotong royong tersebut.
Sementara itu selepas menghadiri gotong royong di atas ADUN berkejar ke rumah pangsa di Damai Indah, Bukit Mewah. Berlaku kebocoran bila hujan. Kami dan penduduk naik ke tingkat atas dan Sdr. Azizi memanjat bombing rumah pangsa tersebut dan mengambil gambar tempat bocor tersebut. Menurutnya, "Hanya beberapa keping yang rosak dan boleh diganti." Keputusan, kita sedang menunggu pekerja yang dijanjikan untuk mengambil tindakan.
No comments:
Post a Comment