Kelang, 29 Safar = 14 Februari (Ahad):
Hari ini adalah hari pertama Sambutan Tahun Baru Cina. Antara jemputan bagi menghadiri Hari Terbuka yang diterima ialah dari Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor YB Tuan Teng Chang Khim, iaitu hari ini bertempat di Dewan Hamzah, Kelang mulai jam 1.00 hingga 3.00 petang. ADUN Bangi memang dari awal berhasra menghadiri jemputan ini. Janji memang dibuat dengan Saudara Azizi untuk ke
ADUN bersalam dengan tamu yang ada di depan pintu dan masuk melintasi tarian Singa menuju kepada Tuan Speaker dan bersalam dan saudara Azizi sempat merakam gambar ketika disambut oleh Tuan Speaker sebagai Tuan Rumah. Kemudian ADUN bergerak ke dalam dengan diiring pemandu sambil bersalam dengan tamu kiri kanan dan tiba di bahagian hadapan bersama mereka yang lebih sedikit awal hadir seperti Dr Halimah binti Ali Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Ng Suee Lim ADUN Sekinchan, kemudian tiba YB Mohamed Azmin bin Ali ADUN Bukit Antarabangsa sekeluarga. Kami berbual bersama yang lain sambil berdiri menunggu ketibaan YAB Tan Sri, Dato` Seri Abdul Khalid bin Ibrahim Dato' Menteri Besar Selangor yang dijangka tiba jam 1.30 tengahari. Sementara itu beberapa YB mulai tiba seperti YB Teresa Kok Suh Sim (Exco), YB Edward Lee Poh Lin (Bukit Gasing), YB Xavier Jayakumar (Exco) dan YB Manoharan (Kota Alam Shah).
Jam 1.30 kami mendapat isyarat ketibaan YAB Dato' Seri Menteri Besar dan kami bergerak ke hadapan dan kitabaan YAB bersama Datin Seri Salbiah disambut Tuan Speaker dan Isteri dengan tarian Singa rancak bergerak diiringi paluan gendang dan peralatan. Kemudian YAB dan Datin Seri diiring Tuan Speaker diikuti tarian Singa ke hadapan. Acara tarian berterusan di bawah pentas mendekati YAB dan Datin Seri dan juga kami yang semeja dengan YAB, Datin Seri dan ADUN-ADUN yang lain. Selepas sepasang tarian singa bahagian bawah yang berwarna merah itu berhenti, tarian singa oleh dua ekor yang lain yang lebih kecil berwarna putih mempersembahkan tarian di atas pentas sehingga Majlis bermula oleh pengacara dengan jemputan kepada Tuan Speaker berucap mengalu-ngalukan kehadiran YAB dan Datin Seri, Exco-Exco, ADUN-ADUN dan tamu-tamu yang datang. Beliau mengucapkan selamat datang kepada YAB DAN Datin Sri, para Exco, ADUN-ADUN dan semua yang hadir. Beliau menyebut mengenai Tahun Harimau yang bagi beliau melambangkan keberanian, tetapi terpaksa menghadapi banyak cabaran. Dari segi realitinya PR memangnya banyak menghadapi cabaran, terutama dari musuhnya BN. Beliau meminta agar sokongan dipertingkat terutama bagi menghadapi pilihanraya terdekat.
Acara kemuncak ialah ucapan YAB Tan Sri Dato' Seri Menteri Besar yang merujuk kepada Tahun Harimau yang mencabar. Beliau bersyukur dilepaskan, tiada kes oleh SPRM dan memaklumkan mulai 13 Mac akan bermulanya pelancaran membersihkan Sungai Kelang yang akan dirasmikan oleh Duli Yang Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor. Sungai Kelang bukan setakat akan dibersih, tetapi akan dipercantikkan. Untuk memperbaiki perhubungan akan dibina tiga lagi jambatan merentasi Sungai Kelang. Imej Kelang akan dipertingkatkan sebagai Bandaraya Utama, lantaran Kelang merupakan penempatan terawal diketahui di Selangor, bahkan nama Kelang nama awal bagi negeri Selangor dan tercatat dalam peta pelayar-pelayar terkenal. Secara bergurau YAB Dato' Seri Menteri Besar berkata, selepas Kelang bersih, indah dan maju, maka pembangunan akan dibawa pula ke Kuala Selangor sebagai kawasan dan tempat asal YAB Dato' Seri Menteri Besar.
Selepas Dato' Seri Menteri Besar berucap barulah para tamu dijemput makan. Tiada acara Yee Sang.
Selepas makan YAB dan Datin Seri beredar diiringi Tuan Speaker dan Isteri. Difahamkan YAB Dato' Seri dan Datin Seri akan ke Sekinchan. ADUN Sekinchan keluar lebih awal dari majlis pulang ke Sekinchan bagi menyambut ketibaan YAB Dato' Seri Menteri Besar dan Datin Seri. Selepas itu ADUN Bangi juga turut memohon diri beredar untuk menghadiri jemputan kahwin antaranya ke Gombak.
~ADUN bersama besan dan anak menantu di Gombak~
Sekian.
No comments:
Post a Comment