Taming Jaya, 21 Safar = 6 Februari (Sabtu):
Masjid Tanming Jaya adalah sebuah masjid yang baru dibina atas tapak masjid lama tidak sampai 10 tahun lepas. Masjid ini antara masjid yang besar di Hulu Langat yang boleh memuat lebih lima ribu jamaah. Ada kekecohan sedikit apabila semua masjid di Negeri Selangor diarah mengadakan mesyuarat agung dan pemilihan ahli jawatankuasa. Masjid ini adalah merupakan masjid terakhir di Hulu Langat dapat diselesai dan didamaikan dari segi pentadbiran.
ADUN Bangi atas kapasitinya sebagai Pembantu Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu yang membuat pemantauan terhadap perjalanan masjid ini, memang telah lama ingin menziarah masjid ini dan menunggu-nunggu jika ada program khusus yang sesuai bagi ADUN menziarah masjid tersebut. Akhirnya ADUN menyatakan perkara ini kepada AJK ADUN mengenai hasrat ini dan ini membuka jalan ADUN hadir menziarah sambil berjamaah Maghrib dan Isyak. Pada malam ini ADUN berkesempatan bersama Tuan Nazir Masjid Tuan Haji Azizan Chik, Timbalan Nazir Tuan Haji Nazar dan Tuan Imam Tuan Haji Rais.
Oleh kerana pada malam ini tiada program pengajaran, maka ADUN diminta bertazkirah sementara masuknya waktu Isyak. ADUN mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberi. ADUN bergembira berada di dalam masjid yang tersergam indah dan menyebut bahawa penduduk setempat seharusnya bersyukur mempunyai sebuah masjid yang besar dan lengkap. ADUN mengingatkan kepada AJK yang dipilih, bahawa jawatan yang diberi bukan untuk dimegah, tetapi adalah merupakan tanggungjawab. Berkhidmat kepada masjid memberi peluang kepada AJK untuk melakukan kebajikan dengan berkhidmat sebaik mungkin diinstitusi yang mendekati diri kita kepada Allah, sebab itu berkhidmatlah dengan seikhlas mungkin. Insya Allah diberi ganjaran oleh Allah. ADUN berharap AJK merangka taqwim kegiatan masjid setahun yang dapat dijadikan panduan kegiatan dan boleh ditokok tambah. Jadikan masjid bukan saja tempat ibadat sembahyang, tetapi juga sumber keilmuan, dakwah, kegiatan kemasyarakatan, bimbingan, bahkan sukan bagi menarik anak-anak muda mendekati masjid.
ADUN mengingatkan, bahawa Kerajaan Negeri Selangor amat memberi perhatian terhadap perkembangan keislaman di negeri ini. Sebagai bukti peruntukan bagi agama Islam adalah kedua tertinggi dari bajet tahunan negeri. Ini tidak termasuk pungutan zakat yang pada tahun lepas melebihi RM240 juta. Zakat ini juga digunakan bagi kepentingan umat Islam. ADUN menyebut bahawa di negeri Selangor ini terdapat sebanyak 357 masjid dan 1,749 surau yang kedua-duanya berjumah sebanyak 2,106 buah. Jika setiap masjid dan surau mempunyai 10 orang ahli jawatankuasa yang aktif, bayangkan betapa betapa besar dan luasnya pengaruh surau dan masjid di dalam menyebarkan agama dan pendidikan Islam di Negeri Selangor. ADUN berharap Masjid Tanming Jaya menjadi salah sebuah masjid yang aktif kalaupun tidak di Selangor, sekurang-kurang pada peringkat Hulu Langat.
Selepas sembahyang Isyak, ADUN berpeluang bercakap-cakap dengan ahli jawatankuasa dan para jamaah sambil menikmati minuman di anjung masjid. Dari suasana yang ADUN alami tidak ada masalah dan kegiatan di masjid berjalan dengan baik dan ADUN berjanji mempertimbangkan sedikit permintaan ahli jawatankuasa kepada ADUN.
Sekian.

No comments:
Post a Comment