ADUN Bangi dijemput menyertai sama kempen peringkat kebangsaan di atas yang dirasmikan oleh Y.B. Dato' Shaziman bin Haji Abu Mansur Menteri Kerjaraya Malaysia pagi ini. Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina dianjurkan oleh Kementerian Kerjaraya dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS). Kempen ini antara lain menggalakkan pengguna jalanraya menggunakan pengangkutan awam, khususnya bas ekspress semasa pulang ke kampong semasa musim cuti.
Y.B. Dato` Shaziman semasa merasmikan kempen antara lain mengingatkan dengan cuti tahun baru Cina, pengguna jalanraya meningkat, sebab itu risiko berlaku kemalangan adalah tinggi. Adalah amat menyedihkan jika kemalangan berlaku menyebabkan kematian berlaku dan sengsara dialami keluarga. Dalam tempoh lima tahun 2006 – 2010 ada 5 stretegi keselamatan, iaitu:
1. Pendidikan Keselamatan Jalanraya
2. Menguatkuasakan Undang-Undang Keselamatan Jalanraya
3. Tambahbaik jalan
4. Pengurangan had laju
5. Tambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam.
Adalah dihasratkan pengguna pengangkutan awam akan bertambah dari kini hanya 16% kepada 25 peratus pada 2012. Kempen hari perayaan dijalankan disertai berbagai pihak seperti Polis, JKR, Konsesi Lebuhraya, MIROS dan rakyat sendiri. Hasilnya menunujukkan kesan positif, jika stastik kematian jalanraya pada hari biasa berjumlah 18 orang sehari, maka hasil dari Kempen Keselamatan Jalanraya statistic kemalangan pada hari-hari kempen Keselamatan Jalanraya menurun kepada 15 orang sehari. Tempat-tempat kemalangan serius yang dikenali sebagai black spots (15 black Spots) dapat diturunkan kepada sifar kemalangan.
Op Sikap kali ini berlangsung dari 8 hingga 22 Februari dengan menekankan kepada "Berhemah di Jalan Raya (Care) Bersifat Cermat, Beradab, Rasional dan Beretika." Menurut Dato' Shaziman pertama kali pada tahun ini semua 17 buah Syarikat Lebuhraya menyertai operasi Kempen Keselamatan Jalanraya. Ada Syarikat-Syarikat Lebuhraya berkenaan mengurangkan potongan bayaran pada hari-hari kempen bagi waktu-waktu tertentu, bahkan Jalan Raya Pantai Timur mengecualikan bayaran selama dua hari. Menurut Menteri, ini merupakan Ang Pau kepada pengguna-pengguna jalanraya yang menikmati potongan antara 5% hingga 10% dari bayaran hari-hari biasa.
Pada hari ini sejumlah pemandu bas express membaca ikrar dihadapan YB Menteri dan Majlis untuk memandu berhemah dan mementingkan keselamatan penumpang dan dalam gemuruh gendang disertai tarian singa YB Dato' Shaziman melepaskan perjalanan motokar-motokar dan bas-bas dari arah Kajang ke Seremban sebagai gimik `Perjalanan Selamat.
No comments:
Post a Comment