Cheras Jaya, 12 Rabiul Awwal = 26 Februari (Jumaat):
Pagi ini penduduk Kariah Masjid Manba`il Ulum, Cheras Jaya dan penduduk kawasan berdekatan melahirkan kecintaan terhadap Rasul Junjungan dengan berarak dari Masjid berkeliling kawasan Cheras Jaya dan pulang kembali ke Masjid memakan jarak 2 ½ km. Perarakan disertai orang tua, ibu bapa dan anak-anak menerusi pasukan-pasukan yang dipertandingkan. Pasukan terdiri dari jamaah masjid, guru-guru, pelajar-pelajar dan kumpulan-kumpulan khusus yang diwujudkan. ADUN Bangi sengaja dijemput selepas selesai perarakan bagi melakukan acara perasmian.
Sebelum acara perasmian pasukan-pasukan salawat, marhaban, barzanji dan hadrah tampil menyampaikan bacaan berlagu masing-masing. Amat menarik Kumpulan Nuruz-Zaman yang berpakaian seragam menyampaikan lagu narrative bersalawat dan berkisah tentang Rasulullah sambil diiringi gendang kecil seperti kompang, manakala kumpulan veteran dari jamaah Masjid Manba`il-Ulum menyampaikan salawat dan marhaban dengan gaya suara dan rentak tersendiri dan Tuan Haji Tahir bin Muhammad Zain (69) sebagai pemimpin bagi kumpulan 20 orang yang tiga orang daripada mereka anak-anak beliau menyampaikan lagu Hadrah memuji Nabi dengan rentak dan alunan lagu yang unik dan menarik (Hadrah berasal dari Perak). Gabungan yang menyertai persembahan dari kalangan veteran, ahli jamaah dan anak-anak menampilkan satu pendekatan yang asli dan menarik.
Bila ADUN tampil merasmikan Majlis Perasmian Maulidul Rasul ini, ADUN terpengaruh dengan situasi dan emosi spontan yang ADUN depani. Bahawa dengan kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w. termanifestasi di dalam berbagai expressi seni. Contoh Barzanji adalah expressi rasa cinta Muhammad Jaafar al-Barzanji yang diolah dalam bahasa prosa berirama yang indah yang dapat dilagukan di dalam berbagai rentak bacaan. Keindahaannya bersifat klasik sehingga kini barzanji ini terus dilagukan tanpa dirasakan jemu. Begitu juga kasihnya penduduk Madinah terhadap Rasulullah bila tiba Rasulullah ke Madinah dalam penghijrahannya ke
Ilham tercipta dari keagungan cinta menjadi abadi dan terus kekal hingga kini diulang-ulang memuji Rasul Junjungan. Demikianlah ramai penggubah ungkapan yang datang menexpressikan rasa cinta terhadap Rasulullah seperti lagu Burdah oleh al-Busiri, Nazam, Syair, Hadrah, Nasyid dan berbagai-bagai lagu yang indah dihayati dan menyentuh hati Nurani. ADUN menyatakan ini adalah manifestasi budaya murni yang lahir dalam peradaban ummah seperti lahirnya seni bina yang unggul kudus dan murni terutama seperti seni bina masjid, monumen dan sebagainya.
ADUN merasa seni budaya murni ini harus dihidup dan diperkembangkan dan harus ditanamkan di dalam jiwa anak-anak muda kita, supaya mereka mengenal akar budaya murni Islam dan dapat menghendar mereka dari kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah apa lagi yang merosakkan. Satu cara yang boleh dilakukan, khususnya di kawasan Serdang atau Hulu Langat dengan mengadakan musabaqah lagu-lagu yang berfokus kepada memuji Rasulullah baik yang bersifat klasik maupun morden. ADUN mengucapkan syabas kepada AJK Masjid yang diketuai oleh Nazirnya Tuan Haji Azman bi Haji Idris dan AJKyang secara kreatif dapat mengadakan sambutan Maulid al-Rasul secara menarik dan menyegarkan.
Selepas perasmian ADUN menyampaikan hadiah-hadiah kepada pasukan-pasukan yang menang dan yang mengambil bahagian seperti johan penyertaan terbaik bagi Pasukan Impian Ehsan, Johan perbarisan kepada Pasukan Nurul Sabah yang juga Johan Pasukan Salawat, johan pakaian bagi Pasukan Wanita Masjid Manbail Ulum, johan sepanduk Surau Nurul Amin dan Johan Keseluruhan dari kawasan Impian Ehsan. Selepas rehat dan sembahyang Jumaat pada malam ini penduduk sekitar Masjid Manbail Ulum akan hadir memenuhi pekarangan masjid kerana mengikuti Forum Perdana sempena Maulid al-Rasul.
No comments:
Post a Comment