Satu kebakaran berlaku di rumah 'Town House' No.106 Jalan Seri Putera 2/5 H, Bandar Seri Putera kira-kira jam 10.30 pagi. ADUN Bangi bersama pengiring ke rumah tersebut dua jam berikutnya dan didapati penghuninya telah keluar menumpang di rumah keluarga. Pada bahagian hadapan rumah tersebut tidak ketara kesan kebakaran, kecuali tapak-tapak kasut pegawai-pegawai bomba yang masuk memadam kebakaran. Bau hangit kebakaran memang terhidu kuat. Untuk memastikan kebakaran, kami berjalan menyusuri jalan belakang dan ketara bahagian dapur tingkat bawah rosak teruk. Barang-barang dapur berselerak dan terbakar. Ada maklumat kemungkinan berlaku kebocoran gas, kerana penghuni sedang memasak. Oleh kerana gagal menemui penghuni kami pulang pada tengahari itu.
Hari ini Selasa 9 Februari setelah mendapat kepastian dari Tuan Haji Rushdi, Ketua Lajnah Kebajikan untuk melawat mangsa kebakaran di atas dan keluarga berkenaan berjanji akan datang ke rumahnya yang rosak itu, saya bertolak berseorangan ke rumah 'Town House' dan di sana dari Pejabat Pas Cawangan Seri Putera-Bukit Mahkota bersama-sama Tuan Haji Rushdi dan pengiring-pengiring ke rumah berkenaan jam 6.30 petang.
Rumah 'Town House' ini dihuni oleh Ibu Tunggal Puan Fatimah Bt. Abu (72) bersama anak perempuannya Pn. Shahrul Bariah bt. Sulaiman (42) yang juga ibu tinggal bersama anaknya Faris Aiman bin Raja Ruzila (Anak Istimewa – 7 tahun). Rumah dihuni keluarga bertiga bercucu ini sejak Disember 2008. Rumah dibeli dengan harga RM144,000 dan mempunyai perlindungan ansuran. Menurut Sharul Bariah yang bekerja di Putera Jaya kerugian dijangka, menurut pegawai penaksir lebih kurang RM30,000. Untuk membaikpulih, sistem wiring perlu diganti dengan yang baharu. Keluarga yang berasal dari kampong Baru, Kuala Lumpur ini berazam untuk terus tinggal di Seri Putera dan akan menjadikan peristiwa hitam kebakaran ini sebagai pengajaran untuk mereka lebih berhati-hati bagi menjaminkan keselamatan. Sebelum beredar ADUN menyampaikan sumbangan kewangan. Turut menyampaiak sumbangan iualah Puan Faridah isteri Tuan Haji Ahmad Yusof YDP Persatuan Penduduk bagi pihak Persatuan Penduduk Seri Putera.
No comments:
Post a Comment