Turun Padang terakhir Kunjungan Tahun Baru Cina, ialah ke Pasar Malam Taman Jasmin. Kotak-kotak limau telah dibeli
Kami mulai mengedarkan limau (2 biji seorang) dan kad-kad jemputan jam 8.30 petang kepada pengunjung-pengunjung ke Hari Terbuka Tahun Baru Cina kerjasama antara ADUN Bangi dan Ahli Parlimen Serdang pada 20 Februari bertempat di Balai Komuniti Taman Langat Jaya, jam 3.00 – 6.00 petang. Pada peringkat permulaan pengedaran tertumpu pada pintu masuk pertama dan selepas setengah jam bergerak mengikut lorong menemui penjual Pasar Malam dan pengunjung-pengunjung. Sebagaimana biasa suasana ceria berlaku antara kami dengan peniaga-peniaga dan pengunjung-pengunjung sambil mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan juga ucapan di dalam bahasa Manderin Gong Xi Faa Chai. Tiada tempat yang lebih baik bagi menemui orang ramai berbagai peringkat selain dari menerusi pasar malam. Sebanyak 22 peti limau dapat dihabiskan dalam masa lebih kurang satu jam. Oleh kerana malam masih muda, selepas mengedarkan limau dan kad jemputan, kami beredar ke restoran membasahkan tekak dan sedikit makan sambil bercakap-cakap secara santai sebelum pulang.
Sementara itu pada petang semalam (Rabu) kami menziarahi Pekan Bangi bersama Saudara Abu Bakar dengan dibantu ahli-ahli Kelab Penyokong dari kaum Cina di sana dengan diketuai Saudari Janet menziarah rumah ke rumah menyampaikan kad Selamat Tahun Baru dan limau kepada penghuni-penghuni rumah orang Cina, sesudah itu kami bergerak ke deretan kedai di Pekan Bangi mengedarkan limau dan risalah kepada siapa yang kami temui dari berbagai kaum. Sebanyak 14 kotak limau diedarkan dalam tempoh lebih kurang sejam.
No comments:
Post a Comment