Hospital Kajang, 04 Rabiul Awwal = 18 Februari (Khamis):
Jam 10.00 pagi keluar bersama pengiring Sdr. Shahrum Abdullah dan Nabilah Ahmad ke Hospital Kajang atas cadangan Sdr. Ari dan Sdr. Mazwan Johar, Ahli MPKj agar ADUN turun melawat pesakit Joseph A/L F. William di Hospital Kajang. Sdr. Mazuan dan Ari dan sahabatnya menunggu kami di sana.
Tiba kami terus ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Kajang, disambut kakitangan di pejabat berkenaan. Kemudian kami diperkenalkan kepada Pn. Aidah Bt. Jaamat Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Hospital Kajang. Kami dimaklumkan pesakit, En. Joseph dari Pekan Bangi, mengalami penyakit Chronic Meningitis. Setelah sekian lama berada di Hospital, beliau akan dibenarkan keluar dalam masa terdekat. Beliau dijangka berterusan berada di katil yang akan dipinjamkan oleh Hospital bila pulang ke rumah, tetapi memerlukan peralatan "Ripple Mattress" di rumah kelak sebagai penyesuaian penyakit yang dialami.
Menurut Puan Aidah Pegawai Pembangunan Sosial, cost bagi Tilam Ripple adalah sebanyak RM400/=. Pihak Jabatan Kerja Sosial, Hospital Kajang sedia membiayai separuh dari kos. Dari penerangan itu, ADUN Bangi tidak bermasalah melengkapkan keperluan kos bagi Tilam Ripple berkenaan. Selepas bayaran bagi barang sedia dibeli oleh Jabatan Kerja Sosial, kami membawa Tilam Ripple di dalam kotaknya ke Wad Lelaki tingkat Satu Hospital tersebut dengan tujuan ziarah dan menyampaikan Tilam Ripple tersebut.
Walaupun di luar dari masa lawatan kami serombongan dibenarkan melawat pesakit yang kelihatan tidak sedar dan tidak memberi respon pada kehadiran kami. Kami difahamkan, pesakit En. Joseph adalah bekerja sebagai pemandu lori, mempunyai 4 orang anak. Tiga daripada mereka masih bersekolah. Mereka masih menumpang bersama mertua dan kehidupan agak daif.
En. Joseph tidak dapat makan makanan rutin seperti biasa, kecuali meminum susu khas bagi menambah tenaga. Untuk sebulan dijangka memerlukan RM900 bagi harga susu khas tersebut. ADUN difahamkan, En. Joseph selalu ditemani isterinya, tetapi pada hari ini, walaupun diberitahu kami akan datang dan berjanji dia sedia menunggu. Namun pada hari ini beliau tak ada. Seorang jururawat yang meraikan kami menyatakan, "Dia mungkin kembali bekerja, bagi mencari rezeki bagi anak-anak dirumah yang ditinggal kepada orang tuanya." Sebelum pulang kami menyerahkan bantuan kewangan tambahan melalui Jururawat Pn. Roziah Sha'ri untuk disampaikan kepada isteri pesakit apabila dia kembali menemani suaminya. Sebelumnya kami juga menyerahkan "Ripple Mattress" kepada Pn. Roziah bagi pihak pesakit.

No comments:
Post a Comment