February 26, 2010

Hari Belia Bangi 2010: Satu Komentar

Bandar Baru Bangi, 07 Rabiul Awwal = 21 Februari (Ahad):



Hari ini disambut pada tarikh di atas bertempat di pinggir Tasik Cempaka mulai jam 8.00 pagi hingga 6.45 petang. Bagi menjayakan program yang agak besar ini sebuah AJK yang diketuai Pengarahnya Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus diamanahkan. Menyertai Sekretariat Penganjur ialah Portfolio Belia, Khidmat Masyarakat DUN Bangi, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 22, 23 dan 24 MPKj, Penggerak Belia Tempatan Zon berkenaan, Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Agensi Kerajaan, swasta, NGO-NGO dan Masjid Surau Sekitar Bandar Baru Bangi. Tujuannya untuk merangka pendekatan sebaik mungkin bagi menarik penyerrtaan belia yang menjadi targetnya seramai 5,000 orang ! Sebuah peruntukan yang agak besar juga diperlukan dari berbagai pihak yang berkaitan.


Program dirangka melibatkan semua peringkat belia –lelaki dan perempuan dari peringkat umur muda hingga belia yang lebih berusia. Hari Belia ini dirasmikan oleh Ketua Pemuda Pas Pusat Y Bhg. Ustaz Nasruddin bin Hassan pada sebelah paginya dan ditutup sebelah petangnya oleh Timbalan Ketua Pemuda Ustaz Azman Sapawi. Penyertaan peringkat belia bawah umur seperti melukis-mewarna, Pertandingan Kiub Rubik Terpantas. Manakala penyertaan golongan belia lelaki seperti Pertandingan Street Soccer dan tarik tali, Pemanduan Motor berhemah, bagi belia wanita seperti gerai makanan, manakala penglibatan bagi semua ialah seperti pemeriksaan kesihatan percuma, pameran komuniti dan persembahan yang bersifat hiburan. Terasa semacam program penduduk rumah pangsa yang dianjurkan oleh JKK.


Semasa majlis penutup secara kebetulan hujan turun dengan agak lebat dan majlis penutup dan penyampaian hadiah berjalan dalam keadaan yang kurang sempurna. Baik peringkat pembukaan dan penutup semua mengakui belia adalah generasi penting yang akan mengambil alih semua teraju kepimpinan. Mereka mempunyai potensi besar menjadi pemimpin, sebab itu mereka hendaklah bersiap sedia dengan keperluan-keperluan sebagai belia harapan Agama, Negara dan Bangsa dengan keilmuan dan kepakaran berteraskan agama dan nilai yang murni.


Tapi meneliti kepada acara-acara sambutan nampaknya bersifat ringan, tidak sepadan dengan penyertaan AJK yang begitu besar, bahkan dipersoalkan apakah benar berlaku penyertaan yang begitu banyak termasuk dikatakan Agensi Kerajaan dan Swasta, NGO-NGO, bahkan masjid dan surau-surau di Bangi dan adakah jumlah yang dijangka 5,000 hadir itu berlaku ?. Ketara program, kecuali pembukaan dan penutup terlalu biasa dan lebih bersifat hiburan dari tumpuan kepada bina insan yang seharusnya bersifat intelektual, kerohanian dan kepimpinan! Misalnya adalah lebih wajar bagi memprojekkan Bangi Bandar Ilmu, dijemput para pemimpin pelajar dari berbagai universiti di Bangi membicarakan, misalnya melalui forum – Peranan Siswazah Dalam Pembinaan Ummah atau dijemput tokoh-tokoh agama membincangkan soal `Gejala Sosial; Bagaimana Mengatasi?


Tokoh-tokoh belia-beliawanis berjaya di dalam berbagai bidang harus diberi fokus, kedudukan dan menjadi inspirasi pada hari belia dan aspirasi perjuangan, wajar juga diadakan program penerangan peluang, persediaan dan bimbingan ke universiti, kerjaya dan peluang pekerjaan. Sesungguhnya kita wajar menurut kemahuan golongan belia, tetapi harus berfokus dan dalam masa yang sama menarik mereka ke arah yang bersifat positif, jika tidak, dengan tenaga yang banyak digunakan dan perbelanjaan yang besar terpaksa dicurahkan ianya membawa kepada pembaziran dan sia-sia dari segi tenaga, masa dan peruntukan.


Sekian.

3 comments:

  1. Terima Kasih kpd Penulis, cuma disini ingin juga diberi pandangan kpd seluroh kepimpinan bahawasanya program yg bersifat karnival yg besar ini adalah amat penting dgn penglibatan keseluruhan jentera dlm Serdang walaupun ia melibatkan belia(pemuda)dan jika ia melibatkan hanya sekadar penduduk di Bangi (perlu ditukar kpd Hari Belia Serdang)dan juga program adhoc sperti ziarah peniaga juga jgn skdr melawat pasar basah tp ziarah kedai-kedai perlu juga dibuat iaitu semasa kempen-kempen PrU lps dgn edaran risalah dan maklum balas direct dpt diterima drpd semua pengunjung.

    ReplyDelete
  2. Tambahan, Penglibatan keseluruhan Ajk Mini Kabinet juga harus bersifat dwifungsi yg akan memastikan ia berjalan dgn lebih efisyen semasa melaksanakan program-program besar. Kesilapan kita skrg jentera Parti tidak dilibatkan sbgmana sebelum kita mendapat pemerintahan skrg ini

    ReplyDelete
  3. Yb Pas, bgs sgtlah progrm ini pnganjuran yg serba tak kena. Salahkanlh hujan yg turun. Lg senang kerja km ambil smula bangi. org muda dh tak mau pas la wei!!!! korang buatlh pepun. Trm ksh kerna mmudahkn kerja km. De progrm lain yg agk2 kantol laporlh lg. Surada boyz!!!

    ReplyDelete