February 22, 2010

Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kawasan

Taman Seri Langat, 06 Rabiul Awwal = 20 Februari (Sabtu):


Sebagaimana setiap tahun semua perayaan budaya kaum-kaum disambut, demikianlah pada tahun ini (2010), sambutan Tahun Baru Cina disambut padac peringkat kawasan Serdang, kalau pada tahun lepas perayaan ini disambut di Kajang Mewah secara kerjasama, maka pada tahun ini diubah ke Taman Seri Langat, Jalan Reko, Kajang. Sambutan adalah anjuran bersama DUN Bangi, Parlimen Serdang dengan kerjasama MPP Zon 22 dan Persatuan Penduduk Taman Seri Langat. Sambutan bertempat di padang Dewan Komuniti, Taman Seri Langat bermula dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Turut hadir ke jemputan ialah Tuan Haji Zainal Abidin A`la, Pegawai Daerah Hulu Langat, Datuk Yap Pian Hon Bekas Ahli Parlimen Serdang, Wakil ACP Polis Kajang dan Wakil MPKj.




Sambutan bermula dengan Tarian Singa sempena kesampaian Ahli Parlimen Serdang YB Cik Teo Nie Ching yang disambut oleh ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar diikuti dengan persembahan tarian singa yang menarik perhatian penduduk tempatan, terutama anak-anak yang memenuhi kawasan sambutan.


Majlis bermula dengan hidangan makanan yang mana tamu-tamu dijemput menikmatinya. Hidangan tidaklah bersifat mahal-mahal, Cuma kuih-kuih, limau dan minuman. Walau bagaimana makanan bukanlah tujuan utama kehadiran para tetamu dan penduduk tempatan. Sambutan yang membawa interaksi masyarakat dan muhibbah menjadi tarikan dan keutamaan. Bagi sambutan unit amal dan AJK dari DAP bekerja keras menjaya dan memeriahkan sambutan.


Majlis secara rasmi bermula dengan ucapan-ucapan dari Ustaz Shafie Ngah yang secara ringkas mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak hingga menjayakan sambutan. Encik Kusni YDP Persatuan Penduduk Taman Seri Langat berterima kasih kerana memilih Taman Sei Langat menjadi tempat sambutan. Ini adalah juga merupakan penghargaan kepada penduduk setempat. Saudari Teo Ni Ching berucapa dalam bahasa Malaysia dan Cina merasa gembira di atas kehadiran masyarakat setempat dari anak-anak kecil sehingga peringkat dewasa. Beliau menceritakan asal usul tarian Singa sebagai tambahan bagi cerita yang dibawa oleh En. Kusni sebelumnya. Beliau mengharapkan penduduk setempat memberi sokongan kepada kepimpinan sekarang dari Pakatan Rakyat. Manakala Dr. Shafie Abu Bakar yang berucap paling akhir sebagai merasmikan sambutan menekankan betapa penting semua kaum bekerja sama dan menghormati budaya semua kaum dengan ini masyarakat hidup dalam keharmonian. Beliau bersyukur sepanjang menjadi Wakil Rakyat sejak sebagai ADUN Kajang (1999-2004) dan kini sebagai ADUN Bangi beliau mendapat sokongan dari berbagai kaum dan berjanji akan terus memberi khidmat kepada semua kaum sebaik mungkin dan terus bekerjasama dengan Ahli Parlimen Serdang bagi kepentingan semua lapisan masyarakat dan mengharapkan sokongan dari semua. Majlis pembukaan diserikan dengan puncak tarian Singa.


Selepas Majlis Perasmian penyampaian bantuan kepada warga mas dilakukan oleh Ahli Parlimen Serdang dan ADUN Bangi dan puncak dari itu penyampaian ang pau kepoada anak-anak. Mereka beratur secara tertib dan membuat barisan-barisan dan bergerak menerima ang pau dari Cik Teo dan Dr. Shafie. Semua pihak merasa gembira dan berpuashati dengan sambutan yang diadakan secara sederhana, tetapi meriah itu. Terima kasih kepada tetamu-tetamu jemputan, penduduk setempat, Persatuan Penduduk, MPP Zon 22, para pekerja dari PAS dan DAP yang berkerja bertungkus lumus menjayakan sambutan, bahkan berbulan dulu telah merangkakan pendekatan melalui mesyuarat demi mesyuarat hingga berjayanya sambutan yang walaupun sederhana, tetapi meriah.


Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment