Bangi, 21 Safar = 6 Februari (Sabtu):
Menjelang tahun Baru Cina ADUN membuat lawatan sambil menyampaikan bantuan kepada 5 keluarga Cina di Lembah Kawasan Perumahan Cina di belakang deretan kedai di Pekan Bangi. Kelima-lima keluarga adalah terdiri dari kalangan warga mas. ADUN juga bergerak bersama rombongan menziarah Petani Buta yang tinggal berseorangan bekerja bertani yang pernah ADUN lawatinya pada tahun lepas. Selepas itu melawat seorang anak terencat di kawasan perumahan komuniti Cina di atas bukit Pekan Bangi. Satu yang amat menarik mereka semuanya menyambut mesra di atas kehadiran ADUN dan rombongan. Ziarah terakhir di Pekan Bangi ialah mengunjungi seorang anak malang dari keluarga Melayu berumur empat tahun yang ditinggal ibu kerana suaminya terjebak di dalam penggunaan dadah. Anak malang dipelihara warisnya.
Dari Pekan Bangi kami bergerak ke West Country menziarah Cik Sandra Devie A/P Suppiah (54) yang kudung sebelah kakinya dan sakit tulang belakang, kini memerlukan kaki palsu yang baru, kerana kaki palsu yang lama telah rosak. Usaha telah dilakukan oleh Encik SEM, Ketua Kelab Penyokong Pas dari Komuniti India di sini. Sejumlah RM800/= telah dikumpul. Harga bagi kaki palsunya melebihi RM2,000. ADUN menyampaikan sejumlah RM1,000 bagi mencukupi keperluan. ADUN berjanji apabila kali palsu siap akan datang melihatnya kembali.

No comments:
Post a Comment