Pekan Bangi, 05 Jamadil Akhir 1433 = 27 April 2012 (Jumaat):
Hujan lebat jam 3.00 malam tadi menyebabkan berlaku banjir lumpur
mengalir ke kawasan perumahan di bawah projek di atas. Beberapa rumah dimasuki lumpur.
Adun Bangi dihubungi Ketua Kampong, Haji Zakaria Bujang dan pergi melihat
rumah-rumah mangsa banjir lumpur.
Adun menemui En. Teo Sim Teng Pengurus Projek Perumahan yang
baru menarah tanah bukit di atas dan juga Wakil Syarikat Aneka – Pembinaan Highway
Syarikat (Dato` Salihin). Adun meminta mereka
memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi penduduk.Pihak Syarikat
perumahan bersetuju memberi RM500/= bagi pemilik-pemilik rumah membuat
pembersihan dan berjanji akan membuat penilaian pampasan bagi kerosakan, tetapi
bagi sebahagian perumahan berdekatan dengan Projek Jalanraya, diminta pihak
Syarikat Aneka sama bertanggungjawab dengan masalah berlaku. Wakil bagi
Syarikat Highway – Trans Loyal berjanji akan merujuk perkara berkenaan kepada
Syarikat.
Sementara itu Syarikat Perumahan menghantar lori tangki bagi
membersih kawasan dilanda banjir. Sebanyak 4 buah rumah berhadapan syarikat
perumahan dimasuki banjir. Manakala bagi perumahan berhampiran jambatan –
Beberapa rumah keluarga Haji Mokhtar akan berbincang dengan pihak Syarikat
Highway.
Adun mengambil nama-nama pemilik rumah yang terlibat dan
berharap sebarang perkembangan lanjut hendaklah dibawa berbincang dengan Ketua
Kampong Haji Zakaria Bujang. Adun akan memantau perkembangan lanjut dan membuat
hubungan dengan Ketua Kampong.
Sekian.
No comments:
Post a Comment