BBB, 02 Jamadil Akhir
1433 = 24 April 2012 (Selasa):
Pada petang hari ini
Adun Bangi dihubungi oleh pihak TV8 Selangor menjemput Adun bersantai bersama Krews
TV8 Selangor dan Pemuda Unit Amal di Ana Ikan Bakar Petai beralamat di Lot
29991, Persiaran Kemajuan – Bersebelahan Bomba, Seksyen 16 Bandar Baru Bangi,
sambil makan-makan mengedar maklumat kepada para pengunjung ke Restoran Ana.
Adun bersetuju datang
dan dikehendaki hadir sama bermaghrib di Surau Restoran Ana. Adun menjangka
Adun mungkin terlibat berceramah kepada pengujung, mungkin soal agama,
terlintas untuk memakai jubah, tapi memikirkan tempat yang hendak pergi adalah
di restoran, maka mungkin kurang sesuai berjubah, Adun mengubah fikiran kepada
memakai seluar biasa berwarna putih dengan baju raihan warna kelabu dan
berkopiah putih. Adun tiba betul-betul masuk waktu maghrib dan sesudah azan
Adun diminta ke hadapan mengimami jamaah.
Tanggapan Adun agak
silap. Apa yang Adun dimaklumi, majlis adalah Siri Jelajah TV8 ke lokasi-lokasi
istimewa menemui pemimpin setempat bagi memenuhi slot `Apa Khabar Selangor ?.
Turut hadir bersama pada malam ini ialah Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj,
saudara Aidil Ketua Cawangan Bukit Mahkota saudara Azman dan rakan-rakan Unit
Amal Malaysia
Bagi memenuhi slot
Apa Khabar Selangor Adun diinterview secara life oleh En Khairul Anwar Othman
Presiden Pro-Rakyat, Pertubuhan Kemajuan & Kebajikan Rakyat Selangor
Merangkap Timbalan Pengerusi Jabatan Penerangan beserta dengan Encik Zubli
Zainal Abidin Penerbit `Apa Khabar Selangor?` di samping mempromosi Restoran Ana
Ikan Bakar Petai.
Di dalam interview
yang memakan masa lebih kurang satu jam itu, Adun ditanya tentang latar
belakang, keterlibatan Adun di dalam bidang akademik dan politik sejak menjadi
Wakil Rakyat Adun Kajang (1999-2004) dan Wakil Rakyat Dun Bangi (2008-kini),
kedudukan Bangi dari segi geo-politik dan harapan dan perancangan-perancangan
yang sedang dilakukan. Mengenai Bangi Bandar Ilmu yang menjadi pet projek dan
tumpuan Adun. Soalan juga berhubung dengan program-program harian, khususnya
pada hujung minggu dan pendapat Adun berhubung dengan Kerajaan Pakatan di
Negeri Selangor dan harapan.
Selepas dari melalui
sesi wawancara ke udara secara terus, kami dijamu oleh Encik Aiman pemilik
Restoran Ana Ikan Bakar Petai. Menu yang
dihidang memang lazat, lebih istimewa dengan Ikan Bakar Petai yang menjadi
trade mark dan daya tarikan bagi pengunjung-pengunjung yang datang begitu ramai
sebagaimana Adun saksikan pada malam ini. Sementara itu petugas-petugas dari
Unit Amal juga mengedarkan risah dan bahan-bahan maklumat kepada
pengunjung-pengunjung pada malam ini.
Pada akhir program
saudara Aiman membekalkan kepada Adun satu buku voucher yang mengandungi 50
tiket seharga RM5.00 setiap satu bagi menarik Adun atau sesiapa yang
direcommend oleh Adun untuk berkunjung ke Restoran Ana Ikan Bakar Petai.
Berkunjunglah untuk merasa dan mempastikan keenakannya!
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment