April 14, 2012

Pesuruhjaya Pas Selangor Ke Bangi Melawat Ustaz Dr. Abdul Basir Yang Lebam Mata

BBB, 21 Jamadil Awal 1433 = 13 April 2012 Jumaat):

Jam 10.00 sebagaimana dijadualkan Y.B. Dr. Abd. Rani bin Osman tiba dihadapan Pejabat Adun Bangi dan beliau disambut Adun Bangi, Tuan Haji Mazwan Johar Timbalan YDP Pas Serdang, Sdr. Shukor Atan Naib YDP Pas Serdang, saudara Khairuddin bin Othman Setiausaha Pas Negeri dan ahli-ahli yang berjumlah lebih kurang 20 orang. Berita kehadiran PJ dimaklumi kepada Adun petang semalam (Khamis kelmarin).

PJ dan lain-lain terus diiringi naik ke tingkat atas (satu), Dewan Mesyuarat Pejabat Adun. Tujuan kehadiran PJ ada hubungan dengan insiden `Mata Biru` Ustaz Dr. Abdul Basir bin Alias ditumbuk/dihentak pada hari berlangsungnya pengundian memilih Nazir dan AJK Masjid Teras Jernang pada 8 April 2012 Ahad lepas. Adalah dimaklumkan perkara ini sampai ke pengetahuan Y.B. Dato` Seri Presiden Pas dan Y.A.Berhormat Dato` Menteri Besar Selangor.pada hari yang sama. Pihak Pas Negeri dan Adun Bangi tempat berlakunya insiden diminta memberi perhatian dan tindakan.

Tuan PJ diberi taklimat berhubung dengan insiden berkenaan oleh beberapa orang yang berdepan dengan insiden tersebut dan beberapa cadangan diutarakan. Berikut dari itu PJ secara berkonvoi melawat Kampong Rahmat, Teras Jernang tempat tinggal Ustaz Dr. Abdul Basir. PJ dan rombongan diterima secara baik oleh Ustaz. Pengunjung diberi maklumat oleh Ustaz Dr. Abdul Basir beliau diberi cuti lima hari oleh Dr kerana seriusnya mata yang dialaminya. Matanya masih kelihatan bengkak dan biru. Beliau menerangkan secara panjang lebar tentang insiden yang berlaku terhadapnya yang menurutnya sesuatu yang dirancang, bukan secara kebetulan. Menurutnya ancaman sedemikian bukan kali pertama kali berlaku ke atasnya. Beliau agak kesal, Polis yang dihubungi dan hadir, tetapi tidak mengambil tindakan professional. Insiden ini terpaksa dibuat report Polis.

Walaupun begitu, PJ berpendapat kita mempunyai kepercayaan terhadap Polis dan juga Pegawai Tadbir Pejabat Agama Daerah Hulu Langat. Menurutnya, ``Kita berharap pimilihan Nazir & AJK Masjid As-Salihin akan dijalankan dengan adil, telus dan memuaskan semua pihak.

Sekian.

No comments:

Post a Comment