April 4, 2012

Ziarah Pesakit Warga Emas Di Hospital An-Nur BBB

Seksyen 9, BBB, 12 Rabiul Akhir 1433 = 04 April 2012 (Rabu):

Bersama dengan Ketua Lajnah Kebajikan – Haji Rushdi dan isterinya selaku AJK dan Puan Nuraini juga AJK petang ini kami melawat seorang warga emas di Hospital Pakar An-Nur, di Seksyen 9, BBB. Warga emas yang dimaksudkan ialah Puan Salamah bt. Ismail (86) yang mengalami strok beberapa hari lalu. Beliau tinggal bersama anaknya di Seksyen Dua, Bandar Baru Bangi. Al-Marhum suaminya ialah Bekas Polis Depo dan berkhidmat dalam bidang pancaragam. Mereka mempunyai lima anak

Menurut salah seorang cucunya Suhaila binti Jama`I yang bergiat di Gombak, di samping menjadi wartawan, ``Bahawa keadaan nindanya semakin pulih. Sudah sedar dari pengsan dan sekarang sedang dibantu dengan alat pernafasan.`` Turut bersama berada di samping Puan Salamah ialah dua orang anaknya.

Setelah berada lebih kurang setengah jam bersama Puan Salamah bt. Haji Ismail, anak-anak dan cucunya, kami memohon diri setelah menyampaikan sedikit Cenderahati kepada Puan Salmah dan mengharapkan semoga Allah mengembalikan kesihatannya seperti sedia kala. Insya Allah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment