April 21, 2012

DUN Bangi Mulai Dapat Sebahagian Dari Peruntukan Selangorku

BBB, 28 Jamadil Awal 1433 = 20 April 2012 (Jumaat):

Daripada peruntukan Tambahan Kerajaan Negeri Selangor 2012sebanyak RM300 juta ringgit yang dikenali sebagai Peruntukan 'Selangorku', Adun Bangi membuat beberapa permohonan sejak awal Januari 2012 seperti:

  1. Menubuhkan Pusat Sehenti Program Melatih Usahawan Muda Dalam Bidang Percetakan Segera
  2. Program Latihan Keusahawanan Muda seperti menjahit, Menternak, Fotografi dan MembaikiTelefon Bimbit
  3. Projek Penambahbaikan Infra-Struktur
  4. Pembinaan Infra-Struktur Sukan
  5. Pembinaan Mini Insinaretor bagi pelupusan dokumen dan kertas lusuh
  6. Penyediaan Kemudahan Akses Internet (Kemudahan Jalur Lebar Komuniti).
  7. Program The Soup Kitchen
  8. Kursus Pemanduan Motosikal Selamat Untuk Remaja di DUN Bangi
  9. Projek Pemerkasaan Wanita Di DUN Bangi – Kelas Jahitan & Masakan.
  10. Projek Mendirikan Pusat Konvensyen, Pusat Riadah Warga Emas, Arca Mercu Tanda Bangi,Billboard Bangi Bandar Ilmu.

Setakat ini empat dari permohonan di atas dijawab sebagaipenerimaan permohonan iaitu bagi no. 10, 9, 6 dan 4 (bukan bererti dilulus). Permohonan-permohonan lain masih tiadajawapan..
Bagi no 4, tawaran dibuat bagi Adun menunjukkan dua tempat –Satu begi membina sebuah Court Futsal yang baru dan satu lagi bagi pemulihan yang lama. Adun Bangi telah menjawab bagi pembinaan Futsal yang baru ialah bertempat di Kajang Utama dan bagi Pemulihan yang lama ialah di Seksyen 7 BBB. Sementara itu Adun juga menerima bantahan `Jangan Memulih Court Futsal di Seksyen Satu, kerana berdekatan dengan perumahan, mengganggu ketenteraman dan menyebabkan kerosakan pada rumah.

Sementara itu menurut En. Yusof Bachek Ahli MPKj di sini daripada geran Selangorku telah diluluskan sejumlah RM500 ribu melalui MPKj bagi membaiki jalan Desa Surada ke Sungai Ramal Dalam dan membaiki jalan di Desa Surada yang melibatkan jalan 4, 6, 7, 8, 9, 11 & 12.

Bila Adun datang melawat rumah terbakar di Desa Surada pada hari ini, Adun berkesempatan melihat jalan-jalan di Desa Surada yang sedang diturap. Adun juga melawat jalan antara Desa Surada ke Sungai Ramal Dalam yangsudah beberapa kali dibaiki, tetapi rosak kembali, kerana digunakan olehlori-lori berat. Sementara itu pembuangan sampah haram di tepi jalan antara Desa Surada ke Sungai Ramal Dalam terus dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Dengan kerjasama penduduk setempat dua buah lori disita yang Adun dapat lihat semasa melawat.

Untuk keselamatan jalan antara Desa Surada ke Sungai Ramal Dalam wajar lori-lori berat tidak dibenarkan menggunakan jalan ini. Diharap pihak penduduk setempat bertindak menyekat lori-lori berkenaan menggunakan jalan ini agar bila dibaiki tidak cepat rosak.

Sekian.

No comments:

Post a Comment