Pakaian adalah salah satu elemen budaya masyarakat. Fungsinya, antaranya untuk melindung tubuh dari sejuk-panas, lebih dari itu bagi menjaga kesopanan (menuntut aurat). Pada peringkat yang lebih tinggi dihasilkan secara menarik dan estetik. Antara pakaian budaya dalam masyarakat Melayu ialah Sampin dan Tanjak. Sampin ialah kain yang diperindahkan dengan benang songkit menurut pola-pola tertentu misalnya bersifat pucuk rebung, sulur bayung, awan larat atau geometric pattern dan ciri-ciri yang mengistimewakan kain songket. Sampin Songket dipakai dalam upacara-upaca khusus seperti hariraya, perkahwinan dan himpunan-himpunan rasmi dan beradat. Pendeknya ianya bersifat pakaian budaya. Manakala Setanjak (Tanjak) ialah kepingan kain yang digubah dalam bentuk yang menarik yang juga bersongket dipakai secara seni di atas kepala. Ia adalah pakaian dianggap lebih elit bagi kalangan pembesar dan lebih segak dan rancak bagi Pahlawan Kacak.
Di dalam mencari identiti Selangor, Busana adalah salah satu elemen budaya dan pada hari ini tumpuan khusus ialah kajian terhadap Sampin dan Setanjak yang dipakai di keliling pinggang dan di Kepala . Bengkel diadakan bagi:

Memartabat dan mengangkat serta mempopularkan kembali pemakaian sampin dan setanjak kepada generasi baru sekarang dan akan datang bagi tujuan kelangsungan identiti setempat
Mewujudkan jalinan kerjasama yang bersifat dua hala dengan pelbagai pihak bagi tujuan melestarikan pemakaian sampin dan setanjak tanpa mengabaikan nilai adat dan warisan.
Mengisi dan menampung kelangsungan warisan seni dan budaya supaya ia terus kekal subur dalam kelompok pewarisnya, terutamanya bagi warisan yang hampir lenyap serta elok dan indah dipandang mata dan tidak pula bertentangan dengan norma kehidupan.
Menjadi kebanggaan bagi pemakainya sebagai warisan yang membezakannya dari busana yang lain terutama dalam Majlis Negeri, Negara dan Antarabangsa. Misalnya dipakai oleh Duta Negara bila menyerahkan wathiqah perlantikan duta dan sebagainya.

Adun berharap dari kursus yang disampaikan oleh dua tenaga pakar berkenaan , peserta dapat mengenali ciri-ciri intimewa sampin dan tengkolok dan membezakan berbagai sampin dari berbagai tempat. Kita berharap dapat dikenalpasti Sampin dan Tengkolok Selangor, cara mereka-bentuk dan memakainya. Kita pada hari ini dapat melihat cara dan gaya memakai yang digayakan oleh peraga-peraga pilihan dengan cara sopan dan beradab.
Adun sendiri tertarik dengan istilah-istilah diberi kepada tengkolok dan sampin secara kreatif yang mempunyai asal usul dan kaitan dengan penggunaan dan pemakaian seperti:
Tanjak (Setanjak, Tengkolok)
- Tanjak Naga Berkubang (dipakai oleh Encik Muhamad Sharif)
- Tanjak Dendam Tak Sudah (Dipakai sebelum siap lengkap sempurna – Ada cerita berhubung dengan pemakaiannya dalam perkahwinan antara Anak Raja Kedah dengan Puteri Raja Negeri Sembilan).
- Tanjak Ikatan Janda Berhias
- Tanjak Ayam Patah Kepak
- Tanjak Kelopak Jantung
Sampin
- Sampin Berbaju Kurung Berkelubung (Diguna wanita bagi menutup aurat, khususnya kepala dan bahagian dada).
- Sampin Bertelepuk (Baju dan kain berhias bunga berperada emas diguna oleh kalangan wanita bangsawan dan berada).
- Sampin Berseluar Potong Aceh (Ringkas dan padat – senang melangkah)
- Sampin Ayam Teleng
- Sampin Fajar Menyinsing
- Sampin Juntaian Kasih
- Sampin Janda Berhias
- Sampin Terbuka Menampakkan Pending di Pinggang

Sekian.
salam dr..saya pelajar di uitm dan sekarang sedang mengambil kajian budaya sebagai salah satu subjek di universiti. saya berminat nak tahu lebih lanjut mengenai sampin, simbol dan bentuk ikatan kain sampin yang ada di malaysia,kepada siapa saya ptut rujuk jika sy inginkn maklumat tersebut untuk projek kajian sy? terima kasih.
ReplyDeleteSila hubungi pihak PADAT 03-55190050
ReplyDeletehttp://www.padat.gov.my/my2/index.php
untuk maklumat lanjut.
mungkin boleh diminta nombor perhubungan bagi tenaga pengajar yang terlibat.
terima kasih, harap dapat membantu anda.