April 13, 2012

Mengunjungi Pelajar Jennifer Sampaikan Bantuan Untuk Membeli Komputer

Kajang Utama, 15 Jamadil Awal 1433 = 07 April 2012 (Sabtu):

Pejabat Adun menerima surat permohonan dari pelajar Jennifer A/P Subramanium yang berjaya menyambungkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia mulai sesi 2011/12. Jennifer adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Kajang Utama. Beliau lulus Tingkatan 6 dari Sekolah tersebut. Surat Jennifer memohon bantuan kewangan dari Adun untuk membeli komputer bagi kegunaannya di universiti. Permohonannya telah diluluskan oleh Adun melalui mesyuarat kewangan.

Hari ini Adun turun ke rumah Jennifer bagi menyampaikan sumbangan kepadanya. Sebelum ke rumahnya pengiring Adun menelefonnya berdasarkan no. telefon dalam suratnya. Beliau tinggal di rumah Pangsa Citra, Kajang Utama. Beliau turun ke bawah menemui kami – termasuk Tuan Haji Rushdi dan Isteri, Ari Krishnan dan Puan Nor`aini dari Lajnah Kebajikan, Jennifer ditemani ibunya. Menurut Jennifer ayahnya En. Subramanium adalah pekerja Alam Flora, manakala ibunya suri rumah sepenuh masa. Jennifer mempunyai 5 orang adik beradik dan beliau adalah anak sulung.

Ketika ditanya apakah fakulti yang menjadi pilihannya, beliau menjawab, ``Sains Sosial``.Adun menjawab, ``Oh ! Itu Fakulti yang saya berkhidmat di UKM dulu !`` Tanya Jennifer , ``Y.B. dulu mengajar di UKM ?`` ``Ya`` jawab Adun, ``Lebih 25 tahun berkhidmat sebagai tenaga pengajar.`` tambah Adun. Bila ditanya jabatan mana yang menjadi major pilihannya, beliau menjawab, ``Media dan Komunikasi,`` Bila ditanya

"Mahu jadi wartawan ? tanya Adun, ``Ya`` jawabnya.

Menurut Jennifer, walaupun rumahnya tidak begitu jauh dari UKM, tapi beliau tinggal di kampus untuk bergaul dengan kawan-kawan dan merasa hidup dalam suasana kampus.dan tinggal di Kolej Kris Mas. Menurut saudari Noraini, bahawa anaknya juga tinggal di Kolej Keris Mas dan beliau membekal maklumat kepada Jennifer untuk berkenalan dengan anaknya.

Adun menyampaikan bantuan kewangan sebagai tambahan bagi Jennifer membeli komputer. Adun memberitahu ibunya, "Harap adik-adik Jennifer mengikut jejak langkah Jennifer dapat sambung belajar di universiti. "Ibu Jennifer tersenyum gembira menguntum harapan.

Pada hari Khamis (12 April) ketika Adun menghubungi saudara Abu Bakar Setiausaha Ahli Majlis di Kajang Utama kerana bertanya tentang nama perumahan tempat Jennifer tinggal, beliau memberitahu dari maklumat yang didapati dari keluarga Jennifer.

"Jennifer telah membeli Komputer Riba yang diperlukan."

Sekian.

No comments:

Post a Comment