April 5, 2012

Kejohanan Sepak Takraw Adun Bangi, Kerjasama Kelab Seri Putera

BBB, 09 Jamadil Awal 1433 = 01 April 2012 (Ahad):

Hari ini Adun Bangi menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka 2012 dengan menawarkan hadiah wang tunai pertama RM500, kedua RM300 dan ketiga dan keempat RM100 beserta barangan Rejam Palas. Anjuran Kejohanan Sepak Takraw Terbuka ini dengan kerjasama Kelab Sepak Takraw Seri Putera.

Menurut saudara Dahari Embong Ketua Lajnah Sukan Adun Bangi, "Sambutan amat menggalakkan, sejumlah 68 pasukan telah mendaftar untuk mengambil bahagian." Tambahnya lagi, "Pasukan yang mendaftar ini datangnya dari berbagai kawasan seperti Serdang, Hulu Langat, Ampang, Kelang, Rawang dan Seremban."

Antara pasukan adalah dari Syarikat Korporat seperti Pos Malaysia, Inc. A (Seremban) dan Inc. (KL). Dari Seri Putera tempat bagi Kelab Sepak Takraw menghantar 6 pasukan.

Menurut saudara Dahari, "Untuk keselesaan pertandingan, kita menempah gelanggang tertutup di Kompleks Sukan UPM yang boleh dijalankan pertandingan serentak di dua court."

Sebagai program pertama bagi Adun pagi ini ialah pergi ke Kompleks Sukan UPM bersama saudara Azizi bertemu dengan peserta dan merasmikan pertandingan. Dalam ucapan ringkas Adun memaklumkan,

"Kejohanan Sepak Takraw dan beberapa kejohanan yang lain adalah merupakan kejohanan tahunan yang dianjur oleh Adun. Penganjuran adalah bagi memenuhi minat kalangan remaja dan belia yang gemar bersukan. Ia adalah sesuatu yang sihat dan menyihatkan badan. Di samping itu adalah bertujuan untuk mencungkil bakat pemuda-pemuda di dalam sukan, khususnya sepak takraw. Sepak takraw satu masa dahulu adalah permainan yang dijuarai Malaysia dalam pertandingan pada peringkat regional dan international. Semoga dengan galakan yang diberi kita mengharapkan ada bakat-bakat yang baru yang dapat diketengahkan pada peringkat nasional dan dapat mewakili Negara dalam pertandingan peringkat nasional, regional dan international seterusnya dapat mengembalikan kegemilangan Malaysia di dalam bidang sukan, khususnya dalam bidang sepak takraw."

Adun menambah, "Negeri Selangor memang terkenal di dalam bidang sukan, terutama di dalam bidang bola sepak, badminton dan lain-lain. Semasa Kerajaan Pakatan Rakyat tumpuan yang lebih diberi di dalam bidang sukan. Kini diwujudkan Exco Belia dan Sukan. Untuk makluman pihak Exco Belia dan Sukan di bawah Gran Selangorku meluluskan dua projek bagi membina court sepak takraw = badminton di Dun Bangi."

Kita mencadangkan satu daripada court berkenaan dibina di Kajang Utama dan satu lagi ialah di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Kita berharap dengan pembinaan court-court berkenaan akan memberi peluang kepada belia-belia kita untuk bersukan, khususnya bagi badminton dan sepak takraw.

Pertandingan yang mengambil masa seharian itu menghasilkan keputusan seperti berikut:

Johan – Nilam Puri B (Hulu Langat)

Naib Johan - Inc A (Seremban)

Ke 3 - GBOI (Klang)

Ke 4 - Inc. C (KL).

Sekian.

1 comment:

  1. Saya dari Syarikat SIMZ Enterprise menjual kasut sepaktakraw berjenama Nanyang, Breaker, dan Tangnam..Jualan secara pre order dan pukal dialukan..harga InsyAllah boleh nego sampai dapat..sebarang pertnyaan boleh hantar emel ke info.simzenterprise@gmail.com @ hubungi/sms/whatsapp ke 012-4047014...terima kasih...

    ReplyDelete