April 25, 2012

Dari Dialog Ke Pelancaran Zon Bersih Dan Jom Shopping

BBB,  29 Jamadil Awal 1433 = 21 April 2012 (Sabtu):

Ketiga-tiga program adalah penting dan menuntut kehadiran Adun, tapi ketiga-tiga bermula jam 10.00 pagi, sebagaimana biasa dalam keadaan sedemikian Adun mengatur kehadiran menurut kewajaran.

Pilihan program terawal ialah menghadiri Dialog Penduduk Seksyen Satu, kawasan Adun tinggal dan di sini Pejabat Khidmat Masyarakat Adun beroperasi. Dialog berlangsung di kawasan Pasar, tidak jauh dari Pejabat Adun. Hadir di dalam Majlis ini Ustaz Shafie Ngah Ahli Majlis Zon 23 ini dan beliau adalah Penganjur Majlis Dialog, Ustaz  Norhisham Mohd Idris Ketua Penguatkuasa Jais bagi Daerah Sepang. Tuan Ahmad Aswad dari MPKj, Tuan Inspektor Zamzuri bin Osman, Ketua Balai, Balai Polis Bangi. Turut sama hadir selaku tetamu Ybhg. Dr. Tajul Ariffin Noordin YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi.

Sebagai Penganjur Ustaz Shafie mengalu-ngalukan hadirin. Beliau meminta supaya dihadkan perbincangan kepada soal Keselamatan dan Pencegahan maksiat. Dialog diadakan pada hari ini adalah berdasarkan permohonan yang diminta penduduk. Menurut Adun, pada dasarnya  jumlah jenayah yang berlaku jika ada adalah sedikit dan pada dasarnya semakin menurun. Sebenarnya jenayah dari elemen tempatan. Kita berharap pihak polis mengambil tindakan – terutama bila dibuat aduan. Apa yang menjadi rungutan penduduk ialah dari segi kebersihan dan pengangkatan sampah yang masih belum menyeluruh dan mantap. Sampah dari bahan buangan seperti dahan pokok, peralatan rumah masih tidak diangkat dan penekanan pada kehijauan tidak terasa di tempat kita. Jauh untuk mengatakan `Perumahan Dalam Taman`. Isu maksiat dan minuman keras boleh dikatakan tidak ketara wujud – Maksudnya di Seksyen Satu.

Di dalam dialog ini Adun berkesempatan mendengar ucapan dari dua panel, iaitu wakil dari Jais Tuan Norhisham Mohd Idris yang bercakap tentang judi dan arak yang setakat ini dapat dicegah dan dikawal, manakala  Tuan Zamzuri mengenai jenayah seperti mencuri kereta, samun dan ragut. Beliau menasihatkan orang ramai supaya menjaga harta benda dari menjadi tarikan kepada jenayah.

Selepas itu Adun tidak dapat mengikuti ceramah dan dialog, kerana berkejar ke Seksyen 8,  di sana pihak MPKj melancarakan Zon Bersih kawasan itu yang dihadiri Y.B. Ronnie Liew Exco Kerajaan Tempatan. Menurut beliau MPKj semakin mantap. Walaupun kita tidak menaikkan cukai, tetapi setengah PBT berada di dalam keadaan kewangan memuaskan termasuk MPKj. Beliau berharap MPKj bukan saja meningkat dari segi prestasi kewangan, tetapi juga dari segi pembersihan yang prestasi makin baik. Selepas itu Y.B. Ronnie disertai Dato` Hasan Nawawi YDP MPKj dan beberapa yang lain seperti Adun Bangi, Adun Kajang Y.B. Lee Kim Sin,  melepaskan belon besar menandakan perasmian Zon Bersih.



Selepas menyertai jamuan  ringan, Adun memohon diri dan berkejar ke Pasar Raya Econsave, Jalan Reko bagi menyertai Program Jom Shopping anjuran Pejabat Adun diurus Nabilah, saudara Shahrom, Aisyah dan beberapa yang lain. Pada masa ketibaan Adun sebahagian warga-warga emas sudah menyelesaikan pembelian dan sebahagian daripada mereka sudah keluar dengan troli barang-barang mereka. Sebagaimana biasa Adun menanti mereka dan memberi hadiah tambahan dan bersalam dengan peserta lelaki dan bertanya khabar kepada semua dan melepaakna mereka pulang bersama pengiring masing-masing. Adun berada di Kompleks Econsave lebih kurang setengah jam dan memohon diri dan berkejar ke Program lain pada tengahari.

Sekian.

No comments:

Post a Comment