April 15, 2012

Meraikan Perlantikan Ahli-Ahli Majlis PBT Selangor 2012/2013

Shah Alam 18 Jamadil Awal 1433 = 10 April 2012 (Selasa):

Majlis di atas dianjurkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew pada tarikh di atas bertempat di ODT Dewan Jubli Perak Bangunan SSAAS mulai dari jam 12.30 – 4.00 petang. Majlis Perasmian disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor dengan dihadiri Y.B. Dr. Ya`kob Sapari Exco, Y.B Xavier Exco, Dato` Khusrin bin Munawi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor, Dato`-Dato` Bandar, YDP-YDP PBT dan ahli-ahli Majlis PBT-PBT.

Sebagai ucapan alu-aluan Y.B. Ronnie Liu mengucap tahniah di atas perlantikan ahli-ahli. Menurutnya 33% dari keseluruhan ahli yang dilantik adalah ahli baru. Beliau menyatakan penilaian adalah berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Beliau berharap ahli baru akan meningkatkan kegiatan dan menekankan kepada tiga perkara yang berkait dengan PBT iaitu Kebersihan, Selesa dan Selamat.

Dalam ucapan perasmiannya Y.A.B.Dato` Menteri Besar mengucapkan tehniah di atas perlantikan Ahli-ahli Majlis. Beliau mengingatkan kepada Ahli-Ahli PBT, bahawa kita dilantik pada 2008 sebagai pemerintah sebuah kerajaan – Selangor atas janji mau bawa reformasi dan perubahan., sebab itu pentingnya Ahli Majlis menjalankan tugas sebaik mungkin dan boleh dicontohi. Kita telah kurangkan karinah pentadbiran dan merakyatkan ekonomi negeri Selangor. Kini setiap RM1.00 yang didapati dari cukai PBT 1/3 daripadanya dibelanjakan untuk kebersihan. Kita harus kurangkan kos kepada yang lebih kecil, dengan itu perbelanjaan beroperasi dikurang dan dapat digunakan kepada kegiatan-kegiatan yang lain. Kita mulai dapat mengatasi masalah sampah. Dengan pengendalian urusan sampah kepada PBT, kita kurangkan kos operasi. Sebab itu mengapa kita mau ambil alih operasi dari Alam Flora kepada pengurusan oleh PBT. Dengan penurunan kos penyelenggaraan banyak perkara yang boleh kita lakukan bagi kepentingan rakyat dan negeri. Banyak lagi usaha-usaha kita mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan memaksimumkan pendapatan. Sebagai bukti keberhasilan reserve negeri Selangor meningkat dari RM500 milion sebelum 2008 kepada kini RM1.9 bilion. Kita berharap rakyat dapat menilai pencapaian kita dalam masa 4 tahun berbanding kerajaan dahulu selama 50 tahun.

Sebelum dari Majlis Perasmian para Ahli-ahli PBT mengikuti pembentangan kertas kerja yang berjudul:

Peranan, Tanggungjawab dan Cabaran Sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan

Yang disampaiakn oleh En. Ismail bin Mokhtar selaku Pengarah Bahagian Dasar Dan Kemajuan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Menurutnya, ``Sistem Kerajaan Tempatan berdasarkan perakuan-perakuan 3 Akta Induk berhubung dengan PBT iaitu:

a) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

b) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172) dan

c) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Peranan Ahli Majlis membuat keputusan sebagai AJK dan keputrusan tidak boleh bercanggah dengan dasar dan garis panduan yang diputuskan oleh MNKT.

Peranan Ahli Majlis:

Selaku Penasihat kepada PBT, mewakili rakyat, membuat dan meluluskan undang-undang kecil dan menggubal dasar PBT dan Ahli Majlis seharusnya sebagai penggerak masyarakat.

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Ahli PBT:

a) Mendepani Proses Perbandaran/Pembangunan

b) Mengamalkan Konsep Good Governance,

c) Kepekaan terhadap keperluan masyarakat

d) Berpengetahuan terhadap isu-isu semasa.

Sebagai kemuncak ialah Ikrar Ahli-Ahli PBT diikuti dengan penyampaian wathiqah oleh Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor kepada setiap Dato` Bandar, YDP-YDP Majlis dan ahli-ahli dari 12 PBT di negeri Selangor.

Sekian.

No comments:

Post a Comment