April 29, 2012

Gelombang Bersih 0.3 Menuntut Perubahan















Hari ini gelombang kuning
Dari segala penjuru Negara
Mengalir banjir di tengah kota
Suku juta penyertaan
Membawa misi tuntutan
Saranan perubahan
Didengar telinga dunia
Dilihat mata antarabangsa
Bergerak dari Masjid Negara
Dari Brickfield ke Puduraya
Menggugat kepungan kelilingan
Dengan azam misi perubahan
Serentak melaung Allahu Akbar
Berselang reformasi Rakyat
Biar antara mereka digugat ditangkap
Mereka menuntut dilaksanakan
Pembersihan senarai pengundi
Jangan memanipulasi undi pos  
Perlu mengguna dakwat kekal
Tarikh kempen yang sesuai
Pengukuhan institusi awam
Hentikan rasuah, media adil bebas
Hentikan politik kotor
Hasrat mengekal kuasa tidak jujur.

Hari ini cemas kota bimbang
Menggugat sebarang petualangan
Dengan kekuningan luar dugaan
Tiada himpunan seperti ini
Begitu mendapat sambutan
Disertai semua kaum
Anak muda orang dewasa
Bergerak antara kepungan
Menuntut hak & kebebasan.

Selepas Bersih ini
Tiada lagi `Duduk Bantah`
Tetapi bangkit merubah
Degilnya mereka dengan tuntutan
Bakal menjadi mangsa perubahan.

Shafie Abu Bakar,

Kuala Lumpur,

06 Jamadil Akhir 1433
28        April         2012..

No comments:

Post a Comment