October 15, 2012

ARC Beramal Di Sungai Ramal

Sungai Ramal Luar, 27 Zulkaedah 1433 = 13 Oktober 2012 (Sabtu):

Alternatif Riding Club (ARC) adalah Kelab Menunggang Motorsikal Kuasa Tinggi ditubuhkan pada peringkat Negeri Selangor (2008) dan pada peringkat Serdang (2010). Keahlian di Serdang 450 orang dan pada peringkat Dun Bangi seramai 255. Ketua ARC pada peringkat nasional ialah saudara Yasir Said, pada peringkat negeri Selangor saudara Hamzan Zainal Abidin dan saudara Hafiz selaku Pengurus pada peringkat negeri Selangor. ARC mengumpul belia-belia yang berminat menunggang motosikal bagi mengadakan kegiatan-kegiatan yang berfaedah bagi golongan muda.

Banyak kerja-kerja kebajikan dilakukan oleh ARC misalnya berkonvoi ke Utara pada awal tahun 2012 menyertai perhimpunan sambil beramal, Mengiringi Pemimpin-Pemimpin dalam sambutan dan perarakan. ARC pernah dijemput oleh PADAT berkonvoi mendepani kenderaan YAB Dato` Menteri Besar Selangor dari bangunan SSAAS ke Padat bagi merasmikan Pameran Selangorku sempena menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara 2012. ARC juga berfungsi melatih cara menunggang motorsikal secara betul dan selamat. Sebagai Bekas Peserta Pertandingan Memandu Malaysia saudara Hamizon Zainal Abidin menampilkan cara menunggang yang betul``

Pada hari ini ARC beramal di Sungai Ramal dengan peruntukan disediakan oleh Adun Bangi dengan kerjasama pihak Masjid Sungai Ramal. Hadir ke Majlis Perasmian pada pagi ini ialah YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, Ustaz Shafie Ngah Ahli MPKj, Tuan Haji Yusof bin Abdul Kadir Ketua Kampong Sungai Ramal Luar, Tuan Haji Nik Pa Nik Leh Nazir Masjid Sungai Ramal Luar, saudara Hamizon dan saudara Hafiz bagi pihak ARC, penunggang-penunggang dan ahli jamaah masjid yang datang menunaikan solat Asar di masjid Sungai Ramal Luar. Majlis pada petang ini bertempat di laman masjid. Majlis bermula dengan membaca doa diikuti penerangan tentang ARC oleh saudara Hafiz, Menurutnya, keahlian ARC dibuka untuk pendaftaran. Pada hari ini bayaran pendaftaran diturunkan dari RM25 kepada RM20 sahaja dan keahlian diberi sehelai baju ARC. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Yusof yang selaku Ketua Kampong bergembira menerima ARC mengadakan kegiatan di laman Masjid Sungai Ramal Luar. Turut berucap Ustaz Shafie Ngah yang memuji kerjasama ARC dengan Masjid dan dapat menarik golongan muda menyertai majlis. YB Teo menggesa kalangan muda mendaftar diri sebagai pengundi yang melayakkan diri untuk mengundi. Sebelum upacara bermula Adun menyampaikan ucapan perasmian memuji peranan ARC didalam melakukan amal Kebajikan dan juga pihak Masjid yang bukan saja mengadakan kegiatan di dalam bidang agama, tetapi juga pendidikan dan kemasyarakatan. Adun berharap dengan kegiatan seperti ini dapat menyatukan anak-anak muda dan mendekatkan diri mereka dengan Masjid.

Pada petang ini diadakan demonstrasi menunggang motorsikal secara selamat dilakukan oleh saudara Hamizon bin Zainal Abidin Bekas Penunggang Motorsikal peringkat Kebangsaan. Pada petang ini ARC juga menawarkan penukaran minyak selindar kepada motor-motor. Ramai yang mengambil kesempatan menukar minyak pelincir secara percuma. Selepas itu sepasukan 10 motor byker membawa Adun bermotorsikal dan YB Teo Nie Ching berkereta ke rumah-rumah yang berlaku kematian keluarga, sakit dan dalam kesusahan disekitar Sungai Ramal Luar. Antara yang sempat dikunjungi ialah Fong Kooi Foo (67), Puan Anthoni Ma (101), Norlia Mohd Non (60), Puan Rosnah (55) dan Puan Azizah bt. Aziz (60). Pada pertemuan pihak Adun dan Ahli Parlimen bertanya khabar, mengucap takziah kerana kematian yang dikasihi dan meminta mereka bersabar. Adun dan Ahli Parlimen juga menyampaikan buah tangan kepada setiap yang dikunjungi.

Sementara kunjungan dibuat pihak ARC terus dengan demonstrasi penunggangan di laman masjid dan menukar minyak selinder bagi motor-motor. Majlis berlangsung sehingga sebelum Maghrib.

Sekian.

No comments:

Post a Comment