Kajang, 20 Zulkaedah 1433 = 06 Oktober 2012 (Sabtu):
Sejak menerima jemputan Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Selangor beberapa minggu lepas, Adun Bangi memang berhasrat untuk hadir ke seminar berkenaan. Hasrat untuk hadir ini oleh kerana minat Adun terhadap sejarah yang memang salah satu dari dua bidang pengkhususan Adun pada peringkat Ijazah Pertama. Keinginan hadir Adun juga oleh kerana bidang sejarah adalah menjadi aspek penting di dalam bidang permuziuman dan Padat sendiri yang Adun menjadi Pengerusinya. Dengan kehadiran Adun mendapat maklumat lebih banyak tentang sejarah Negeri Selangor, khususnya tentang Hulu Langat. Maklumat ini bukan saja memberi faedah kepada Adun, tetapi juga kepada Muzeum hasil dari maklumat yang didapati Adun.
Walau bagaimana Adun tidak dapat hadir program yang bermula pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Bandaran Kajang, kerana mempunyai dua program kemasyarakatan pada sebelah pagi. Hanya selepas menghadiri kedua-dua program di atas baru Adun menghadiri seminar iaitu sekitar jam 12.00 tengahari ketika sesi akhir seminar sedang berjalan. Seminar Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Selangor dengan kerjasama MPKj dihadiri lebih 100 orang termasuk Tuan Haji Zainuddin Wakil Persatuan Sejarah Selangor, Wakil dari MPKj, Wakil dari pihak Perpustakaan Negeri Selangor Puan Suziliana, pembentang-pembentang kertas kerja dan orang ramai. Pada masa ketibaan Adun En. Mustafa bin Yahya sedang membentangkan kertas kerjanya yang berjudul, Seni Dan Warisan Berpisah Tiada. Penulis banyak membincangkan tentang seni lukis yang beliau libati. Sebelumnya kertas kerja dibentangkan oleh Tuan Haji Zainuddin bin Leman dengan judul kertas kerja bertajuk, Perkembangan aktiviti penerbitan Akhbar dan Majalah di Selangor – Tumpuan Daerah Hulu Langat dan kertas berjudul, Perpustakaan Awam Hulu Langat, sejarah, peranan dan usaha memupuk Patriotisme Dalam Masyarakat dibentang oleh Puan Suziliana bt. Abd. Hamid dari Perpustakaan Awan Negeri Selangor.
Semua kertas kerja berkenaan amat berfaedah bagi mesyarakat, khususnya bagi Adun Bangi, walaupun dapat dikatakan kertaskerja-kertakerja yang dikemukakan agak sederhana. Pertemuan juga diisi dengan pertanyaan dan dialog. Pada penghujung Seminar YB En. Lee Kim Sin Adun Kajang turut sama hadir di dalam Majlis, sebagaimana Adun mempunyai tugas-tugas sebelum ke Seminar, rupanya YB. En Lee Kim Sin juga mempunyai tugas-tugas sebelum hadir ke seminar. Pada permulaan Adun menjangkakan bahawa sudah wujud Persatuan Sejarah Hulu Langat. Rupanya persatuan sedemikian belum wujud. Adun bertanya juga, mengapa tidak diwujudkan persatuan sesuai dengan kehadiran peserta yang agak ramai, iaitu dengan menubuhkan AJK Sementara. Pihak berkenaan memberitahu, mereka masih menunggu masa yang sesuai.
Selepas Seminar Adun berpeluang memerhati Pameran Kecil yang diadakan oleh Persatuan Sejarah Cawangan Selangor. Terdapat juga beberapa penerbitan yang diterbit dan dijualkan. Dari pameran bahagian jualan Adun dapati ada penerbitan-penerbitan yang menarik contoh Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor. Adun dapati kandungan jurnal-jurnal ini amat bersesuaian dengan bidang-bidang permuziuman. Adun membeli semua siri Jurnal Persatuan Sejarah Cawangan Selangor yang setakat ini telah mengeluarkan sebanyak 7 siri yang judul Jurnal adalah Malawati. Antara artikal-artikal menarik di dalam jurnal-jurnal berkenaan ialah seperti Malawati, 100 tahun keretapi di Selangor, Pemisahan Kuala Lumpur dari Selangor, Sultan Abdul Samad (1859-1898), Sultan Alauddin Sulaiman Syah (1898 – 1939) yang semuanya terdapat di dalam Bilangan Pertama.
Dalam Jurnal Sejarah Selangor Bilangan Dua pula terdapat artikal mngenai Sejarah Jeram, dan Pendudukan Jepun di Hulu Langat. Dalam Bil. 3, ialah Latar Belakang Sejarah Negeri Selangor Darul Ehsan, Sejarah Awal Perkembangan Kegiatan Perlombongan Biji Timah Di Negeri Selangor, Sejarah Kelang, Sejarah Rawang, Peristiwa-Peristiwa Penting Perang Kelang dan Istana Jugra. Dalam Jurnal Bil. 4 pula terdapat artikal Rumah Bugis Di Selangor Dan Di Sulawesi, dan Bintang Tiga Dan Darurat Di Negeri Selangor. Dalam Bil. 5 terdapat artikal Kuala Selangor 1766 – 1857: Langit Turun Ke Bumi, Asap Bedil Di Kuala Selangor, 1784: Sultan Ibrahim, dan Opu Daeng Pirani. Dalam Jurnal Bil. 6 pula terdapat artikal Lawatan Menjejaki Awal Kisah Ke Sulawesi Selatan dan Pesaka Selangor Sebagai Sumber Sejarah Selangor. Terakhir dari Jurnal Bil. 7 terdapat artikal berjudul Selangor Dan Dasar Disentralisasi: Usaha Clementi Menyatukan Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu, 1930an, dan Pengaruh Indonesia Dan Gerakan Nasionalis Kiri Melayu: Kajian Kes Di Kampung Jenderam, Selangor.
Selain dari jurnal-Jurnal di atas Adun tertarik dan membeli buku The Malay Civilization karangan Mohd Arof Ishak.
Sesungguhnya dengan hadirnya Adun ke seminar Sejarah Daerah Hulu Langat 2012 dan dapat memiliki jurnal-jurnal dan buku di atas memberi peluang kepada Adun memahami lebih dalam mengenai pensejarahan negeri Selangor. Sesungguhnya dapat menghadiri Seminar dan memiliki bahan-bahan penulisan yang berhubung dengan Selangor di atas amat memberi manfaat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment