October 6, 2012

Meriam, Ampera & Kapitan - Bukan Sekadar Kata, Ada Sejarah Menarik Di Sebaliknya

BBB, 19 Zulkaedah 1433 = 05 Oktober 2012 (Jumaat):

Dengan beberapa kalimat di atas, menambahkan koleksi maklumat di dalam minda Adun. Jika sebelumnya tahap tanggapan Adun terhadap istilah seperti `Meriam` dan `Kapitan` adalah pada tahap biasa, atau langsung tidak ada dalam vocabulary Adun seperti `Ampera` tetapi dengan lawatan Adun ke Palembang dari 18 – 21 September 2012 memperluaskan pemahaman Adun terhadap ketiga-tiga istilah di atas. Benarlah kata pepatah, ``Jauh berjalan banyak pengalaman``. Maklumat dan pengalaman yang dilalui Adun adalah sebagaimana berikut:

1) Mengapa Meriam?

Pada petang 19 September (Rabu) kami melawat Muzium Sultan Mahmud Badruddin disertai oleh Pak Tabrani Pegawai dari Pejabat Wali Kota dan Eliana Pegawai Muzium yang terletak di bawah Jabatan Pelancongan. Adun diberi penerangan oleh Pegawai Muzium yang nama panggilan mesra sebagai Pak Amin yang mahir bukan saja bahasa Indonesia, tetapi juga bahasa Inggeris dan Belanda. Di dalam mengiringi Adun tiba kepada gambar alat senjata – Meriam yang digunakan dalam peperangan, dikaitkan dengan perjuangan kemerdekaan. Pak Amin yang memakai baju Melayu bersamping lengkap bertanya,


`Pak Tahu mengapa senjata ini dinamakan `Meriam ?`
Ada menjawab, ``Adun menjawab secara bertanya, `Ya Mengapa dinamakan meriam ?``

Menurut Pak Amin. ``Kerana dalam peperangan pihak penjajah yang menggunakan meriam di dalam menentang penduduk tempatan, sebagaimana kita orang Islam, bila hendak memulakan sesuatu membaca `bismillah`, maka penjajah Kristian yang percaya pada ketuhanan secara trinity ``Allah, Isa dan Maryam``, bila hendak menembak menggunakan meriam, memulakan tembakan dengan membaca, `Antaranya menyebut `Maryam` sebagai kata suci bagi memberkati permulaan kerja.

Menurut Pak Amin, ``Bacaan ini didengar oleh orang tempatan (Melayu/Indonesia) dan disangka senjata itu namanya `Meriam` ! Lantas penduduk tempatan menama dan memanggilnya sebagai `Meriam` !

Adun yang mendengar penerangan mengangguk dan dalam fikiran `Ada juga logiknya` !

2) Apa itu Ampera?


Penduduk Palembang amat bermegah menyebutkan istilah ini. Kata-kata ini juga disebut di dalam majlis-majlis keraian terhadap kami. Adun menjangka pada awalnya ianya nama bagi bangunan atau persembahan kebudayaan. Bagi memahami Adun bertanya Pak Tabrani Pegawai yang mengiringi kami, Apa itu Ampera?

Kata Pak Tabrani, Ampera ialah kata singkatan dari tiga perkataan (Kata singkatan sering digunakan di Indonesia), iaitu Amanat Penderitaan Rakyat - dihimpun dua huruf awal bagi setiap perkataan menjadikan `Ampera!`

Apa itu Ampera ?

Sebenarnya ia adalah nama bagi Jambatan Gantung yang merentasi Sungai Musi.

Ceritanya Jambatan Gantung – Ampera ini adalah dihasilkan secara buruh paksa terhadap rakyat Indonesia pada masa Jepun menguasai Indonesia pada perang Dunia Kedua 1941. Buruh paksaan sedemikian berlaku juga kepada sebahagian pemuda-pemuda di Malaya yang dibawa Jepun sebagai buruh paksa membina Jalan Kereta Api Maut dari Siam (Thailand) ke Burma, termasuk juga membina jambatan merentasi River Quai yang terkenal itu.

Pembinaan Ampera adalah kenangan pahit bagi penduduk Palembang, tetapi kejayaan pembinaan yang panjang yang merentasi SungaI Musi ini (450 km. panjang sungai) sebagai sesuatu yang amat bersejarah dan menjadi kenangan manis dan bersejarah bagi rakyat di Palembang.

Jambatan Gantung Ampera pada tengah-tengahnya dibina tiang terbesar dan terkukuh berbentu H yang darinya direntang tali-tali besi ke tebing dari kedua-dua tebing. Jambatan masih kukuh dan terus digunakan - untuk ke Kota Palembang dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin antaranya melalui Jambatan Ampera. Pandangan dari atas Jambatan Gantung ini adalah menarik, lebih-lebih lagi menarik di waktu malam, selain dari lampu-lampu neon, diindahkan lagi dengan cahaya-cahaya pergerakan kenderaan. Kami mengalami keindahannya ketika hadir ke Majlis Keraian terhadap kami oleh Wali Kota bertempat di pinggir Sungai Musi dan berlatarbelakangkan Jambatan Ampera.

Bagi rakyat Palembang Ampera adalah monument sejarah yang amat dimegah dan dipopularkan sebagaimana mereka megah dan popularkan prasasti Kedukan Bukit dan Sungai Musi. Replika bagi Ampera misalnya dapat dilihat dibina di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin dan menjadi sovenier barangan hadiah yang dimegahkan.

3) Bagaimana Dengan Kapitan?

Pada petang Khamis 20 September, setelah melawat Muzium Negeri dan beberapa tempat perusahaan kain Kalingkang, kami dibawa menziarah sebuah rumah kayu yang sudah berusia lebih dari 300 tahun di Seberang Sungai Musi ke arah Lapangan Terbang. Rumah ini adalah warisan dari pemilik awal seorang Cina kaya. Rumah ini berbentuk limas dengan atap dari tanah liat lengkung.

Kehadiran kami disambut oleh turunan ke 6 pemilik rumah dan keluarga. Sudah tua dalam lengkongan 80 tahun. Terdapat juga pelancong dari Belanda ke sini. Mereka ini ditemuai juga di lapangan terbang di Jakarta dan Palembang. Barangkali mereka datang secara nostalgic ke bekas tanah jajahan mereka.


Pemilik rumah asal dikenali dengan panggilan Kapitan Cina. Menurut sejarah apabila Belanda menguasai sesuatu tempat. Contoh Palembang untuk mencari sokongan dan kesetiaan mereka melantik mereka yang berpengaruh –bukan dari rakyat tempatan misalnya kayu sebagai ketua yang diberi gelaran Kapitan. Dengan kesetiaan Kapitan dan pengikut-pengikutnya Penjajah Belanda dapat mengimbangi kekuatan rakyat tempatan. Dengan kekuatan pengaruh dan kekayaan mereka yang dilantik bukan dari penduduk asal tempatan ini menjamin keselamatan penjajah. Ini juga merupakan tektik pecah dan perintah pihak penjajah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment