
Mengenang 55 tahun kemerdekaan

Semangat kemerdekaan benih demokrasi amalan


Cadangan kedua ialah melibatkan dua bulatan dengan penanaman pokok buluh di Bulatan Bangi di atas dan pembinaan papantanda nama `Bulatan Ilmu` dan bulatan kedua`Bulatan Cempaka` (dari bulatan ini menuju ke Tasik Cempaka) di Bandar Baru Bangi. Kos keseluruhan projek ini adalah sebanyak RM146,000.00. Bagi bulatan kedua tidak jelas dari segi imej yang mahu ditonjolkan. Sebaiknya bulatan ini memancarkan imej `Bandar Pentadbiran` kerana hampir keseluruhan bangunan pentadbiran, kecuali MPKj & Urusan Air semuanya berpindah dan berada di Bandar Baru Bangi. Jadi selain dari membawa nama Cempaka sebagai imej bunga bagi negeri Selangor, ianya perlu mencirikan imej Bandar Pentadbiran, sesuai dari bulatan ini menuju kepada berbagai-bagai pusat pentadbiran di samping komersil. Bagi mempastikan hasrat di atas dapat dicapai jangan hanya membuat pilihan dan tindakan perseorangan, perlu dibincangkan dengan melibatkan pakar-pakar di dalam landscape dan seni taman. Di dalam soal yang melibatkan seni, biarlah ianya ditangani oleh mereka yang berjiwa seni yang melakukan tugas dengan rasa seni dan penuh kecintaan, bukan sekadar menjalankan kerja `Makan Gaji` biasa.
Cadangan yang lain ialah pembangunan hutan Bandar di kawasan zon penampan Bandar Baru Bangi. Ianya adalah kesinambungan dari pembangunan penanaman pokok hutan (`trees bank`) di kawasan berkenaan yang telah dilaksanakan pada tahun 2007. Anggaran kos keseluruhan projek ini adalah sebanyak RM390,000.00. Apa yang dikatakan `Hutan Bandar` ini tidak jelas kedudukan dan di mana lokasinya yang sebenar. Jangan membuat sesuatu secara lebih kurang dengan perbelanjaan besar, tetapi hasilnya dipersoalkan. Kita meminta projek ini juga dibawa kepada perbincangan lebih teliti baik dari segi konsep yang kemudian dapat diterjemahkan kepada realiti serta berfaedah bagi kepentingan alam sekitar dan penggunaan penduduk. Bawa semua cadangan untuk diteliti terlebih dahulu. Ahli Majlis bersetuju untuk dilaksanakan projek ini secara berperingkat bergantung kepada peruntukan kewangan MPKj. Kita berharap cadangan dilaksanakan selepas melalui kajian secara teratur dan teliti yang kelak memberi faedah secara maksimum.
Sementara itu YDP MPKj memaklumkan terdapat perbincangan bersama pihak PKNS berkenaan cadangan pembinaan sebuah Dewan Konvensyen dan sebuah hotel di kawasan Tasik Cempaka. Apabila ditanya tentang kepastian pembinaan dan sama ada dewan tersebut di bawah pengurusan hotel atau sebaliknya.
Hajah Zubaidah bt. Ali (83) Ketua Muslimat Pas Pertama (1956-1960) sedang uzur dan beliau dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah sejak tiga hari yang lepas kerana sakit darah tinggi dan mengalami minor stroke. Berita sampai kepada Adun dan isteri bahawa Ustazah (panggilan mesra kami kepada Ustazah Zubaidah) bertanya tentang Adun dan isteri. Lantaran itu kami bercadang menziarahinya pada petang Khamis kelmarin, tetapi oleh kerana ada berlaku kematian di Kg. Sungai Tangkas dan menziarahinya rancangan ditangguhkan kepada hari ini.
Hubungan Adun dengan Ustazah, suami dan anak-anaknya sudah lama, bahkan isteri Adun Ustazah Mu`minah bt. Yusoff adalah murid kepada Ustazah yang pernah mengajarnya di Sekolah Khairiah, Gong Kapas di Kuala Terengganu. Apabila Adun mula berkhidmat sebagai Guru Agama Menengah Al-Ma`arif (sementara) di Kg. Raja Besut (1963), Ustazah Zubaidah adalah Pengetua. Lebih daripada itu seorang dari anak Ustazah Zubaidah Ustaz Fuad Ahmad Azam berkahwin dengan sepupu isteri Adun. Ini menyebabkan hubungan kami rapat dan berkekalan.
Ustazah Zubaidah mendapat pendidikan Islam di Bukit Tinggi, Sumatera, tempat yang banyak melahirkan pejuang-pejuang politik muslimat seperti Aishah Ghani, Ustazah Zubaidah Ali dan beberapa yang lain lagi. Ustazah Zubaidah berkahwin dengan Ustaz Ahmad Azam Hanafiah. Mereka bergiat dalam politik Pas sejak 1950an bermula di Perak. Ustazah Zubaidah memegang jawatan Ketua Muslimat Pas pertama mulai 1956 hingga 1960. Mereka berpindah ke Kuala Terengganu. Ustazah Zubaidah berkhidmat sebagai guru agama di Sekolah Agama Khairiah Gong Kapas, Kuala Terengganu. Ustaz Ahmad Azam di samping bergiat dalam politik membuka kedai buku dan menjual akhbar di kedai di pinggir Sekolah Khairiah.

Ustaz Ahmad Azam bertanding dalam pilihanraya 1959 di Kuala Terengganu atas tiket Pas. Pas memenangi pilihanraya dan pertama kali menguasai sebuah negeri, iaitu negeri Terengganu. Beliau dan Daud adalah calon Menteri Besar, tetapi oleh kerana beliau bukan kelahiran Terengganu, Daud Samad dipilih menjadi Menteri Besar Terengganu dengan beliau menjadi Timbalan Menteri Besar dan Exco (setelah 2 tahun memerintah Kerajaan Pas digulingkan dengan cara membeli undi oleh Umno. Ibrahim Fikri menjadi Menteri Besar). Selepas itu Ustazah Zubaidah dipindahkan ke Kg. Raja Besut dalam mana Adun pernah mengajar di
Adun bertolak dari Bangi ke Hospital jam 4.30 dan tiba sebelum jam 5.00 dan menziarah Ustazah Zubaidah yang ditempatkan di Tingkat 7. Ustazah Zubaidah dijaga dengan penuh kasih sayang oleh anak perempuannya Dr. Firdaus (Bekas Pensyarah UIAM) dan juga cucunya Fahmi seorang Pelajar Perubatan tahun akhir di Cyber Jaya dan kini buat praktikal di Hospital Serdang. Dr. Firdaus mempunyai anak-anak angkat. Pada masa kehadiran kami dua daripada anak angkatnya juga hadir seorang perempuan dan seorang pelajar
Ustazah Zubaidah berada di dalam keadaan berbaring dan tidak dapat bangun. Menurut cucunya beliau juga di dalam keadaan demam. Beliau sedar kehadiran kami, walaupun tidak bercakap. Kami lebih bercakap dengan anaknya Dr. Firdaus dan cucunya Fahmi mengenai keadaan Ustazah. Bahkan bercakap juga cerita-cerita kami yang lepas, sejarah yang berhubung dengan Ustazah Zubaidah dan Ustaz Ahmad Azam. Tidak berapa lama dari ketibaan kami pihak nurse memberitahu untuk memindah Ustazah ke Bilik yang lebih selesa ke tingkat 6 (Tingkat 7 aircod. rosak dan bergilir kipas dengan pesakit yang lain.), bila ada kekosongan. Kami mengikuti perpindahan dan turut membawa barang-barang ke bawah. Sementara urusan pengemasan dibuat oleh nurse kami menunaikan solat Asar dan datang semula ke bilik perpindahan yang baru. Jam 7.00 petang kami memohon diri dengan dihantar oleh Fahmi cucu Ustazah Zubaidah. Kami diminta oleh anak menantu di Bukit Jelutung singgah berbuka puasa dan anak bungsu suami isteri dari Pantai Hill Bungsar yang baru pulang dari Kuala Terengganu datang sama membawa makanan yang dikirim dari Kuala Terengganu untuk kami. Tiba di Bangi jam 10.30 malam.
Sekian.
Berikutan dari tambahan peruntukan bagi kawasan setiap Adun bagi membaiki jalan dan perparitan, maka melalui Ketua Kampong dan Ahli Majlis PBT dan tinjauan sendiri, maka Adun mengumpul maklumat jalan-jalan rosak di dalam kawasan DUN Bangi. Tinjauan dibuat sejak seminggu lepas. Tempat-tempat yang dimaklumi rosak, maka Adun bersama pengiring atau persendirian keluar membuat perhatian. Tinjauan dibuat mutakhirnya pada pagi ini. Maklumat ini perlu kepada penyegeraan, kerana permohonan perlu dihantar kepada Pejabat Daerah sebelum berakhirnya bulan Ogos 2012 ini. Walaupun tarikh akhir diberi maka penghantaran maklumat perlu dibuat lebih awal sedikit dari tarikh akhir berkenaan. Sementara itu sesiapa yang mendapati kerosakan jalan di tempat masing-masing yang perlu dibaiki, maka diminta segera menghubungi Adun bagi dipertimbang untuk dibaiki.
Setakat ini tempat ditinjau dan dimasuk dalam list bagi ditimbang untuk diperbaiki antaranya ialah:
Dekat Terowong di bawah jalan keretapi yang melibatkan
Terdapat tebing runtuh di tepi Sungai Tangkas tidak jauh dari Balairaya. Kerosakan ini besar dan membahayakan. Ketua Kampong minta dipastikan papan tanda melarang kenderaan menggunakan jalan ini. Tugas membaiki tebing sungai dan jalan rosak ini adalah di bawah JPS..
Hujung bagi jalan Aman yang didapati masih tidak berturap. Terdapat di dalamnya beberapa buah rumah. Perlu juga dibaiki mana-mana longkang di Kampong Bahagia yang rosak
Menampal mana-mana jalan yang rosak, terutama Jalan Utama bagi kawasan Bukit Mahkota
Baiki jalan yang menghubung Impian Putera dengan Pekan Bangi, khususnya pada bahagian yang diistilahkan `No Man Land` - Kawasan Tak Bertuan`. Tiada agensi yang mau ambil tanggungjawab.
Diminta diperbaiki kerosakan jalan utama bagi Seksyen ini

Jalan antara masjid dan Sekolah susur ke kubur
Jalan Diamond
Jalan Nazir. Penduduk mengadu jalan ini dikorek dan diguna oleh lori besar, menyebabkan jalan pecah. Beliau berharap lori besar dilarang dari memasuki dan menggunakan jalan ini.
Menyambung penurapan jalan dari hadapan ABIM ke Desa Surada. Ada tempat paip pecah tidak dibaiki menyebabkan jalan yang baru dibaiki dan diturap rosak kembali. Baiki segera paip dipermukaan jalan yang pecah.
Jalan Pintas, iaitu Jalan Setia ke Sungai Ramal Baru. Ramai menggunakan jalan ini sebagai jalan pintas. Pagar batu yang didirikan secara haram patut dirobohkan bagi meluaskan jalan agar dapat seleisih secara selesa.
Sebarang maklumat jalan untuk dibaiki hubungi Pejabat Adun dengan segera.
Sekian.
Ribut kali kedua berlaku pada 18 Julai 2012. Kerosakan berlaku kepada 14 buah rumah. Permohonan juga dibuat terhadap Pejabat Daerah Hulu Langat bagi membayar pampas an kerugian.
Tuan Haji Mohd. Yusof Abdul Kadir dalam ucapan ringkasnya menerangkan tentang kedua-dua ribut yang merosakkan berpuluh-puluh rumah. Menurut beliau, walaupun jumlah yang diberi tak seberapa, iaiitu sebanyak RM150.00 seorang, tapi Adun menambahkan bantuan yang merupakan beras, keperluan dapur dan makanan.
Adun berucap dengan mengucap syukur kepada Allah, kerana kebanyakan mangsa yang mengalami kerosakan telah memperbaikinya. Bantuan yang tak seberapa diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi mangsa-mangsa. Adun juga menambah bantuan berupa barangan. Ini juga mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah bagi membantu mangsa-mangsa, Beliau berharap mangsa-mangsa dapat menerima dengan rela. Banyak lagi bantuan dari kerajaan negeri baik bersifat langsung seperti air percuma, Skim Bantuan Warga Emas Skimsel dan Mimbar, dan berbagai kemudahan yang disediakan kepada rakyat negeri Selangor. Bantuan secara tidak langsung seperti pembaikan jalan-jalan, bantuan pendidikan, pinjaman tanpa faedah dan berbagai lagi.
Pada Majlis Penyampaian Sagu Hati bertempat di Baitul Imtiyaz, Sungai Ramal Baru di sini Lebih dari 50 beg plastic barangan dan bantuan kewangan disampaikan kepada mangsa-mangsa ribut dengan tambahan barangan kepada ibu tunggal, anak Yatim dan fakir miskin. Diharap dengan bantuan ini dapat melegakan mereka di dalam menyambut hariraya Eidul Fitri yang akan tiba beberapa hari lagi. Insya Allah. Pada akhirnya Adun mengucapkan ``Selamat Menjalani Ibadat Puasa dan Selamat Hariraya - Maaf Zahir Dan Batin.
Tiba di hadapan pagar, pengawal mengarah untuk meneruskan panduan ke sebelah kiri. Semua tempat di luar telah penuh dengan kenderaan yang datang. Tempat parking khas bagi Adun-Adun disekat dari memasuki, kerana khemah-khemah memenuhi ruang dari bangunan SSAAS ke Dewan Negeri, sampai ke belakang diarah lagi ke belakang bangunan dan akhir sekali turun ke bahagian parking paling bawah baru ada kekosongan.
Dari sini untuk kehadapan Dewan agak jauh, sudah tentu berpeluh dahulu berjalan baru tiba, mujur juga ada perkhidmatan bas yang membawa pengunjung ke hadapan Dewan. Adun naik dan menunggu sehingga bas penuh dengan pengunjung dan dibawa pemandu ke hadapan Dewan. Tiba dihadapan Dewan didapati penuh dengan pengunjung. Mereka sedang beratur memilih makanan, sedang di atas pentas juruacara mengendalikan pengumuman dan juga hiburan. Adun menyelinap di tengah orang ramai mencari tempat yang bersesuaian hingga terbawa ke bahagian VIP dan di sini dapat menemui seperti Y.B.Lee Kim Sin Adun Kajang, Y.B. Phlip Tan Choon Swee Adun Teluk Datuk, Kemudian hadir Y.B. Dr.Ahmad Yunus Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan. Ketemu sama, S.S.Dato` Setia Haji Mohd Tamyes Bin Abdul Wahid, Mufti Kerajaan Negeri Selangor, Dato` Haji Mohd Jaafar Bin Atan Dato` Bandar Shah Alam. Adun berkesempatan duduk dan bercakap-cakap dengan pengunjungp-pengunjung kehormat. Menurut pengumuman yang dibuat bahawa Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor akan tiba jam 12.00 tengahari. Sementara ketibaan kami terus bercakap-cakap dan makan-makan. Adalah difahamkan Y.A.B Dato` Menteri Besar melakukan Kunjungan Hormat mengadap DYMM Sultan Selangor selepas menunaikan solat Eidul Fitri. Sementara itu Tuan Speaker Y.B. Dato` Chang Khim yang tiba menyambut tetamu dan membahagikan duit raya kepada anak-anak yang hadir.
Kehadiran Y.A.B. terus diiring ke lobi Bangunan Annex – Anjung Dewan Negeri. Beliau menemui warga-warga emas yang uzur dan OKU yang sengaja ditempatkan di lobi Anjung Dewan yang lebih selesa. Y.A.B. Dato` Menteri Besar turut sama diiringi oleh Isteri dan anak serta cucu yang ada masa didukung cucunya semasa menemui pengunjung-pngunjung dari kalangan warga emas dan OKU. Adun turut sama ke lobi Anjung Dewan dengan tujuan untuk sama mengambil gambar semasa Y.A.B. meraikan warga emas dan OKU berkenaan.BBB, 28 Ramadhan 1433 = 17 Ogos 2012 (Jumaat):
Menjelang hariraya, jalan-jalanraya sesak dengan kenderaan, kerana sudah menjadi adat kebiasaan penghuni, lebih-lebih lagi perantau pulang ke kampong untuk berhariraya dengan ibu bapa, keluarga dan mereka yang dikasihi. Keadaan sedemikian tidak terkecuali dengan Bangi. Mereka yang telah lama menetap di Bangi apa lagi yang merantau ke sini sama ada mendalami ilmu pengetahuan atau mencari pekerjaan, menjelang tiba Syawal menggamit mereka pulang ke Kampong halaman menyebabkan Bangi selepas satu dua minggu Eidul Fitri menjadi sunyi.

Sebagai pernyataan `Prihatin` terhadap warga Bangi yang pulang AJK Adun diketuai Adun Bangi mengambil pendekatan melepas dan mengucapkan Selamat Pulang dan Hati-Hati DiJalan Raya kepada mereka di mana mereka bertolak. Pada peringkat awal kami mau melepaskan mereka di plaza tol Bangi dengan membekalkan kepada setiap dari kenderaan yang diucapkan `Selamat Jalan` dengan beg barangan yang terdiri dari risalah-risalah, minuman dan makanan. Bagi tujuan ini Muslimat/Niasa`beberapa hari menyediakan 1,000 beg ole-ole untuk dibekalkan kepada pemandu kenderaan yang keluar dari tol Bangi. Pada pagi hari ini berpuluh-puluh




Sekian.