ASAL USUL MANUSIA
(Fikrah Bangi: 387),
BBB: 2 Rabi`u-Awwal 1441H. – 30 Oktober
2019M. (Rabu).
Tiada siapa yang dapat menafikan, bahawa
perubahan, kemajuan bahkan kemusnahan yang berlaku pada permukaan muka bumi ini
adalah diakibatkan oleh manusia. Manusia yang dalam tempoh yang panjang melalui
proses kemajuan dan masih melakukan perubahan ke arah kemajuan, tetapi dalam
masa yang sama melakukan kerosakan. Dengan kesedaran mereka tidak mau kemusnahan dan berusaha memperbaiki
kelemahan bagi menuju kemajuan. Sedangkan segala yang lain dapat dikatakan
tidak mengalami perubahan – tidak maju, melainkan sebagai instument yang
digunakan manusia bagi memajukan mereka.
Siapakah bangsa manusia yang telah begitu
ramai memenuhi permukaan muka bumi, berlumba antara mereka untuk lebih maju,
dan antara mereka memusnahkan antara satu sama lain agar musuh tidak lebih maju
dari mereka.
Bangsa manusia yang pada umumnya baik,
tetapi sebahagian dari mereka tidak baik
ini. Dari mana mereka ? Dari mana asal usul mereka , ke mana mereka ? Apakah
yang sedang dituju oleh mereka apakah pengakhiran mereka ?
Mistri tentang mereka tidak kurang dari
mistri kejadian alam,khususnya dunia. Dan manusia adalah sebahagian dari
mereka. Wujud mereka tidak dapat dinafikan, lantaran mereka berdepan dengan
mata kepala kita, dan mereka dengan berbagai tabiat sedang bergerak di depan
kita. Sebagaimana bumi dan alam ada asal usulnya. Demikian dengan manusia. Ada
berbagai legenda dan metos tentang manusia, tetapi pengakuan yang diterima
umum, khususnya dari maklumat keagamaan seperti Yahudi, Kristian dan agama
Islam, bahkan bagi yang lain dari keagamaan menerima bahawa manusia awal adalah
Adam.
Adam sebagaimana disebutkan di dalam
Al-Qur`an adalah berasal dari tanah. Satu kenyataan yang logik bahawa seperti
Adam dan lanjutan turunan juga hidup berasaskan sumber dari tanah. Bermaksud
bahan makan minum mereka adalah berasal dari tanah. Tanah dari tempat mana Adam itu ? Tidak jelas, tetapi ada pendapat,
bahawa manusia pertama ini adalah berlaku di kawasan pertemuan antara tiga
benua terpenting, iaitu antara Afrika, Asia dan Eropah. Perkembangan manusia
melalui Adam bersama pasangannya yang dikenali dengan Hawa. Bagaimana boleh
pasangan Adam terjadi dari dirinya ? Disebutkan terjadi dari tulang rusuk Adam.
Menurut kajian Dr. Mauririce Bucaille, di dalam bukunya `The Origin of Man`, komsep kejadian Adam dan ditamsikan Hawa dari
dirinya, adalah seperti pecahan kejadian antaranya seperti tumbuhan yang
memecahkan bahagian dirinya bagi melangsungkan perkembangan. Dikatakan demikianlah
dengan Hawa berlaku pemecahan dari Adam pada peringkat awal. Ertinya benih Hawa berasal dari Adam.
Lantaran itu cinta Adam terhadap Hawa sebagai cuinta terhadap bahagian dari
dirinya. Kecintaan ini berterusan berlaku di kalangan anak Adam. Tanpa
kecintaan sudah pasti tidak berkembang zuriat dan keturunan Adam.
Bila berlakui kejadian Adam dan Hawa ? Jika dilihat dari
kajian antropologi antara turunan manusia awal digolongkan sebagai zaman Batu (lama)
adalah melebihi dari 10,000 tahun yang lalu, tetapi usia keturunan manusia jauh
lebih lama dari itu, lantaran tamadun Babyliom sudaj diketahui lebih dari
10,000 tahun yang lepas. Untuk sampai kepada proses tamadun mungkin manusia
telah hidup lebih dari ratus ribuan
tahun yang lepas.
Adam sebagai manusia pertama dengan
pasangannya Hawa diberi penghormatan
dengan kesyurgaan. Ertinya berada pada tahap kenikmatan, tetapi berlaku
episod yang mempunyai hikmah bagi menguji Adam-Hawa dan turunan, bahawa nikmat
dan rahmat tidak semudah itu didapati, sebaliknya ianya perlu melalui ujian,
kesungguhan dan ketaatan. Lebih dari iiu mesti berusaha berbuat baik, dan
berbakti dengan kebaikan untuk mendapat nikmat, rahmat dan kebahagiaan.
Adam dan Hawa diuji dengan gugatan elemen jahat yang dikenali dengan
iblis dan syaitan yang menyebabkan Adam dan Hawa tergelincir dari kesyurgaam
dan jatuh ke dunia. Episod ini mencerminkan bahawa Adam dan Hawa serta turunan
akan terus mendepani ujian baik dan buruk. Kejayaan mengatasi keburukan dengan
kebaikan akan dibalas dengan nikmat, rahmat dan kebahagiaan. Sebaliknya gagal
mengalahkan kejahatan akan menerima keseksaan.
Proses rindu untuk kembali kepada
kesyurgaan terus berlaku pada keturunan Adam. Mereka teruji di dalam kehidupan
agar melakukan kebaikan agar mendapat nikmat dan rahmat. Moralnya manusia
hendaklah senantiasa meningkatkan kualiti diri dengan kebaikan bagi mencapai kemakmuran dan kebahagian.
Sekian.
No comments:
Post a Comment