PEMANTAPAN
BUMI
(Fikrah Bangi: 384),
BBB: 28 Safar 1441H. = 27 Oktober 2019M.
(Ahad).
Sebagaimana disebut bahawa bagi membina sebuah
rumah memerlukan masa mungkin dalam tempoh enam bulan, demikianlah dengan kejadian alam
disempurnakan dalam enam tahap. Tahap-tahap ini diandaikan melalui proses seperti
berikut.
1)
Melalui
tahap awal yang merupakan bentukan gumpalan wap yang terhimpun dan membeku
dalam tempoh tertentu.
2)
Tahap
berlakunya letupan yang memecahkan
bekuan ini dalam skala yang kuat sehingga partikal dari pecahan dari letupan
ini bertebar dalam ruang angkasa yang
luas hingga terbentuk seperti objek planet yang sembilan – termasuk bumi,
matahari dan bulan dan juga partikal yang lebih kecil yang membentuk gugusan
bintang-bintang yang tak terpermanai banyak dan luas.
3)
Bahan-bahan
pada tahap ini masih merupakan bahan-bahan yang masih panas dan cair.
4)
Proses
penyejukan yang menjadikan objek yang panas
dan cair itu menjadi beku dan berobjek.
5)
Tahap pergerakan objek-objek berkenaan , iaitu
secara berpusing dari kiri ke kanan, sebagaimana pergerakan jarum jam. Wujudnya
pergerakan dapat dikatakan bermulanya pergerakan masa bagi objek-onjek berkenaan.
Kerana mulai berlaku pertukaran masa dari siang dan malam dan seterusnya.
6)
Bagi
kejadian khususnya bumi, dari pergerakan dan kandungannya yang lebih merupakan
cecair yang masih panas, menyebabkan terbentuk bahan-bahan yang berobjek, iaitu elemen tanah bergerak dan
dari pergerakan ini menjadikan bahagian tanah lebih naik ke atas iaitu ke kutub
utara dan tanah-tanah di bawahnya yang lebar dan luas, manakala dari pusingan
menjadikan sebahagian tanah berkenaan terpecah pada bahagian bawah yang
membentuk seperti benua Amerika Selatan kini, benua Afrika dan dari pecahan
bahagian selatan mewujudkan bahagian pecahan tanah-tanah kepada pulau-pulau
yang bertaburan, iaitu Kepulauan Alam Melayu, bahagian besar seperti dataran Sunda tenmggelam. Bahagian yang
l;ebih bnesar terpisah dan terlempar ke selatan seperi Australia dan New
Zealand.
Pergerakan bumi dan cakrawala terus berlaku
dalam tempoh ratusan, bahkan jutaan tahun. Dalam tempoh ini suhu mulai menurun.
Namun semuanya adalah dalam bentuk objek yang masih kosong dari tumbuhan dan
hidupan.
Dalam tempoh berkenaan lautan yang luas
yang berjumlah tujuh lautan itu bergelombang yang dari peroses gerakan ini
menyejukkan kandngan air laut. Demikian juga dengan daratan yang terbentuk juga
menjadi dataran tanah yang masih lembut dan panas, maka melalui pergerakan
mulai menyejuk. Dari penyejukan membentuk puncak-puncak tanah yang dikenali
dengan gunung ganang dan bukit bukau. Dari rekahan pada muka bumi membentuk
saluran sungai. Dari wap kepanasan mulai adanya udara yang menggerakkan wap dan
awan menurunkan hujan. Ini adalah juga merupakan proses penyejukan permkaan
muka bumi.
Proses yang berlaku di atas adalah
merupakan proses pemantapan bagi bumi – termasuk juga bagi objek-objek yang
lain di ruang wujud ini. Ia tidak lain
dari proses pemantapan menuju ke arah keselamatan dan kesesuaian untuk
dijadikan ruang yang sesuai dihuni oleh makhlauk ciptaan Tuhan setelah melalui
tempoh yang panjang agar bersesuaian
dengan keperluan kehidupan.
·
Catatan
Apa yang ditulis di atas adalah merupakan
andaian yang disesuaikan dari maklumat terhad. Ianya tidak semestinya betul,
tetapi lebih untuk merangsang minda memikirklan tentang wujud, khususnya bumi
yang menjadi rumah bersama manusia.
Sekian.
No comments:
Post a Comment