ELAK AJARAN SESAT, PEGANG SUMBER ISLAM
(Fikrah Bangi: 375),
BBB:
16 Safar 1441H. = 15 Oktober 2019).
Ustaz Zarifi selaku moderator memulakan
forum dengan membandingkan sebuah motokar perlu diservice dari masa ke masa,
jika tidak diberi perhatian, maka lambat laun dia akan rosak. Demikian diri kita
dari masa ke masa perlu dipastikan pegangan kita tidak rosak
kerana terabai dari mengikuti keilmuan yang dapat memperbaiki diri dan pegangan
kita menurut landasan yang betul. Menurut pengajian seperti mengikuti forum
oleh tokoh wibaya pada malam ini dapat kita `check` pegangan kita. Kiranya ada yang kurang jelas
dapat kita memperbaiki pegangan dan akidah kita.
Forum malam ini yang panelnya terdiri dari
Dr. Abdul Rahman Mahmud dari UKM dan Dr.Muhammad Ayman Al-Akiti dari UIAM bertolak
membicarakan persoalan akidah menurut perspektif tradisional dan ancaman semasa
di zaman moden.
Soal ajaran salah telah wujud sejak dari
awal zaman Islam seperti lahir Nabi Palsu yang dikenali Musailamah al-Kazzab pada
zaman Nabi dan kelahiran golongan yang enggan membayar zakat pada zaman
Sayyiduna Abu Bakar al-Siddiq. Mereka diperangi oleh Khalifah Abu Bakar.
Selepas perkembangan negara Islam lahir
penyelewengan-penyeleweng yang dikenali dengan Khawarij, Mu`tazilah, Jabariyyah,
Shi`ah dan sebagainya. Penentangan dilakukan oleh ulama`-ulama` Sunni yang dari
segi akidahnya seperti Ash`ari-Maturidi dan Al-Tahawi, manakala dari segi fiqh
atau shari`atnya seperti imam mazhab empat iaitu, Maliki, Shafie, Hanafi dan Hanbali
dan tasawuf menurut Imam Al-Ghazali. Kita Al-hamdulillah teguh berpegang dengan
Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah, walaupun ada cabaran dari penyeleweng seperti
akidah songsang, amalan khurafat dan tariqat-tariqat menyeleweng. Keadaan
adalah terkawal.
Kekuatan kta kerana terus berpegang kepada
sanad keilmuan yang benar dari segi akidah, wujudnya institusi yang terus
memperkembangkan keilmuan yang benar baik dari madrasah, pondok, sekolah dan
pengajian tinggi. Ianya diperkukuhkan dengan sanad amalan yang terus diwarisi
terutama melalui amalan berjamaah seperti di masjid, surau dan berbagai tempat
ibadat. Demikian sanad bertasawuf murni
yang menggilat hati rohani yang menjadikan umat berakhlak dan berbudi tinggi.
Manakala Dr. Muhammad Ayman yang lebih
menumpulkan pembicaraan pada ancaman akidah pada zaman moden. Menurutnya
generasi muda kini lebih terpengaruh dengan gaya hidup moden yang bersifat
individualis dan kurang berinteraksi secara berjamaah. Lantaran itu antara
mereka tertarik dengan fikiran dan faham semasa yang bersifat sekular yang
memisahkan pandangan hidup dari kepercayaan agama dan akhirat. Mereka tertarik
misalnya dengan konsep liberal dari segi pemikiran dan tidak mau diikat dengan
kepercayaan agama secara tradisional. Nilai ethik mereka bukan secara tradisi yang
memisahkan antara baik dan buruk, tetapi lebih bersifat pragmatis. Mereka juga
terdedah dengan pandangan yang bersifat pluralisme yang melihat kebenaran bukan
bersifat mutlak dan satu, tetapi datang dari sumber-sumber berbagai, termasuk
kebenaran beragama yang menerima apa yang disifatkan semua benar. Kedua-dua
pemikiran ini amat berbahaya. Penghujahan terhadap kedua aliran ini memerlukan
tokoh yang amat berwibawa seperti misalnya Yusof al-Qaradhawi dan Zakir Naik.
Inilah cabaran terhadap para intelektual kita terutama dari pengajian tinggi
yang perlu melahirkan pemikir-pemikir Islam bertahaf tinggi yang mampu
berdialog dan menjawab cabaran-cabaran akidah pada zaman moden.
Dalam pusingan kedua kedua panel bersetuju
bagi memurnikan akidah tidak lain dari kembali kepada sumber asas Islam, iaitu
Al-Qur`an dan Al-Hadith dan kepada turath yang telah dihasilkan oleh ulama yang
selama ini menjadi panduan bagi umat Islam sejak berzaman.
Walau bagaimana ancaman semasa dari segi
akidah terutama sekularisme, liberalisme dan pluralisme semacam tidak berjawab.
Sekian.
No comments:
Post a Comment