KONGRES MARUAH MELAYU
(Fikrah Bangi 367),
BBB: 07 Safar 1441H. = 06 Oktober 2019M. (Ahad).
Mutakhir timbul cadangan agar diadakan
KongresMaruah Melayu. Cadangan timbul dari beberapa aktivis Melayu,NGO-NGO,
bahkan terlibat juga pihak universiti.
Mengapa tercetusnya isu ini ? Iamya
manifestasi rasa ada perkara-perkara yang tak kena dan mengganggu ketenteraman
jiwa Melayu akibat dari perkara-perkara yang menyentuh orang Melayu. Sebelum
ini perkara-perkara yang sensitif bagi orang Melayu tidak berani ditimbulkan oleh rakyat biasa. Ianya menonjol
apabila kalangan aktivis Melayu, antaranya mantan tenaga pengajar di
universiti, kalangan dari NGO dan orang politik sendiri.
Ini sebenarnya bukan kali pertama berlaku
di kalangan orang Melayu. Kongres pernah berlaku berhubung dengan Dasar Bahasa
dan Pelajaran Kebangsaan yang menuntut parlimen merasmikan bahasa Melayu
sebagai Bahasa Rasmi dan Kebangsaan dan menuntut agar didirikan Universiti
Kebangsaan Malaysia sebagai puncak bagi pemggunaan bahasa Kebangsaan dan Rasmi
dan tuntutan berjaya dalam mana bahasa Kebangsaan dan Rasmi diistsytiharkan
(1969 setelah tertangguh lebih dari satu dekad). Kongres berkenaan dengan
ekonomi Bumiputra juga pernah diadakah yang antaranya melahirkan MARA dan ITM –
kemudian UITM. Semacam kongres juga diadakan yang melahirkan Dasar Pembangunan
Luar Bandar , antaranya lahirnya Felda. Kongres-komhres sedemikian amat
berfaedah, kerana dari berbagai-bagai cadangan di dalam kongres melahirkan
cadangan-cadangan yang bernas dan
menjadi katalie bagi kemajuan orang Melayu.
Sebagaimana kongres-kongres berkenaan lahir
dari semasa ke semasa apabila disedari oleh masyarakat Melayu dan membuahkan
hasil yang baik, maka berdasarkan kongres-kongres yang pernah diadakan dan
berjaya menghasilkan faedah yang positif
bagi orang Melayu, lantaran itu setelah berlalu masa, maka dilihat ada
masalah=-masalah yang dihadapi dan mencabar orang Melayu, lantaran itu tercetusnya cadangan agar diadakan Kongres
kali ini berhubung dengan Maruah Melayu.
Berbanding dengan kongres-kongres yang
lepas, persoalannya agak jelas, iaitu mengenai Dasar Bahasa dan Dasar Pelajaran
Kebangsaan, ekonomi dan pembangunan (Luar Bandar), maka pada kali ini adalah lebih
subjektif sifatnya, iaitu `Maruah !`
Maruah adalah berhubung dengan nilai dan
integriti orang Melayu. Melayu selama ini mempunyai nilai, status, identiti dan
kedudukan yang dihormati dan diakui. Apakah status dan nilai yang dihormati dan
diakui ini telah terhakis ? Ini mencabar pihak yang merasa bertanggungjawab
bagi mereka seperti kalangan intelektual, Ngo-Ngo dan mereka yang sama
bertanggungjawab membangkitkan perkara-perkara ini dan bertindak. Perkara besar
seperti ini tidak dapat dilakukan secara perseorangan atau oleh kelompok
tertentu, tetapi memerlukan gemblengan tenaga berbagai pihak. Perlunya berbagai-bagai
pihak ini bagi membuktikan bahawa perkara yang mau dikongreskan adalah penting
dan mendapat dokongan dari banyak pihak. Pelbagai pihak menunjukkan kerjasama
dan kesepakatan yang mengukuhkan isu-isu dan dapatan yang bakal diambil di
dalam kongers. Dengan suara ramai dari berbagai pihak ini juga mengingatkan
kepada pihak pemerintah tentang kesilapan dan prihatin dengan kehendak ramai
dan jika ada yang mempertikaikan, maka pihak berkenaan seharusnya berdepan
dengan kehendak ramai.
Usaha ke arah ini sedang dikenal pasti dari
kalangan individu, Ngo-Ngo, badan-badan yang prihatin. Dikatakan Kongres aalah
bebas dari politik, tetapi orang politik nampaknya juga berminat dan mau mengambil
kesempatan terhadap anjuran yang
dikatakan tidak bersifat politik ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment