October 3, 2019


PERAYAAN MEMBUDAYAKAN RAKYAT MALAYSIA
(Fikrah Bangi: 364),
BBB: 04 Safar 1441H. = 03 Oktober 2019M. (Khamis).
Sebagai negara yang multirasial, rakyat Malaysia mempunyai berbagai-bagai perayaan. Antaranya bersifat  negara atau kebangsaan seperti menyambut Hari Kemerdekaan dan Kebangsaan. Antara hari perayaan adalah bersifat agama dan adat. Tidak semua hari perayaan bersifat agama dan adat disambut oleh semua rakyat, tetapi setengahnya disambut oleh kaum-kaum tertentu.
Antara perayaan yang bersifat agama ialah  seperti Hariraya `Idul Fitri dan `Idul Adhha bagi orang Islam, manakala Jari Krismes disambut oleh penganut agama Kristian, Deepaxaki danThaipusan disambut oleh penganut agama Hindu, Tahun Baru Cina bagi orang Cina, manakala Hari Gawai disambut oleh orang Sabah dan Sarawak.
Perayaan `Idul Fitri dari segi agama seperti berpuasa sebulan Ramadhan adalah dilakukan oleh orang Islam, tetapi kemeriahan Ramadhan  dengan penyediaan berbagai juadah, tidaklah terhad kepada orang Islam saja untuk membelinya, bahkan sambutan raya yang lebih bersifat sambutan dan jamuan yang mengeratkan hubungan tidak menghalang dari diikuti oleh semua kaum. Sambutan raya dari segi agama ialah dengan solat Idul Fitri yang memang dilakuikan oleh orang Islam, manakala beraya sehingga tempoh 30 hari bukanlah dari amalan dituntut agama, tetapi dia adalah lebih bersifat budaya dan adat, terutama bagi penduduk di Pantai Barat, khususnya di Kuala Lumpur. Walau bagaimana tidaklah menjadi larangan. Dari satu segi ianya dapat menjalin muhibbah dan kasih sayang, tetapi dengan berlarutan menyambut raya, janganlah sampai kepada pembaziran, menyusahklan dari segi kewangan dan pembaziran masa. Perayaan seperti ini sudah menjadi budaya dan adat rakyat Malaysia. Adapun perayaan `Idul Adhha lebih bersifat agama dan tidak diikuti oleh rakyat secara keseluruhan.
Perayaan yang bersifat agama ialah Perayaan Krismes yang disambut pada 25 Disember setiap tahun itu dan ianya disambut oleh mereka yang menganut Kristian sahaja, Perayaan Deepavali dan Thaipusan juga adalah bersifat agama bagi orang-orang India dan tidak disertai oleh kaum lain.
Tetapi ada perayaan yang bersifat rakyat yang tidak bersifat agama, iaitu Hari Ponggal bagi kaum India. Ia adalah bersifat Hari Menuai bagi kaum tani yang disertai oleh orang India dan juga diraikan juga oleh semua kaum, kerana ia bersifat adat yang dikaitkan dengan pertanian. Pada hari Ponggal diadakan masakan nasi dan minuman manis dari air tebu yang dihidangkan kepada para tetamu di samping ada permainan rakyat atau pertandingan memecah takar.
Perayaan dan sambutan yang sama dilakukan oleh penduduk Sabah dan Sarawak yang dikenali dengan Gawai. Sambutan yang bersifat adat dan jika tidak disertakan dengan amalan keagamaan yang bersifat syirik, maka ianya boleh disertai semua kaum. Ia adalah hari perayaan Petani yang bergembira dengan hasil pertaniaan yang didapati.
Satu lagi perayaan yang bersifat adat dan tidak dikaitkan dengan sebarang amalan agama ialah `Sambutan Awal Tahun Baru Cina.. Namanya Awal Tahun Baru yang tidak berkait dengan amalan agama. Ketibaan awal tahun baru Cina, maka kemeriahannya  sebagaimana sambtan `Idul Fitri, kerana cutinya melebihi dua hari bahkan sampai seminggu. Pada Hari Tahun Baru Cina ini berlaku pergerakan rakyat secara besar-besaran seperti balik kampung atau masing-masing pergi bercuti
Pada setiap perayaan ada pakaian-palaian dan makanan-makanan khusus yang memeriahkan sambutan. Bagi rakyat Malaysia perayaan adalah hari ceria dan muhibbah berlaku antara keluarga dan kaum serta rakyat secara menyeluruh.
Sekian.

No comments:

Post a Comment