KONGRES MARUAH MELAYU – BERJAYAKAH ?
(fikrah Bangi: 369).
BBB:
10 Safar 1441H. = 09 Oktober 2019M. (Rabu).
Setelah
berkongres tentang Maruah Melayu pada Ahad (6 Oktober), di Kuala Lumpur, maka tidaklah dapat dikatakan menghasilkan sesuatu
yang bernas yang dapat dijadikan panduan konkrit bagi menjamin maruah Melayu
dipulih dan diperkasakan.
Amanat yang disampaikan di dalam Kongres
Maruah itu dapatlah dikatakan perkara biasa yang pernah dikatakan dan diulang,
iaitu menyentuh sikap Melayu yang tidak bersungguh-sungguh, terutama mengambil
manfaat peluang ekonomi yang diberi.
Orang Melayu perlu merubah sikap mereka.
Resolusi-resolusi yang dicapai adalah
menuntut orang Melayu:
·
Melayu
mesti bersatu
·
Tulisan
Jawi dan Bahasa Melayu mesti dimartabatkan
·
Wujudkan
model ekonomi khas bagi bangsa Melayu
·
Kementerian
Kewangan dan agensi berkenaan hendaklah dikendalikan oleh mereka yang mempunyai
roh Melayu
·
Perkasakan
Sekolah Melayu dan hapuskan sekolah vernecular.
·
Kementerian-kementerian
penting seperti PM, TPM, Kewangan, Pertahanan, Pendidikan dan Peguam Negara
hendaklah dipegang oleh mereka yang berpegang pada Ahlu al-Sunnah wa
al-Jama`ah.
·
Suhakam,
Majlis Peguam dan NGO Liberal jangan campur hal ehwal Islam.
Semua resolusi di atas dapat diselesaikan
kiranya kekuasaan politik secara majoriti berada pada tangan orang Melayu.
Masalah yang timbul kini kerana orang Melayu tergugat dari segi politik dan
jika Melayu lemah, tiada siapa mau melayan tuntutan-tuntutan berkenaan. Sebab
itu Melayu mesti bersatu dan menguasai majoriti politikdengan kerjasama
berbagai kaum.
Mewujudkan model ekonomi khas bagi orang
Melayu, rasanya kurang releven. Melayu seharusnya tidak terasing dari masyarakat majmuk. Yang perlu
memperkasakan Melayu dengan keilmuan, kepakaran dan amalan ekomi dan perdangana
semasa yang mereka dapat bersaing secara sihat di dalam berbagai peluang
ekonomi dan perniagaan. Mereka hendaklah membantu antara satu sama lain, bukan
menjatuhkan.
Segala perkara di atas dapat dilaksanakan,
jika ada kuasa politik dan kemahuan. Perkara di atas juga dapat dilakukan oleh
kerajaan kini, jika ada kemahuan.
Perlu diingat `Politik Melayu` semata-mata
tidak mungkin dapat berkuasa tanpa kerjasama dengan berbagai-bagai kaum di
negara ini,jadi Melayu-Bumiputra hendaklah bekerjasama dengan semua kaum di
negara ini bagi merangka pendekatan
politik, bernegara, ekonomi dan berbagai sektor.
Melayu Islam dan Bumiputra perlu bersatu
dan beketrja sama dengan berbagai kaum bagi mencapai kejayaan politik yang
dapay diikuti bagi perlaksanaan yang lain.
Perlu ada kepimpinan yang berwibawa pada
peringkat tinggi yang dilihat berkelayakan memimpin negara dan diyakini rakyat.
Model Negara Sejahtera hendaklah dikemukakan
oleh mereka yang mau menguasai politik, pemerintahan negara dan mengolah
pentadbiran dan perlaksanan menurut Malaysia sejahtera berkenaan. Jika resolusi
dicapai dan tidak dapat diterima dan dilaksana, maka resolusi tinggal resolusi
dan Maruah Melayu tidak terbela.
Sekian.
No comments:
Post a Comment