PERLU DASAR DAN MEGA PLAN ISLAM DI MALAYSIA
(Fikrah Bangi: 377),
BBB: 18 Safar 1441H. = 17 Oktober 2019M.
(Khamis).
Perkara yang timbul di dalam Islam di
negara ini seperti ajaran sesat, amalan salah, khurafat dan sebagainya tidaklah boleh disalahkan
kepada yang terjebat dengan amalan yang tidak betul berkenaan. Kesalahan
sebahagiannya kepada pemerintah dan masyarakat umat yang tidak berjaya mengesan
dari awal dan membasmikannya. Mereka yang terjebak adalah jahil dan sepatutnya
dari awal mereka dididik dan dibimbing dengan ajaran-ajaran yang betul.
Islam telah bertapak dan berkembang di negara
ini dan di kepulauan Melayu, bahkan di Asia Tenggara sejak lapan abad yang
lepas. Pada dasrnya ulama telah memainkan peranan yang penting dari segi dakwah
memperluas dan membimbing masyarakat menurut ajaran Islam yang betul. Memang
tidak dapat dinafikan dalam tempoh berkenaan ada ajaran-ajaran yang dianggap
menyeleweng seperti tarikat-tarikat yang salah, faham yang bercanggah dengan
akidah murni. Kewujudan elemen-elemen negatif berkenaan sentiasa diperbaiki dan
dibetulkan oleh para ulama` Kini kita warisi sanad Islam dari Rasulullah
bertalian dari segi pegangan Islam membawalah kepada generasi kita kini. Cuma
kita bertanya, ``Adakah Islam yang kita terima ini adakah sebagai warisan
penerusan sahaja. Generasi cuma menambah pendekatan pengajaran dan
mengimarahkannya di tengah masyarakat melalui institusi-institusi formal
seperti persekolahan dari peringkat rendah hingga ke universiti, melalui amalan
formal seperti masjid, surau dan keluarga. Kita menurut misalnya sistem
keluarga Islam melalui imstitusi perkahwinan yang ditadbir oleh jabatan agama
dan pendidikan keluarga.
Apakah yang kita amalkan kini dan ditadbir
oleh pihak yang dipertanggungjawab sebagai meneruskan rutin biasa bagi
meneruskan kehidupan dan budaya ummah. Dalam masa yang sama ada berlaku
kelonggaran-kelonggaran dan pembaikan, tetapi pada dasarnya meneruskan
kebiasaan yang ada.
Dalam kata lain tidak ada kesengajaan bagi
memperbaiki dan meningkat kualiti Islam dan umat kepada tahap kualiti yang tinggi
baik dari segi pendidikan, keilmuan, teknologi, ekonomi, industri, politik,
pentadbiran, kemasyarakatan, dakwah dan
kebajikan sehingga dipandang, bahawa Umat Islam adala umat yang unggul dan
dikagumi oleh bulan Idlam. Dengan kedudukan in berpotensi dari segi dakwah secara manual biasa dan secara
lisan al-hal.
Apa yang kita dapati sekarang bahawa
walaupun umat Islam adalah majoriti dari segi kependudukan, tetapi masih lemah
dari segi pelajaran, lemah dari segi ekonomi, keilmuan, politik kepimpinan dan
sebagainya, sehingga mereka tidak dijadikan sebagai contoh ikutan.
Dalam keadaan umat Islam di negara ini yang
dapat disifatkan sebagai ketnggalan, sedang umat Islam dari segi global berada
di dalam perpecahan dan kehancuran, maka dengan keadaan sedemikian umat Islam
tidak disegani dan sukar untuk dijadikan ikutan..
Pendekatan yang terbaik, bagi umat Islam di
negera ini sebelum melibatkan peringkat global ialah memperbaiki dan memulihkan
umat Islam di negara ini di dalam berbagai-bagai lapangan.
Umat Islam di negara ini perlu mempunyai
agenda dan mega plan bagi meningkatkan kualiti umat di dalam berbaga-bagai
bidang. Ianya tidak sebagai rhetorik politik sebagaimana berlaku selama ini. Agenda dan plan dasar ini
hendaklah bersifat menyeluruh. Ianya melibatkan pembangunan umat dan meningkatkan kesedaran unggul dan jati diri yang menggerak ke arah
peningkatan ilmu dan peradaban umat di negara ini, dikagumi hingga menjadi
tarikan dan ikutan yang lain.
Sekian.
No comments:
Post a Comment