BAJET 2020 LIBATKAN SEMUA
(Fikrah Bangi: 371),
BBB: 12 Safar 1441H. = 11 Oktober 2019M.
(Juma`at).
Bajet 2020 yang akan dibentangkan pada
petang ini di Parlimen pada hakikatnya melibatkan semua. Ibrata dalam keluarga
perbelanjaan yang diatur untuk keluarga bagi tempoh sebulan melibatkan semua.
Ia bergantung pada jumlah sumber pendapatan dan prioriti yang diberi menurut
kepentingan dan kemampuan. Demikian ibarat bajet negara yang akan dibentangkan.
Ini adalah merupakan pembentangan kedua bajet selepas kerajaan PH memerintah.
Dalam bajet pertama ada kekurangan-kekurangan umpamanya kurang tumpuan
(tertinggal ?) peruntukan kepada golomgan petani dan nelayan.
Kali ini bajet dipengaruhi beberapa konsep
baru yang diperkenalkan iaitu Wawasan
Kemakmuran Bersama (2020-2030) yang dilancarkan pada 5 Oktober yang lepas. WKB
dikatakan akan merapatkan jurang pendapatan antara negeri seperti antara Sabah
dan Sarawak dan Semenanjung, juga perbezaan antara yang berpendapatan tinggi
dengan yang rendah. Peruntukan yang dijangka kurang dari RM100 bilion itu akan
diagih berdasarkan keperluan. Misalnya peruntukan untuk Kementerian Pendidikan
biasanya antara peruntukan tertinggi Kementerian. Pada tahun lepas melebihi
RM30 bilion dan memerlukan tambahan sebelum akhir tahun. Peruntukan pengurusan
biasanya dianggap tinggi berbanding dengan pembangunan, diharap dapat
dikurangkan berbanding dengan pembangunan yang melibatkan rakyat banyak. Hutang negara yang melebihi RM
Satu trilion itu setakat manakah dapat
dikurangkan. Umum mengetahui Kerajaan mengalami kekurangan peruntukan
menyebabkan dilakukan pemotongan bagi peruntukan perbelanjaan. Misalnya disebut
bagi sektor pendidikan timbul ura-ura mau menutup maktab perguruan yang
berjumlah lebih dari 20 buah itu, Universiti Malaysia Terengganu dicadangkan
untuk disatukan dengan Universiti Sultan Zainal Abidin. Sementara itu guru-guru
yang sudah dilatih terpaksa menunggu panggilan untuk berkhidmat setelah begitu
lama menamatkan latihan. Kerajaan nampaknya memberi perhatian untuk menyediakan
makanan pagi bagi pelajar-pelajar.
Bagi rakyat mereka lebih melihat kepada apa
yang akan memberi kesan langsung kepada mereka. Misalnya Kos taraf hidup yang
semakin menghimpit mereka akibat kenaikan harga barang yang terus menerus
berlaku. Kemiskinan bandar lebih ketara dari kemiskinan desa, peluang memiliki
rumah yang bagi kebanyakan mereka makin jauh dari kemampuan. Beban menyara
anak-anak mendapat pelajaran meningkat dari segi kos. Jauh bagi mereka
untuk anak-anak mendapat peluang bagi
mendapat pendidikan yang lebih berkualiti, misalnya ke asrama penuh dan
sebagainya. Seterusnya bagaimanakah dengan peruntukan bagi petani dan nelayan
yang pada tahun lepas tidak diberi perhatian itu ?
Bagi rakyat biasa, berita tentang cukai
terpaksa dinaikkan membimbangkan mereka.
GST yang ditakuti dahulu itu (cukai GST 6%) dipuji kembali dan dianggap lebih
efektif. Cukai SST yang menggantikannya tidak berjaya menampung kekurangan cukai.
GST dulu dapat m,emungutRM44 bilion, sedang dengan SST hanya sebanyak RM23
bilion sahaja. Ada cadangan supaya dilaksanakan GST kembali. Sedangkan bagi
Kerajaan PH tidak mau maruah tercalar – Jangan sampai apa yang diludah dulu
ditelan kembali. Lantas biarpun pihak kementerian Kewangan mengaku GST lebih
berjaya, tetapi cadangan terpaksa ditolak dan usaha menambah baik cukai SST
akan dilakukan, ini termasuk menaikkan lagi kadar cukai. Apa saja nama cukai,
jika ditambah akan membebankan rakyat Dalam kata lain SST akan menyamai GST,
walaupu tanpa penukaran nama.
Apa yang diharapkan oleh rakyat, walaupun
kerajaan di dalam kesempitan wang, diharapkan rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik sesuai dengan
slogan baru `Wawasan Kemakmuran Bersama` menggantikan slogan lama yang dianggap
tidak berjaya itu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment